Untuk menyambut
kedatangan delegasi Balqis
itu, Sulaiman mengadakan
persiapan seperlunya.
Sulaiman ingin
memperlihatkan
kegagahan dan
keluarbiasaannya.
Semua jin dipanggilnya
dan diperintahkan untuk
mendirikan sebuah istana
dari segala macam batu
dan perhiasan yang
berada di perut bumi di
dalam laut.
Dalam waktu yang singkat
saja, gedung besar, iaitu
istana yang terindah yang
belum pernah ada
tandingannya di muka
bumi Allah ini, sekarang
menjelma. Dindingnya
terbuat dari kaca yang
beraneka warna, lantainya
daripada emas dan perak,
serta pasirnya dari intan
dan berlian dan berbagai-
bagai batu berharga
lainnya, Semua itu
dikemukakan dan didirikan
oleh segala jin dengan
petunjuk Nabi Sulaiman
sendiri.
Delegasi yang ditunggu
tunggu itupun datanglah.
Kedatangan mereka
disambut dengan
sambutan yang hormat
dan meriah.
Alangkah terkejut dan
kagumnya mereka
melihat kemewahan yang
tidak dapat dibayangkan
dengan kata-kata itu.
Dengan rasa malu,
mereka menyerahkan
hadiah besar yang
dianugerahkan Ratu Balqis
kepada Raja Sulaiman.
Melihat hadiah itu, Nabi
Sulaiman hanya minta
maaf dan berkata: "Maaf
saja, kuharap agar hadiah
ini dikembalikan saja
kepada Ratu Balqis, kerana
pada diriku telah cukup
segala-galanya
dianugerahi Allah, baik
berupa kekayaan mahu
pun perhiasan, bahkan
Tuhan telah
menganugerahkan yang
cukup, kekuasaan yang
besar dan pangkat
kenabian yang mulia yang
belum pernah dipunyai
oleh seorang manusiapun
di atas dunia ini. Aku tidak
memerlukan emas perak,
sekalipun sebesar bumi
ini. Kulihat engkau sekalian
ini hanya mengenal hidup
yang lahir (nyata) di dunia
ini saja dan dengan
penghidupan dunia yang
begini saja, kamu telah
dapat bergembira diri.
Kembalilah kamu ke
negeri dan rajamu.
Katakan kepadanya,
bahawa aku tidak
memerlukan harta
kekayaan, tidak perlu
kekuasaan dan segala-
galanya. yang perlu agar
kamu sekalian tunduk dan
menyembah akan Allah,
yang telah menjadikan
semuanya ini. Kuharap
agar kamu sekalian patuh
menjalankan perintah
Allah itu, janganlah kamu
menyembah selain
daripada Allah, serta
katakan pula kepada
mereka, bahawa kami
akan segera mengirimkan
tentera kami, untuk
menggempurmu, bila
ternyata kamu tidak mahu
tunduk kepada kebenaran
ini dan yang hanya
mempercayai kepada
kekuatan tenteramu saja!
Delegasi itupun segera
kembali mendapatkan raja
dan bangsanya, lalu
disampaikannya hasil
pertemuan dengan Raja
Sulaiman itu.
Mendengar semua itu,
dengan perasaan yang
tenang Ratu Balqis berkata:
Tidak ada daya dan usaha
lain lagi, kecuali kita hanya
tunduk dan taat menurut
ajaran Sulaiman itu.
Ratu Balqis ingin
menghadap sendiri
kepada Sulaiman, serta ia
bermaksud akan
mengucapkan kalimat
iman di hadapan
Sulaiman. Ratu itupun
berangkatlah diiringkan
oleh semua pengiring dan
pengawalnya. Setelah
Nabi Sulaiman
mengetahui akan
keberangkatannya itu.
maka beliau berkata
kepada semua jin:
"Siapakah di antaramu
yang sanggup mengambil
istana Ratu Balqis dan
membawanya ke mari,
sebelum Ratu Balqis
sendiri sampai di sini
untuk menyatakan
Islamnya dihadapanku?
