Kisah Nabi Yunus
April - September 2011
Sebuah negeri Ninuwi
namanya, dimana setiap
rumah penuh dengan
berhala yang disembah
dan hampir setiap
penduduknya hidup
dalam kejahilan,
kegelapan, kesesatan dan
berbagai hal yang jauh
dari kebenaran.
Kepada mereka itulah Nabi
Yunus diutus Tuhan untuk
menyingkapkan kegelapan
dan membawa cahaya
terang. Untuk
membimbing akal dan
fikiran mereka, agar dapat
memikirkan alam yang
luas bukan hanya alam
yang sempit, agar
dapatlah mereka
menginsafi bahawa
berhala itu adalah barang
buatan yang tidak ada
gunanya disembah, yang
harus disembah adalah
Allah yang menjadikan
bumi dan langit, bulan,
matahari dan segalanya.
Mereka terkejut
mendengar keterangan
baru itu, yang memang
bertentangan dengan apa
yang sudah menjadi
tradisi kehidupan mereka
turun temurun; iaitu
menyembah dan memuja
batu batu yang berupakan
patung atau berhala.
Mereka bukan hanya
terkejut saja, tetapi kerana
sudah menjadi tabiat pula
bagi mereka, bahawa
mereka tidak akan tunduk
menurutkan kata
seseorang yang
dianggapnya bukan raja
dan bukan bangsawan,
tidak mempunyai
kekayaan dan kekuasaan
apa apa, tetapi hanya
orang biasa saja.
Sebagaimana nasibnya
semua Nabi dan Rasul,
demikian pulalah nasib
dan pengalaman yang
dialami oleh Nabi Yunus.
Dia ditentang dan didebat
orang dengan berbagai
bagai tentangan dan
debatan. Dengan sabar
dan tahan hati, dengan
lunak dan budi yang
tinggi, Nabi Yunus
menghadapi mereka.
Bukan sebulan dua, tetapi
sampai bertahun tahun
pula, namun mereka tetap
mengengkari akan ajakan
Nabi Yunus.
Kerana keengkaran yang
tidak boleh ditawar tawar
ini, Nabi Yunus mulai
khuatir, kalau kalau
mereka itu akan
mengalami pula seksa dan
azab Tuhan, sebagaimana
yang telah dialami oleh
bangsa bangsa yang
terdahulu dari mereka. Hal
ini dikemukakan Nabi
Yunus kepada mereka:
Saya khuatir kalau seksaan
Allah turun atas kamu
sekalian, kerana
keengkaran kamu yang
tidak boleh ditawar tawar
ini dan tidak seorang juga
yang dapat
menghindarkan dirinya
dan seksaan Allah itu,
selain orang yang
dikehendaki Allah yaitu
orang orang beriman dan
tunduk kepada ajaran
Allah.
Lucu dalam pendengaran
telinga mereka peringatan
Nabi Yunus yang
demikian itu. Kerana
semua itu mereka anggap
hanya omong kosong
belaka. Mereka menjawab
peringatan ini dengan
kesombongan: Kami tidak
akan tunduk kepadamu,
kami tidak takut akan
seksa Tuhanmu itu.
Datangkanlah siksa itu
kalau engkau memang
benar.
Nabi Yunus tidak dapat
menahan sabarnya lagi.
Hatinya marah tidak
terhingga, harapannya
putus samasekali. Nabi
Yunus berjanji tidak akan
berhubungan dan berkata
lagi di hadapan mereka.
Nabi Yunus lalu berjalan,
bertolak meninggalkan
kampung dan bangsa
yang engkar itu. Dia pergi
merantau ke negeri lain,
dengan hati yang kesal
dan putusasa.
Tidak lama dan belum
jauh perjalanan Nabi
Yunus dari negeri itu,
turunlah seksa Tuhan atas
penduduk negeri yang
sombong dan bongkak
itu. Mula mula hawa
panas meningkat tinggi
kerananya warna kulit
mereka berobah seketika
itu juga, menjadi jelek
serta banyak cacat
cacatnya. Derita hawa
panas semakin meningkat
tinggi lagi, sehingga
mereka merasakan benar
pedihnya seksaan itu.
Mulai timbul di hatinya,
rasa takut dan mereka
mulai percaya akan kata
kata Nabi Yunus itu
memang benar. Sekarang
mereka menjerit jerit
mencari Yunus, ingin
taubat serta ingin menurut
perintahnya. Mereka
teringat akan azab dan
seksa yang pernah
diturunkan terhadap
kaumnya Nabi Nuh,
terhadap bangsa Ad dan
Tsamud. Mereka ingin
bertaubat dan menurut
akan segala ajaran Nabi
Yunus. Tetapi sayang,
Nabi Yunus sudah pergi
dan tidak seorang pun
mengetahui ke mana
perginya.
Hawa makin meningkat
juga panasnya. Kaum ibu
sudah tak menghiraukan
lagi anak anak bayi
mereka sendiri, begitu
pula keadaan kambing
dan biri biri sama sama
tidak diladeni lagi, lembu
dan unta pun demikian
pula keadaannya. Baik
manusia mahupun
binatang, masing masing
memikirkan nasibnya
sendiri.