Tuhan yang mereka
sembah itu tidak usah
dirobah robah lagi, kerana
begitulah yang mereka
perolehi dari nenek
moyang mereka sendiri.
Kata mereka kepada
Syuaib: Apakah engkau
larang kami menuruti
ugama yang kami anuti?
Di mana letaknya
kemerdekaan berugama?
Engkau mencegah kami
dari mengambil rasuah?
Sedang itulah kepandaian
yang sudah kami pelajari
dan pertahankan ! Apakah
engkau menganggap
dirimu lebih pintar dan
faham dari kami?
Dengan tidak jemu
jemunya Syuaib
memujuk mereka dengan
secara bijaksana dan
halus, dengan harapan
mudah mudahan mereka
akhirnya mengubah sikap,
membenarkan kebenaran
yang nyata itu.
Tetapi mereka tetap tidak
menurut, malah mereka
anggap bahawa mereka
sendirilah yang benar,
sedang Nabi Syuaib
dianggapnya
menimbulkan kekeruhan
dan mengacau saja.
Akhirnya Nabi Syuaib
diberinya kata dua, agar ia
jangan lagi mengulangi
kata kata dan anjuran
kepada mereka, kerana
mereka sudah merasa
bosan mendengar segala
kata katanya.
Dihinakannya Nabi Syuaib
dengan kata kata yang
hina dan rendah. Nabi
Syuaib adalah seorang
yang lemah lagi hina, kata
mereka. Keluarganya
semua melarat dan
miskin, yang tak
mempunyai gaya dan
kewibawaan sedikit juga,
kata mereka.
Nabi Syuaib tidak
berputus asa, malah ia
semakin giat dan terus
mengajar dan mendidik
mereka.
Sanggupkah engkau
menurunkan azab kepada
kami? kata mereka
mengejek keras. Cubalah
engkau turunkan seksa itu
sekarang juga kepada
kami, sekiranya engkau
benar dalam kata katamu
itu, kata mereka pula.
Permintaan mereka
dengan segera diberi
Tuhan. Hawa yang panas
terik membakar, sedang
mengancam jiwa mereka.
Selain kepanasan yang tak
terhingga, mereka
diserang oleh haus dan
dahaga yang bukan
kepalang. Seberapa saja
air yang mereka minum,
namun kehausan dan
kedahagaan mereka tidak
berkurangan, malah
semakin menghebat. Ke
mana saja mereka pergi
melindungkan diri dari
hawa panas itu baik ke
bawah pohon kayu yang
rendang mahupun ke
bawah gedung gedung
yang beratap, tetapi tidak
mendatangkan faedah
sedikitpun. Akhirnya
mereka melarikan diri
meninggalkan kampung
halamannya, menuju ke
hutan hutan yang mereka
sembah untuk
melindungkan diri dari
hawa yang panas terik,
tetapi itupun tidak
membawakan faedah.
Panas terik itu
dirasakannya di mana
mana sekalipun di dalam
air atau hutan yang lebat,
Mereka lari dari qada dan
qadar Tuhan menuju ke
qada dan qadar Tuhan
yang lain pula.