Raja dari segala jin lalu
menjawab: "Saya
sanggup membawa
mahligai Ratu Balqis ke
mari dengan segera dan
mahligai itu akan berada di
sini, sebelum pertemuan
ini berakhir kerana saya
mempunyai kekuatan
yang luar biasa hebatnya.
Dengan kekuatan itu saya
jamin, bahawa segala
yang ada dalam mahligai
itu akan selamat.
Tiba tiba muncul dan
berdiri seorang manusia
beriman, yang kepadanya
oleh Allah telah
dianugerahi pengetahuan
yang cukup dan kekuatan
ghaib, lalu ia berkata
kepada Raja Sulaiman:
"Insya Allah saya sanggup
mendatangkan mahligai
itu ke mari dan mahligai
itu akan berada di sini,
sebelum engkau
menggerakkan pelupuk
matamu, ya Raja
Sulaiman.
Ya, dalam sekelip mata
saja, mahligai ratu itupun
sudah berdiri dengan
megahnya di hadapan
Nabi Sulaiman. Di situ
Nabi Sulaiman lalu
bersujud dan bersyukur
pula kepada Tuhannya,
atas kekuasaan Tuhan
yang telah diperlihatkan
kepadanya. Beliau
bersujud dan bersyukur
kembali berulang-ulang,
serta terus-menerus
untuk menyembah Allah
Yang Maha Bijaksana,
Maha Besar dan Maha
Kuasa itu.
Akhirnya Ratu Balqis pun
datanglah. Kepada Ratu
Balqis, Sulaiman berkata:
"Beginikah istanamu?
Setelah diperhatikannya
dengan sungguh-
sungguh, Ratu Balqis
berkata: "Agaknya itulah.
Alangkah kaget dan
kagumnya Ratu Balqis
setelah melihat kejadian
itu, iaitu istananya sendiri
sudah berada di hadapan
istana Sulaiman, sebelum
dia sendiri sampai di
tempat itu.
Dalam pada itu Nabi
Sulaiman sudah
memerintahkan pula
untuk membangun
sebuah mahligai yang
terbuat dari kaca yang
putih bersih; kemudian
Ratu Balqis dipersilakan
masuk ke dalamnya. Ratu
Balqis mengira bahawa
mahligai kaca itu air yang
sedang mengalir
berombak, lalu dia
membukakan betisnya
untuk memasukinya,
tetapi kemudian ternyata
bahawa itu bukanlah air.
Dengan kekhilafannya ini,
maka terbukalah hati dari
Ratu Balqis yang selama
ini tersesat di dalam
gelombang kekayaan dan
kekuasaan itu. Dia telah
tersesat dan terkhilaf,
sebagaimana
kekhilafannya terhadap
kaca yang di kiranya air.
Dia insaf dan terbukalah
hijabnya, sehingga
dengan kejadian itu, kini
dia merasakan akan
kesesatannya, kerana dia
mengira bahawa
kekayaan itu dapat
membahagiakannya,
begitu pula kekuasaannya
di dunia ini adalah
kekuasaannya yang paling
besar; baru sekarang dia
mengetahui, bahawa ada
yang mempunyai
kekuasaan yang dapat
melebihi kekuasaannya.
Dia menjadi insaf dan
bertaubat kepada Tuhan:
"Ya Allah, Tuhanku !
Sudah lama saya tersesat
sehingga saya tidak
mengenalMu dan tidak
pernah menyembahMu.
Saya sudah tersesat
dalamasa yang panjang,
kerana kelobaan saya atas
harta kekayaan
pemberianMu itu,
sehingga saya sudah
aniaya terhadap diriku
sendiri dengan melupakan
Engkau, ya Allah. Saya
kira hanya harta dan
kekuasaan itu saja bahagia
dan rahmat dari Engkau,
rupanya itu sama sekali
belum bererti apa-apa, bila
dibandingkan dengan
rahmat dan nikmatMu
yang lainnya. Ampunilah
saya ini, ya Allah!
Sekarang saya insaf dan
taubat, saya akan
menerima pelajaran
Sulaiman dengan
menganut Agama Islam,
iaitu agama Engkau, ya
Allah. Saya akan tunduk
dan taat kepadaMu, ya
Allah, ampunilah saya,
kerana Engkau suka
memberi ampun dan
penerima taubat pula.