Nabi Daud menjadi Raja
Bani Israel hingga beliau
mencapai usia lanjut.
Berkat cara pemerintahan
yang adil dan bijaksana,
maka wujudlah
keamanan, kemakmuran
serta kemajuan di dalam
segala lapangan di seluruh
daerah kerajaan dan
dirasai setiap warga
kerajaan.
Kalau ada kejadian kecil
saja yang menimpa
rakyat, maka rakyat selalu
memberitahukan kepada
rajanya yang adil itu.
Kejadian itu dapat diurus
dengan segera oleh raja.
Begitu pula kalau ada
perselisihan antara rakyat
dengan rakyat, tidak ada
satu perselisihan pun
yang terjadi yang tak
dapat diselesaikan oleh
Nabi Daud, dengan cara
yang sebaik-baiknya dan
seadil-adilnya pula. Nabi
Daud dalam hidupnya
diberkati oleh Allah
dengan beberapa orang
anak. Sulaimanlah yang
paling pintar di antara
anak-anak Nabi Daud itu.
Kerana melihat akan
kemajuan fikiran Sulaiman
itu, Nabi Daud
mempunyai kepercayaan
penuh akan mulianya hari
depan Sulaiman; sebab itu
pendidikan kepadanya
agak diistimewakan pula.
Setiap hari, Nabi Daud
menyelesaikan beberapa
perkara dan perselisihan
antara rakyatnya,
Sulaiman selalu berada
disampingnya, agar
Sulaiman bertambah jalan
akal dan fikirannya dengan
melihat sebab perselisihan
dan cara cara
penyelesaiannya yang
ditetapkan oleh Raja Nabi
Daud. Sekalipun Sulaiman
dikala itu boleh dikatakan
masih kecil, tetapi kerana
kemajuan fikirannya yang
luar biasa, dia telah dapat
menangkap pelajaran dari
apa yang disaksikannya
itu, sehingga bertambah
ilmu pengetahuan dan
hikmat akalnya.Melihat
kecekapan dan
keluarbiasaannya itu,
maka Daud telah
menetapkan dalam
hatinya, bahawa bila dia
meninggal dunia nanti,
maka Sulaimanlah yang
akan menggantikannya
menjadi Raja Bani Israel.
Kerana ketetapan fikiran
inilah makanya Sulaiman
dididik demikian rupa,
setiap hari melihat dan
menyaksikan berbagai
bagai perkara dan
perselisihan yang
diselesaikan oleh Nabi
Daud.
Pada suatu hari, ketika
Nabi Daud dan Sulaiman
sedang duduk berdua,
tiba tiba datang dua orang
lelaki yang bermasalah
untuk minta penyelesaian
pula atas
permasalahannya itu.
Dengan segera Nabi Daud
memeriksa perkara kedua
orang itu dengan
disaksikan oleh Sulaiman.
Seorang dari kedua orang
itu lalu berkata: Saya
mempunyai sebidang
kebun yang sedang
menghijau warnanya.
kerana suburnya tanaman
yang saya tanam di
dalamnya, sehingga setiap
orang yang melihat, akan
gembira riang
memandangnya. Tiba-tiba
pada suatu hari, kebun itu
dimasuki oleh kambing
kepunyaan orang ini,
sehingga semua tanaman
yang sedang menghijau
itu habis seluruhnya
dimakan atau dirosakkan
kambing itu.
Setelah ditanyakan kepada
orang yang empunya
kambing yang didakwa
itu, dia pun membenarkan
semua keterangan itu
dengan tidak membantah
sedikit pun. Hanya
sekarang kedua orang
yang bermasalah itu
meminta ditetapkan
hukum apa yang harus
dijalankan. Nabi Daud
menetapkan penyelesaian
perkara ini, dengan
mengambil kambing itu
sendiri dari tangan orang
yang empunya, lalu
diserahkan kepada orang
yang empunya kebun,
sebagai ganti kerosakan
tanaman yang disebabkan
oleh kambing itu.
Tetapi Sulaiman yang
baru berumur sebelas
tahun itu dengan segera
berkata: Penyelesaian cara
begitu kurang tepat, ada
cara yang lebih baik dan
lebih adil.
Nabi Daud, kedua orang
yang bermasalah dan
semua yang turut hadir
menyaksikan perkara itu,
sama tercengang
menyaksikan keberanian
Sulaiman dan menunggu-
nunggu dengan sabar,
cara bagaimana
penyelesaian yang
dianggap lebih baik oleh
Sulaiman itu.
Sulaiman lalu berkata:
"Lebih baik kambing itu
dipinjamkan kepada orang
yang punya kebun,
dengan membolehkannya
mengambil susunya, anak
anaknya dan bulunya.
Adapun kebun itu
dipinjamkan kepada orang
yang punya kambing, dia
diwajibkan menanaminya
dengan tanaman yang
dirosaki kambingnya,
sehingga kembali
sebagaimana sebelum
dirosaki; setelah itu
kambing dikembalikan
pula kepada yang
empunya dan kebun pun
dikembalikan pula kepada
yang punya kebun. Inilah
penyelesaian yang lebih
dekat kepada keadilan dan
yang lebih sah
keputusannya dalam
menghukum, kata
Sulaiman seterusnya.
Semua orang yang hadir
dan juga orang yang
bermasalah dan Nabi
Daud sendiri, sama
mengakui akan adilnya
keputusan secara
demikian ini. Mereka
mengagumi
kebijaksanaan Sulaiman.
Inilah tanda yang pertama
diperlihatkan Tuhan pada
diri Sulaiman, bahawa dia
seorang yang akan jadi
Nabi dan Rasul
sebagaimana bapanya
dan dia pulalah yang
paling layak menjadi raja,
menggantikan bapanya
yang sudah tua itu.