Kisah Pasukan Bergajah
April - September 2011
Kota Sana ibu negeri
Yaman purbakala, dimana
duduk bertakhta seorang
raja beragama Yahudi
yang sangat fanatik, yang
bernama Zu Nuwas, sedang bermandikan terik
panas matahari, ditambah lagi oleh panas gurun Sahara yang terdiri dani lautan pasir, sehingga
hawa udaranya
memuncak panas tidak terkira. Tidak hairan kalau
di hari itu semua jalanraya menjadi sunyi sepi, seluruh desa dan kota
hening tenang tak bergerak sedikit juga kerana angin pun tidak berhembus.
Ke arah mana saja kita menoleh, tidak ada seorang manusia pun yang tampak keluar dari rumah mereka masing-masing. Desa dan kota
merupakan desa dan kota yang mati layaknya,
sekalipun kota dan negeri
itu adalah kota yang terbesar dan teramai di seluruh dunia Arab di masa itu. Tiba-tiba dari utara kota tersebut, muncul seorang lelaki yang sedang berjalan menuju ke tengah kota ke arah istana raja. Tampaknya orang itu datang dari tempat yang
jauh sekali menempuh padang pasir yang terik, di bawah sinar matahari
yang luarbiasa panasnya itu.
Setibanya di dalam kota Sana, langkahnya agak
tertegun, hati dan
dadanya tampak
berdebar-debar, syak dan ragu-ragu; kedua matanya penuh dengan bayangan
kehairanan dan keraguan. Langkah kakinya mulai tak seimbang lagi, maju-mundur yang tidak diketahui sebab-musababnya. Tampak nyata bahawa orang itu menyimpan rahsia besar dalam dadanya. Kalau tidak rahsia besar, pasti ada urusan penting yang maha penting yang sedang direncanakannya.
Setelah dekat ke istana raja, tiba-tiba dia ditegur
oleh penjaga istana: "Untuk apa engkau datang
ke istana ini di waktu terik panas matahari yang begini rupa, di kala semua manusia sama-sama
melindungkan diri dari panas yang terik ini? Jangankan manusia, binatang dan burung pun
sama-sama tidak kelihatan berkeliaran kerana panasnya hawa. "Orang lelaki itu menjawab:
"Saya datang membawa kabar hebat, urusan
penting yang perlu saya laporkan kepada Raja Zu Nuwas."
Penjaga berkata lagi: "Raja sedang sibuk, tidak akan
sempat bertemu
denganmu dan dengan siapa juga. Sekalipun raja sudah beres dengan kemenangan besar dalam
memerangi bangsa Syanatir dan telah berhasil menguatkan kedudukannya di kota Sana ini dan telah berhasil pula mengembalikan kedudukan bangsa Yahudi ke tempat yang selayaknya, tetapi sekarang ini raja sedang bersiap-siap pula untuk menggerakkan perang dahsyat lagi ke negeri- negeri yang jauh, kerana raja tidak senang sebelum seluruh manusia Timur dan Barat semuanya masuk beragama Yahudi. Petang ini, setelah matahari terbenam dan udara menjadi agak dingin kembali, raja akan keluar ke kebun bunga ltu, dengan diiringi oleh semua pengiring dan para menterinya, pembesar- pembesar kerajaan dan kepala-kepala staf angkatan perangnya yang selalu setia kepadanya, untuk bermesyuarat tentang siasat perang yang harus dijalankan guna menyebarkan agama Yahudi di seluruh
pelosok alam ini."
Mendengar keterangan itu,
orang itupun berkata:
"Kedatangan saya ini tidak
jauh maksudnya daripada
niat raja itu. Saya tidak
akan datang menghadap
di kala terik panas
matahari begini, kalau
tidak kerana untuk
kepentingan ugama yang
kita cintai itu. Kalau tuan
sudi memberitahukan
kedatangan saya ini
kepada raja, saya percaya
bahawa raja akan
memanggil saya masuk
dan pasti raja akan
mementingkan laporan
saya ini."
Sambil menunggu
jawapan dari dalam
istana, orang itu pun
duduk bernaung di bawah
atap istana,
menghindarkan teriknya
panas matahari.
Tidak lama berselang, Raja
Zu Nuwas dengan
diiringkan para pengawal,
pembesar-pembesar
pemerintahan dan kepala-
kepala perangnya, keluar
dari istana menuju ke
tamannya yang indah
untuk meneruskan sidang
yang berat. Pengawal
itupun segera datang
memberi kabar kepada
raja: "Seorang musafir
dari daerah Najran, ingin
bertemu dan akan
memberi laponan tentang
keadaan Najran, iaitu
laporan yang amat
penting."
