Kisah Nabi Zakaria dan Yahya - Halaman 2
April - September 2011
Doa Zakaria itu dengan
cepat dijawab oleh
Malaikat yang sedang
berada pula dalam
mihrabnya: Ya, Zakaria!
Tuhan akan memberimu
seorang anak yang
bernama Yahya dan
belum pernah ada
manusia yang bernama
Yahya.
Jawapan Malaikat itu
terdengar jelas oleh
Zakaria. Hatinya yang
gembira segera diiringi
oleh kehairanan yang lebih
besar lagi. Dengan jalan
bagaimanakah dia akan
memperolehi seorang
anak yang dijanjikan
Malaikat itu, kerana dia
sendiri sudah terlalu tua
dan tidak sanggup lagi
mendekati isterinya, untuk
menjadi sebab beroleh
anak yang dicita-citakan.
Kehairanan Zakaria ini
segera pula dijelaskan oleh
Malaikat dengan
menerangkan: Bukankah
Allah yang
menjadikanmu,
sedangkan sebelumnya
kamu tidak ada? Dan
Tuhan itu pulalah yang
akan memberi engkau
seorang anak.
Jelas keterangan Malaikat
itu, tetapi Zakaria ingin
lebih jelas dan lebih nyata
lagi. Sebab itu dia lalu
meminta kepada Tuhan
untuk memberikan tanda
tanda yang nyata atas
janji itu. Allah lalu
menjawab dengan
berfirman kepada Zakaria:
Sebagai tanda engkau
tidak dapat berkata kata
kepada manusia tiga hari
lamanya dan bila ingin
berkata, engkau hanya
dapat dengan isyarat saja.
Tanda ini benar benar
terjadi. Hati Zakaria
menjadi tenang.
Kegelisahannya hilang. Dia
tinggal menunggu bila
dan bagaimana caranya
dia akan beroleh seorang
anak.
Tidak lama kemudian,
isterinya yang sudah tua
itu, lalu mengandung dan
akhirnya melahirkan
seorang anak yang suci
dan mulia, serta diberi
nama Yahya, iaitu yang
sudah ditentukan Allah.
Anak bayi yang luarbiasa
keadaannya, sihat
badannya dan amat cepat
besarnya, kuat akalnya
dan terang pemikirannya.
Walaupun masih muda
belia, dia sudah cekap
dengan berbagai ilmu
pengetahuan, hafal akan
segala isi Kitab Suci Taurat
dengan segala
keterangannya, begitu
pula dengan masalah
masalah yang sekecil
kecilnya, sampai kepada
masalah masalah yang
sebesar besarnya.
Sebab itu dialah yang
ditetapkan menjadi
penghukum antara
manusia dengan manusia,
dengan hukuman yang
seadil adilnya. Dia menjadi
pemegang kekuasaan
yang tertinggi. Dia berani
menjalankan yang hak
dan tidak gentar dia
menghukum yang salah.
Tidak seorang juga yang
berani menentang kata
dan melanggar aturan
yang ditetapkannya.
Akhirnya disampaikan
orang kepadanya berita
yang mengatakan bahawa
Raja Hirodus yang
menjadi Raja Palestin,
jatuh cinta anak saudara
Yahya, Hirodia namanya.
Memang gadis itu
luarbiasa cantiknya.
Parasnya yang bulat
seperti purnama penuh,
matanya yang cemerlang
laksana bintang kejora,
perawakannya yang
ramping dengan
rambutnya yang panjang
itu, telah lama menjadi
buah bibir setiap pemuda
Palestina.
Keinginan raja itu rupanya
sudah menjadi suatu
keputusan. Raja telah
meminang anak gadis itu
kepada ibu bapa dan
keluarganya dan putusan
pun rupanya sudah ada,
bahawa raja akan kahwin
dengan gadis itu.
Mendengar hal ini Yahya
menghukumkan dengan
terus terang, bahawa
perkahwinan Raja Hirodus
dengan gadis Hirodia itu
tidak sesuai dengan
peraturan agama ketika
itu, serta bertentangan
dengan Kitab Suci Taurat.
Yahya dengan tegas
berkata: Perkahwinan itu
tidak akan saya akui,
malah saya akan tetap
menentangnya dengan
sekeras kerasnya.
