Kisah Nabi Zakaria dan Yahya - Halaman 3
April - September 2011
Menurut Ibnu Masud dan
Ibnu Abbas serta sahabat
lainnya, selain baik rupa
dan perangainya, kuat
beribadat, mengekang diri
dari segala syahwat
(nafsu) sehingga
menjauhkan din dari
wanita.
Ketika Hirodia datang
menggodanya, Nabi
Yahya menjauhkan diri
dan memerintahkan
kepada Hirodla agar
menutup seluruh
tubuhnya dan
menerangkan kepadanya
apa yang tertulis di dalam
Kitab Suci Taurat bahawa
orang orang yang
melakukan zina akan
diseksa di hari kiamat dan
berbau lebih busuk
daripada bangkai.
Mendengar jawaban
Yahya demikian, gadis
Hirodia menjadi malu dan
jengkel. Semua manusia
termasuk raja
menginginkan dirinya,
sedangkan Yahya
menolak sekalipun dia
yang datang sendiri
merayunya. Maksudnya
dengan rayuan ini, ialah
bila Yahya dapat ditarik
kepada dirinya, atau
menyentuh dirinya, ia
akan menuduh bahawa
kerana tertarik akan
dirinya itulah Yahya tidak
mahu membenarkan
perkahwinannya dengan
Raja Hirodus yang
berkuasa. Dan dengan
alasan itulah ia akan
meminta kepada Hirodus
agar Yahya dibunuh saja,
agar perkahwinannya
dengan Hirodus dapat
dilangsungkan tanpa
gangguan dan Yahya lagi.
Kerana gagal dengan cara
yang begitu, ia tidak
kehilangan akal. Dia
datangi Raja Hirodus dan
berkata kepadanya:
Sekiranya engkau benar
benar cinta kepadaku, aku
ingin bukti, ialah agar
engkau membunuh
Yahya bin Zakaria.
Hirodus ini memerintah
dari tahun 4 sebelum
Masehi sampai tahun 37
sesudah Masehi, adalah
anak Raja Hirodus Agung
yang memerintah
sebelumnya. Seorang raja
yang telah membunuh
beratus ratus Nabi dan
orang orang saleh, di
antaranya terdiri dari
keluarganya sendiri.
Tidaklah hairan kalau
anaknya sendiri iaitu
Hirodus yang ingin
kahwin dengan anak
saudaranya sendiri
Hirodia, jauh lebih ganas
dan bapaknya sendiri.
Dengan segera dia
menangkap Nabi Yahya,
dimasukkan ke dalam
penjara dan akhirnya
dibunuhnya pula, untuk
memenuhi kehendak
kekasihnya itu.
Tidak lama sesudah darah
Nabi Yahya tertumpah
membasahi bumi, Allah
murka, dan kemurkaan
Allah ini berubah menjadi
bencana hebat yang
menimpa Bani Israel
termasuk Rajanya Hirodus
dan Hirodia kekasihnya.
Setelah Nabi Zakaria
mengetahui akan
kematian anaknya Nabi
Yahya, Nabi Zakaria
melarikan din untuk
menghindarkan
penangkapan, kerana
sudah tersiar pula khabar
bahawa ia juga akan
dibunuh. Beliau
bersembunyi di dalam
sebuah kebun dekat kota
Jerusalem. Akhirnya
kebun itupun dikepung
oleh alat alat negara untuk
menangkapnya.
Konon khabarnya sebuah
pokok kayu yang besar
membelah dirinya dan
mempersilakan Zakaria
bersembunyi di dalam
batangnya. Tetapi Iblis
telah memberitahukan
kepada para pengepung
bahawa Zakaria
bersembunyi di dalam
pokok kayu itu. Mereka
lalu memotong kayu
tersebut, sehingga Nabi
Zakaria mati terbunuh
pula.
Dengan kematian Nabi
Yahya dan Nabi Zakaria,
Allah menimpakan
bencana demi bencana
kepada Bani Israel, yang
berupa serangan
serangan dari tentera
musuh yang amat ganas,
sebagaimana juga sudah
sering terjadi sebelumnya.
Pernah dalam suatu
serangan yang dilakukan
oleh musuh mereka,
120,000 orang, termasuk
pembesar pembesar
mereka mati terbunuh
semuanya. Hanya sedikit
saja yang dapat
meloloskan diri dan
pembunuhan itu. Terkenal
dalam sejarah dunia
serangan Nebukadnezar
dari Babilon dan serangan
Titus dan Rome, sebelum
dan sesudah lahirnya Isa
al-Masih a.s.
Firman Allah dalam al-
Quran surah al-Isra, ayat
48:
Dan Kami (Allah) putuskan
(takdirkan) bagi Bani Israel
dalam Kitab itu:
Sesungguhnya kamu
akan mengadakan
kerosakan di bumi dua kali
(berulang ulang), dan
sesungguhnya kamu akan
sombong dengan sebesar
besar kesombongan.
Maka apabila datang
perjanjian yang pertama
dari yang dua itu, kami
utus untuk menunjuki
kamu, hamba hamba
Kami yang mempunyai
kekuatan yang sangat, lalu
mereka bersimaharajalela
di seluruh negeri, dan
adalah perjanjian itu
sudah dilakukan.
Kemudian Kami
kembalikan kepada kamu
kekuasaan atas mereka
dan Kami beri kepada
kamu harta dan anak,
serta Kami jadikan kamu
menjadi bilangan yang
banyak (kembali). Jika
kamu berbuat kebajikan,
berarti kamu berbuat
kebajikan bagi dirimu
sendiri. Dan jika kamu
berbuat kejahatan, bererti
kamu berbuat kejahatan
bagi dirimu. Maka apabila
datang perjanjian yang
akhir (Kami utus mereka)
supaya mereka
membusukkan akan
muka muka kamu
(merosak dan
mengalahkan kamu), dan
supaya mereka masuk ke
dalam Masjid (maksudnya
Baitul Maqdis),
sebagaimana mereka
sudah masuk ke
dalamnya pertama kali,
dan supaya mereka
binasakan kamu selagi
mereka berkuasa. Mudah
mudahan Tuhan kamu
mengasihi kamu, dan jika
kamu kembali, Kami akan
kembali (menyeksamu),
dan Kami jadikan
Jahannam bagi orang
orang kafir sebagai
kurungan.