Lelaki musafir yang sudah
menunggu-nunggu
itupun tampil ke hadapan
raja, lalu memberikan
laporan dengan berkata:
"Ya, rajaku yang mulia.
Mudah-mudahan Tuhan
melindungi tuan dan
kerajaan, serta selalu
dapat menghancurkan
musuh Ugama Yahudi
yang kita cintai, juga
mendapat taufik dan
hidayah Tuhan dalam
mempertahankan agama
kita. Saya datang bukanlah
untuk meminta dan
mengharapkan hadiah,
tetapi sengaja membawa
khabar tentang daerah
Najran, dimana sekarang
ini telah tersebar ugama
baru, yang makin lama
makin ramai pengikutnya,
mungkin akan merata ke
seluruh Yaman dan
seluruh dunia,
mengalahkan ugama kita
sendiri. Ugama baru itu
dinamakan orang Ugama
Nasrani (Krisitian)."
Dengan terperanjat, lalu
raja berkata kepada
musafir itu: "Sungguh
mengejutkan benar berita
yang kau bawa ini.
Terangkanlah kepadaku
dari awal sampai akhirnya
tentang agama baru itu!"
Musafir itu meneruskan
ceritanya dan laporannya:
"Ugama baru itu adalah
berdasarkan ajaran Nabi
Isa al-Masih. Telah banyak
orang-orang yang
mulanya menyembah
berhala-hala memasuki
ugama baru itu dan
orang-orang yang
berugama Yahudi pun
sudah banyak pula yang
masuk."
"Bagaimana cara
masuknya ugama baru itu
ke Najran?" raja
meningkah pembicaraan
musafir itu.
"Mula-mula sekali masuk
ke Najran dua orang lelaki.
Yang pertama bangsa
Rumawi, Fimiyun
namanya dan yang
bangsa Arab, Saleh
namanya. Adapun
Fimiyun itu sebagai budak
yang dibeli oleh seorang
penyembah korma.
Ternyata kepada pembeli
itu, bahawa budak yang
bernama Fimiyun itu
sangatlah baik
perangainya, penuh
dengan ketenangan dan
kesabaran, tidak pernah
mengeluh dan melukai
perasaan orang lain.
Setiap harinya dia
senantiasa bekerja dengan
rajin dan setiap petang dia
bertekun dalam
kamarnya,
bersembahyang dan
menyembah Tuhan.
"Pada suatu malam
tuannya itu masuk ke
karnar Fimiyun, didapati
kamarnya itu terang-
benderang tetapi tidak ada
lampunya. Tuannya
menjadi hairan dan
bertanya tentang
ugamanya. Budak itu
menerangkan, bahawa ia
beragama Nasrani,
menyembah Allah yang
Maha Esa menurut apa
yang diajar Nabi Isa al-
Masih kepada-nya.
"Adapun korma yang
engkau sembah itu, kata
Fimiyun kepada tuannya,
tidak dapat berbuat apa-
apa, tidak dapat
mengabulkan doamu.
Adapun Allah yang Maha
Esa yang saya sembah ini
dapat mengabulkan
semua doa dan sanggup
atas segala-galanya.
"Kalau tuan suka beriman,
kata Fimiyun selanjutnya,
saya akan mendoa,
dimana ternyata nanti
bahawa Tuhan yang saya
sembah lebih berkuasa
dari korma yang tuan
sembah itu."
"Berdoalah engkau," kata
tuannya, "kalau benar
doamu; nanti saya akan
beriman pula dengan
ugamamu itu."
"Fimiyun segera
mengucapkan doanya
kepada Tuhan. Sebentar
itu juga semua korma
yang disembah tuannya
itu pun menjadi kering
dan mati semuanya.
"Kejadian ini segera tersiar
seluruh pelosok dan
orang-orang yang
menyembah korma dan
berhala, sama-sama
merobah ugama mereka
dengan ugama Nasrani
yang dibawa oleh Fimiyun
itu. Orang-orang Yahudi
pun telah banyak beriman
kepadanya, serta
meninggalkan ugama
Yahudinya.
"Adapun Saleh yang
menjadi temannya itu,
pada mulanya ketika dia
berada di tanah Syam,
tempat lahir Nabi Isa al-
Masih, pada suatu hari dia
melihat Fimiyun sedang
sembahyang di padang
pasir, tiba-tiba datang ular
besar menuju Fimiyun
yang sedang
sembahyang itu. Fimiyun
tidak memutuskan
sembahyangnya, tetapi
terus, sekalipun ular telah
dekat sekali. Saleh lalu
berteriak menasihatkan,
agar Fimiyun berhenti
sembahyang dan
melarikan diri, tetapi
Fimiyun tidak berhenti dan
terus sembahyang. Ular
besar yang sudah
mengangakan mulutnya
hendak menerkam, mati
seketika itu juga. Sejak
waktu itu, Saleh
menyerahkan diri dan
tenaganya kepada
Fimiyun. Keduanya pergi
dari satu tempat ke
tempat yang lain untuk
mengajarkan ugama
mereka itu. Keduanya
akhirnya dapat ditawan
sekelompok bangsa Arab
dan menjual mereka
kepada orang penyembah
korma, sebagai yang
diterangkan tadi.
