Kembali Nabi Lut
menasihati mereka melalui
sebuah jendela, agar
mereka penduduk yang
sesat itu kembali kepada
isteri mereka masing
masing, yang sudah
diajarkan halal bagi
mereka. Membuang adat
yang kotor itu sejauh
jauhnya, dan
memperingatkan, bahawa
kalau mereka tak
menurutkan nasihatnya
akan datang seksa Tuhan
yang sehebat hebatnya.
Nasihat Nabi Lut ini
mereka jawab dengan
berkata: Hai Lut, kami tidak
tertarik kepada anak anak
perempuan engkau, kami
tidak hendak dan tak ingin
terhadap perempuan,
engkau sudah tahu apa
apa yang kami ingini itu.
Nafsu mereka sudah tiba
di puncak matahari dan
perasaan mereka sudah
tertutup oleh nafsu yang
memuncak itu, sehingga
nasihat yang bagaimana
juga pun hebatnya tidak
akan terdengar lagi oleh
telinga mereka, tidak akan
diterima lagi oleh akal
mereka. Mereka semakin
mendesak memaksa
masuk ke rumah Nabi Lut.
Mereka masuk lantas
menyerbu terhadap
tetamu yang dua orang
itu, berebutan sebagai
binatang buas.
Melihat hal yang demikian
itu, kedua orang tetamu
itu, iaitu Malaikat malaikat
yang diutus Tuhan itupun
berkata kepada Nabi Lut:
Hai Lut, janganlah khuatir
benar, kami ini Malaikat
yang diutus Allah untuk
mengabulkan doa engkau
dan melepaskan engkau
dari bahaya besar ini,
mereka tidak dapat
berbuat apa apa terhadap
engkau dan kami, mereka
malah akan dapat
dihancurkan. Barulah
hilang ketakutan dan
kekhuatiran Nabi Lut.
Dengan sekejap mata,
Nabi Lut, anak
perempuannya, dua
Malaikat itu sendiri beserta
orang orang yang
beriman dengan Lut,
dapat meloloskan diri dari
kepungan kaum derhaka
itu. Nabi Lut dan pengikut
pengikutnya diperintahkan
Malaikat itu untuk
meninggalkan desa yang
keparat itu, dan tidak
dibolehkan membawa
isterinya sendiri, karena
isterinya termasuk mereka
yang akan menerima
seksa. Seperginya Nabi
Lut dan sahabat
sahabatnya, maka
turunlah seksa Tuhan atas
desa dan penduduk desa
itu. Mula mula sekali
bergoncanglah bumi
dengan sehebat hebatnya,
sehingga runtuh segala
gubuk dan gunung,
segala gedung gedung
dan rumah rumah. lalu
turun hujan batu yang
sehebat hebatnya.
Sehingga dalam sekejap
mata saja, datarlah
kampung itu dan
lenyaplah semua
penduduk yang jahat,
engkar dan derhaka itu.
Firman Allah: Kejadian itu
adalah satu ayat Allah,
tetapi banyak orang yang
tidak percaya.
Sungguh hebat dan
mengerikan sekali siksa
Tuhan yang ditimpakan
kepada kaum Lut, kerana
kejahatan yang mereka
lakukan adalah puncak
segala kejahatan, iaitu
yang dinamai
kemesuman, bahkan
puncak dari segala
perbuatan mesum.
Pembunuhan, perzinaan,
perompakan semuanya
itu adalah perbuatan
mesum, perbuatan yang
menjatuhkan darjat
manusia. Tetapi
melepaskan nafsu berahi
(sexual) antara sesama
lelaki atau sesama wanita,
adalah lebih mesum dari
semua kemesuman
kemesuman yang
tersebut di atas ini.
Binatang pun tak pernah
melakukan kemesuman
semacam ini.
Bagaimanakah jadinya
masyarakat manusia kalau
kemesuman seperti itu
bermaharajalela dan
merata? Akibatnya ialah
terhentinya keturunan,
manusia akan lenyap dari
permukaan bumi. Bumi
akan kosong dari makhluk
yang bernama manusia.
Bumi akan didiami hanya
oleh binatang binatang
lata.
Ya, sampai demikianlah
jahatnya manusia berakal
kalau dibiarkan, kalau tak
mahu menurutkan
pimpinan Allah dengan
perantaraan para Nabi dan
RasulNya. Manusia akan
kehilangan rasa malu, bila
meninggalkan pimpinan
Allah dan RasulNya. Tanpa
perasaan malu, manusia
akan menjadi lebib rendah
daripada binatang yang
tak punya akal.
Nabi Lut beserta kedua
orang puterinya beserta
orang orang yang
beriman dengannya
dihindarkan Allah dari
seksa hebat itu, kerana
mereka orang orang
beiman. Tetapi isteri Nabi
Lut turut musnah kerana
dia termasuk golongan
orang orang yang kafir
itu.
Tetapi sayang, dalam Bible
Perjanjian Lama, Kitab
Kejadian 19, ayat 30
sampai 38, dicantumkan
cerita yang sangat
menodai akan kesucian
Nabi Lut dan kedua orang
puterinya. Tercantum
disitu, bahwa kerana
semua lelaki sudah
musnah, sedang puteri itu
menginginkan turunan
yang baik, lalu kedua
puteri itu bersepakat untuk
memberikan minuman
tuak yang memabukkan
kepada Nabi Lut, agar Nabi
Lut menjadi mabuk
(hilang akal atau
kesedarannya). Di saat
Nabi Lut kehilangan
kesedaran itu, lalu kedua
puterinya itu mengajak
bapanya sendiri iaitu Nabi
Lut untuk bersetubuh
(Nauzu Billah), agar
mendapatkan keturunan
dari bapanya sendiri.
Alangkah kotor dan
mesumnya cerita yang
demikian ini, tertulis dalam
sebuah kitab yang mereka
anggap suci. Nabi
Muhammad diutus
membawa Kitab Suci al-
Quran di antara lain adalah
untuk membersihkan
nama dari setiap Nabi dan
Rasul Allah, termasuk Nabi
Lut dan kedua puterinya
itu.
Firman Allah dalam al-
Quran: Sesungguhnya Lut
adalah seorang dari orang
orang yang diutus. Ertinya
salah seorang Rasul dari
Rasul rasul Allah yang suci
dan murni. Tidaklah
mungkin seorang Rasul
Allah akan minum tuak
yang haram dan
terlarang, akan mabuk
hilang akal dan kesedaran,
apalagi akan berbuat
mesum dengan puterinya
sendiri. Sungguh satu
tuduhan palsu yang
sangat maksum. Umat
Islam wajib membela
nama dan kesucian Nabi.