Mengapa Nabi Yahya tidak
mengizinkan dan tidak
membenarkan
perkahwinan tersebut?
Menurut Abdullah bin
Zubair, gadis yang
bernama Hirodia atau
Harduba itu adalah anak
Hirodus itu sendiri.
Sedang menurut as-
Suddy, gadis itu adalah
anak isterinya (anaktirinya)
sendiri. Sedang menurut
Ibnu Abbas, gadis itu
adalah anak dan saudara
lelaki dan Hirodus sendiri.
Menurut hukum Taurat
sama dengan hukum al-
Quran yang sekarang ini,
bahawa anak sendiri,
anaktiri atau anak dan
saudara sendiri tidaklah
halal menikahinya.
Nabi Yahya sebagai
seorang Nabi dan Rasul
Allah yang diutus Allah
untuk melaksanakan
hukum Taurat, tentu saja
tidak dapat menetapkan
atau membenarkan
sesuatu pernikahan yang
bertentangan dengan
hukum Taurat itu,
sekalipun yang akan
kahwin itu seorang
maharaja yalig bagaimana
juga besar pengaruh dan
kekuasaannya.
Nabi Yahya menghadapi
dua percubaan atau ujian
yang amat kuat sekaligus.
Pertama pertentangannya
dengan seorang raja yang
amat kuasa dan sangat
ganas, menghadapi mata
pedang yang sudah
teracung ke lehernya.
Kedua beliau menghadapi
rayuan dan cumbuan dari
seorang gadis ayu yang
tak ada taranya, iaitu
menghadapi mata pedang
asmara yang lebih
berbahaya dan lebih tajam
lagi dan mata pedang
yang berupa besi yang
diasah tajam itu.
Dia seolah olah disuruh
memilih antara hidup atau
mati. Hidup dengan
melanggar hukum Taurat,
atau mati dengan mentaati
hukum tersebut. Akhirnya
Nabi Yahya
mengumumkan
putusannya yang
luarbiasa, iaitu tetap tidak
membenarkan
perkahwinan antara Raja
Hirodus dengan gadis
Hirodia dan akan
menentangnya.
Keputusan Yahya ini
akhirnya tersebar luas di
kalangan penduduk,
tersiar pula ke seluruh
pelosok dunia, ke tiap kota
dan istana raja raja
lainnya, ketempat tempat
ibadat dan tempat tempat
keramaian.
Alangkah kagetnya gadis
Hirodia mendengar
putusan Yahya ini, kerana
dia sendiri sudah
melamun akan menjadi
permaisuri besar, menjadi
isteri seorang raja besar.
Dia tidak senang dengan
adanya khabar itu, dengan
perasaan marah dia
segera merencanakan
suatu tindakan, sekalipun
dia harus bertentangan
dengan Yahya, iaitu bapa
saudaranya sendiri,
kerana menurut
sangkaannya, bapa
saudaranya (Yahya)
sendirilah yang ingin
kahwin dengannya.
Tetapi dengan cara
bagaimanakah dia akan
dapat bertindak? Dia
adalah seorang wanita.
Fikiran jahatnya lalu
timbul, iaitu dengan
bersenjatakan
kecantikannya, dia ingin
mencemarkan dan
menjatuhkan nama baik
Yahya.
Dia segera berhias diri
secantik cantiknya dan
dipakainya pakaian serta
perhiasan yang bagus
bagus dan mahal mahal
harganya. Dia lalu masuk
ke tempat bapa
saudaranya bekerja.
Dengan senyuman manis
dan gerak geri yang
dibuat buatnya itu, dia
berkata kepada pamannya
dengan kata kata yang
menarik hati.
Nabi Yahya bin Zakaria
a.s. sebagai yang telah
ditegaskan oleh Allah
dalam al-Quran, adalah
seorang yang pertama
membenarkan dan
mempercayai akan
kenabian dan Kerasulan
Isa al-Masih a.s., yang
akan menjadi pimpinan
yang terpelihara dan
segala dosa dan
kejahatan, lalu diangkat
Allah menjadi Nabi dan
Rasul dari manusia
manusia yang baik.