Kerana kebahagiaan hidup
yang berlimpahan itu,
mereka lupa akan asal
usul kejadian mereka,
mereka tidak tahu dari
mana asalnya segala
nikmat dan rahmat yang
berlimpah ruah itu.
Akal mereka hanya
sampai ke batu batu yang
mereka buat dan gambar
sendiri berupakan patung
patung. Kepada batu batu
itulah mereka berterima
kasih atas semua nikmat
dan rahmat itu, dan
kepada batu itu pulalah
mereka minta tolong bila
di timpa kesusahan dalam
hidup dan penghidupan
mereka.
Bukan hanya sesat diri
mereka bahkan akhirnya
mereka menyebarkan
kejahatan di permukaan
bumi yang penuh rahmat
itu. Si kuat di antara
mereka menyeksa kepada
yang lemah, yang besar
menganiaya terhadap
anak kecil, sehingga
keamanan dan
kebahagiaan hanya dimiliki
oleh beberapa gelintir
manusia saja di antara
mereka, iaitu mereka yang
kuat dan berani saja.
Sedang orang yang lemah
dan tak punya kekuasaan,
hidup menderita, dengan
derita yang tak terperikan
lagi.
Diutus Tuhanlah kepada
mereka seorang dari
bangsa 'Ad itu sendiri,
Nabi Hud namanya.
Seorang yang lapang
dada, berbudi tinggi,
pengasih dan penyantun,
penuh dengan kesabaran.
Diajarkan kepada kaum
'Ad itu akan Tuhan yang
sebenarnya, iaitu Allah
s.w.t. Sedang batu batu
yang mereka sembah dan
cintai itu tak ada
kekuasaan apa apa. Tidak
dapat memberi manfaat
atau mudarat, tidak
mempunyai kuasa untuk
berbuat apa apa. Allahlah
yang selayaknya
disembah dan dipuja,
karena Allahlah yang
menjadikan kamu dan
memberi kamu rezeki,
yang menghidupkan dan
mematikan kamu, yang
membentangkan bumi
tempat berpijak,
menumbuhkan tumbuh
tumbuhan dan
mendatangkan berbagai-
bagai nikmat yang kamu
pergunakan, kata Nabi
Hud kepada mereka.
Sebagai manusia di
zaman Nabi Noh, seruan
dan ajaran Hud ini tidak
dihiraukan oleh manusia
'Ad, mereka membantah
dengan membangga
banggakan kekayaan dan
kepintaran mereka sendiri.
Diperingatkan pula oleh
Nabi Hud, bahawa nanti
semua orang yang sudah
mati itu akan dihidupkan
kembali di Alam Akhirat,
akan diperhitungkan
kejahatan dan
kebaikannya. Mana yang
jahat akan diseksa dan
mana yang baik akan
dibahagiakan dalam
Syurga yang disediakan
Tuhan.
Ajaran ini lebih mereka
ejek lagi dengan berkata:
"Manakan boleh orang
yang sudah mati dan
hancur menjadi satu
dengan tanah akan dapat
hidup kembali. Hidup
hanya di dunia ini saja,
senang dan susah hanya
di muka bumi saja."
Diperingatkan Hud seksa
yang pernah diturunkan
Allah terhadap manusia
engkar di zaman Nabi
Noh. Mereka tidak
percaya. Itu adalah cerita
bohong yang diada
adakan saja, atau berita
dongeng yang diada
adakan oleh Hud, kata
mereka.
Bahkan Hud dianggap
mereka orang yang terlalu
bodoh. "Apa kelebihan
engkau atas kami?" kata
mereka kepada Hud.
"Engkau makan
sebagaimana kami makan
jua, engkau minum
sebagaimana kami
minum pula, engkau
hidup seperti kehidupan
kami tak ada bezanya
sedikit juga," kata mereka
selanjutnya. "Kenapa
engkau mengatakan
diutus Allah? Kenapa
engkau saja yang diutus
Allah? Kami pun berhak
diutus Allah itu!
Perkataanmu itu adalah
bohong semata mata,"
kata mereka kepada Hud.
Hud terus mengajak
mereka, walaupun
mendapat sambutan
dingin dan juga tentangan
dari mereka yang engkar
itu. Demikianlah dari masa
ke semasa, tahun ke
tahun, beratus tahun pula
lamanya. Hanya sedikit
sekali yang menurut
ajarannya itu.
Ternyata pulalah, bahawa
memang mereka tidak
mahu beriman, mereka
tidak mahu berhenti
berbuat derhaka dan
jahat, mereka hanya
berbuat apa yang mereka
kehendaki belaka dengan
tidak mengacuhkan siapa
saja. Sifat takbur mereka
sudah demikian hebatnya,
sehingga tidak dapat
diempang empang lagi,
sehingga masyarakat
ketika itu kerananya
menjadi kacau bilau,
porak peranda, sehingga
tak ada orang yang
merasa aman lagi, selain
orang orang yang kuat
dan berkuasa saja.
Sedang semua mereka
tidak juga mahu
menurutkan ajaran Nabi
Hud itu.