"Sekarang ugama mereka
itu telah tersiar luas sekali.
Saya datang ke mari agar
raja segera bertindak
terhadap ugama banu ini."
Mendengar cerita itu,
bukan main marahnya
Raja Zu Nuwas. Dadanya
dibusungkannya,
tangannya
dihempaskannya. Dengan
mengacungkan
pedangnya ke udara, dra
bersumpah bahawa dia
ketika itu juga dengan
segenap kekuatannya
akan berangkat ke Najran,
untuk mengajar bangsa
Najran yang sudah
murtad itu, katanya, agar
mereka kembali masuk
Ugama Yahudi, ugama
lama yang tidak boleh
ditukar-tukar lagi, katanya.
Tidak lama kemudian,
daerah Najran yang
sempit dan tidak begitu
luas itupun telah
terkepung dari segenap
penjuru oleh angkatan
perang Raja Zu Nuwas.
Kepada seluruh penduduk
yang telah beragama
Nasrani itu dikeluarkan
ancaman, apakah mereka
akan kembali kepada
Ugama Yahudi, atau
semuanya akan dibunuh
mati, kecil-besar, tua-
muda, lelaki perempuan.
Kerana keimanan yang
kuat, penduduk Najran
tetap memegang teguh
ugama mereka yang
berdasarkan keimanan
kepada Allah yang Maha
Esa, sekalipun mereka
akan dibunuh mati.
Setelah Raja Zu Nuwas
melihat dan mengetahui,
bahawa rata-rata
penduduk Najran tidak
mahu tunduk kepada
bunyi ancaman-nya,
kepada semua tenteranya
diperintahkan menggali
lubang besar yang dalam.
Di dalam lubang besar itu
ditimbunkan kayuapi yang
mersik kering. Dengan
kayu bakar yang kering
itu, lalu api dinyalakan
sebesar-besarnya.
Penduduk Najran
ditangkap semuanya,
dikumpulkan dalam
sebuah perkampungan di
dekat lobang besar itu, lalu
masing-masing mereka
tua-muda, besar-kecil,
lelaki perempuan dengan
berganti-ganti dan bergilir
diperintahkan terjun ke
dalam lobang besar
dengan api yang sedang
bergejolak-gejolak itu,
untuk menutup riwayat
hidup mereka.
Semua itu dijalankan oleh
penduduk Najran yang
beriman itu, dengan
tenang dan sabar, tidak
seorang juga yang
merasa takut dan sedih.
Kerana keimanan yang
demikian matang
sempurna, gejolakan api
begitu panas, mereka
rasakan sebagai angin
yang berhembus sepoi-
sepoi bahasa saja. Bahkan
mereka berlumba-lumba
dan berebut-rebutan
untuk menjatuhkan
dirinya masing-masing ke
dalam api besar itu; kerana
mereka yakin, bahawa di
bawah gejolakan api yang
panas itu, telah menanti
Syurga Jannatun-Naim
yang dijanjikan Tuhan
kepada mereka.
Sedang Raja Zu Nuwas
dengan segala tentera dan
pembesar-pembesarnya
duduk berbaris di atas
bangku-bangku dan kursi-
kursi yang sudah tersedia
buat mereka, menonton
bangsa Najran yang
sedang mengorbankan
jiwanya.
Dengan senang hati dan
tertawa terbahak-bahak,
mereka senang melihat
orang mati teraniaya dan
merasa senang kerana
dengan jalan begitulah
katanya, mereka dapat
mempertahankan ugama
mereka.
Bangsa Najran yang
berugama Nasrani,
musnah semuanya
dimakan api. Dalam
kampung itu hanya
tinggal beberapa orang
yang berugama Yahudi
saja, iaitu orang-orang
yang seugama dengan
rajanya yang ganas itu.
Tetapi mereka tidak tahu,
bahawa cara-cara mereka
melakukan keganasan dan
mempertahankan ugama
mereka itu, adalah salah.
Nanti di akhirat, mereka itu
akan dilompatkan Tuhan
satu persatu ke dalam
lobang api neraka, sedang
bangsa Najran akan
menonton dengan riang
gembira di jendela-jendela
syurga yang mereka
tempati.