Syam (Palestin) sekarang
ini. Penduduk negeri ini
sudah lama melupakan
kepada ajaran Para Nabi
dan Rasul yang pernah
diutus Allah, Mereka tidak
percaya kepada Tuhan
yang Maha Esa, malah
digantinya Tuhan itu
dengan hutan. Hutanlah
yang mereka sembah,
kepada hutan itulah
mereka meminta
pertolongan dan
berlindung diri.
Begitu sesat mereka
mendapat penyembahan
ini, lebih lebih sesat lagi
dalam hidup dan
penghidupan mereka.
Kejahatan yang sangat
merata di kalangan
mereka, hidup mereka
dengan jalan kicuh
mengicuh, serta suka
memperdayakan
temannya sendiri untuk
mendapatkan
keuntungan.
Kalau mereka menyukat
atau menimbang barang,
selalu dicari akal agar
sukatan atau timbangan
itu merugikan pihak lain,
menguntungkan pihaknya
sendiri. Sebaliknya bila
orang lain yang
menimbang barang,
dengan segala akalnya
yang busuk, mereka
jadikan agar dapat
menguntungkan pihaknya
dan merugikan pihak lain
pula.
Dengan jalan demikianlah
mereka mendapatkan
harta kekayaan, iaitu
dengan jalan yang tidak
halal, serta cara yang tidak
sewajarnya,
kehidupannya selalu
merugikan pihak lain,
begitu pula perjuangan
mereka memang
ditujukan untuk itu semata
mata.
Kepada mereka itulah Nabi
Syuaib diutus Allah,
dengan membawa ajaran
agama yang benar dari
Allah, dikuatkan pula
dengan wahyu dan
mujizat.
Syuaib membawa mereka
kepada menyembah
Allah, menjauhi segala
tipu muslihat yang busuk
itu, memberi menakutkan
mereka dengan ancaman
ancaman Tuhan dan
neraka. Namun mereka
tetap tidak mahu dengar
dan percaya. Malah
membantah dengan
alasan alasan yang
mereka buat buat dan
menganggap bahawa
kehidupan mereka dengan
cara yang mereka lakukan
itu adalah satu cara
penghidupan yang sebaik
baiknya, dengan cara
mana mereka beroleh
kekayaan dan
kebahagiaan, kata mereka.