Kisah Pasukan Bergajah - Halaman 2
April - September 2011
KEMBALI kita kepada Raja
Zu Nuwas, raja Yaman
yang fanatik Yahudi, yang
memerintah negeri yang
makmur dan kayaraya,
yang telah melenyapkan
penduduk Najran di dalam
lobang
bunuhan, kerana
penduduk itu menganut
agama Nasrani yang
diajarkan oleh Nabi Isa a.s.
Rupanya ada seorang
lelaki penduduk Najran
yang dapat meloloskan
diri dari pembunuhan
kejam itu. Orang ini dapat
lari dan meminta
pertolongan kepada raja
Rum, atas nasib
penduduk Najran yang
beragama Nasrani yang
telah mengalami nasib
buruk itu.
Kerana letaknya Yaman
terlalu jauh dari kerajaan
Rum (Syam) maka raja
Rum menganjurkan
kepada orang itu untuk
minta bantuan raja
Habsyah (Ethiopia
sekarang), kerana raja itu
memang kuat dan
beragama Nasrani pula.
Raja Rum lalu menulis
surat kepada raja
Habasyah. Surat itu
dibawa oleh orang itu
sendiri menuju negeri
Habsyah.
Sesudah Najasyi (Nagus,
raja Habsyah) membaca
surat raja Rum itu, dia lalu
mendoa kepada Allah,
mudah-mudahan Allah
s.w.t. memberkati arwah
penduduk Najran yang
penuh iman dan taqwa
itu. Doa ini diucapkannya
dengan airmata yang
berlinang-linang, terharu
sangat atas nasib
penduduk Najran yang
tabah dan sabar itu.
Raja Najasyi tidak dapat
menahan sabarnya
terhadap Raja Zu Nuwas
Yahudi yang ganas itu. Dia
ingin membalas dendam,
demi untuk kepentingan
agama dan ummat
Nasrani seluruhnya.
Tentera besar lalu
disiapkannya, dikirim
langsung menuju Yaman
untuk membalas
kekejaman dengan
kekejaman pula.
Pertempuran hebat lalu
terjadi antara tentera
Habsyah di bawah
pimpinan Raja Najasyi,
melawan tentera Yaman
di bawah pimpinan Raja
Zu Nuwas. Tentera
Yarnan dapat dikalahkan,
negara Yaman seluruhnya
jatuh di bawah kekuasaan
Habsyah.
Raja Habsyah (Najasyi)
lalu mengangkat Abrahah
menjadi gabenor di
Yaman. Penduduk Yaman
yang fanatik Yahudi itu
dikristenkan seluruhnya.
Jauh di sebelah utara
negeri Yaman, ada sebuah
kota tua yang bersejarah,
iaitu Kota Makkah, dimana
terdapat sebuah Rumah
Tuhan, Kabah namanya.
Satu Rumah yang
didirikan oleh Nabi
Ibrahim dan Ismail
beberapa abad yang
silam. Ke sanalah ummat
manusia Arab dari
berbagai-bagai negeri
datang saban tahun
berkumpul menunaikan
haji untuk menyembah
Tuhan mereka yang terdiri
dari patung-patung batu
yang mereka tancapkan di
sekitar Kabah itu. Tidak
sedikit pula tiap tahun
penduduk Yaman sendiri
datang ke sana berkumpul
dan berhaji, menurut haji
jahiliah itu.
Dengan kedatangan
ummat manusia yang
banyak itu saban tahun,
maka negeri Makkah itu
menjadi ramai dan
bangsa Quraisy yang
menguasai Rumah Tuhan
(Kabah) itu, makin
terhormat dan mendapat
penghidupan yang layak
pula. Lalu timbul niat
buruk di hati Abrahah,
iaitu agar dengan
menjalankan
pengaruhnya yang besar
dia akan membelokkan
ummat manusia itu
jangan lagi datang ke
Makkah saban tahun,
tetapi hendaknya datang
ke Yaman saja untuk
menunaikan haji itu.
Untuk ganti Kabah di
Makkah, lalu dia
mendirikan gereja besar di
kota San'a, ibukota negeri
Yaman ketika itu dan
kepada gereja besar itulah
ummat manusia
dianjurkannya
menunaikan haji saban
tahun. Dengan jalan
begitu, orang-orang itu
dapat ditariknya ke dalam
agama Nasrani dan
kedatangan manusia yang
banyak itu akan
menambah kemakmuran
negerinya sendiri. Gereja
besar itu dibuatnya
sebaik-baiknya, dihiasi
dengan berbagai-bagai
ukiran yang menarik hati
penuh dengan perkakas
yang berharga.
Sungguhpun begitu, tidak
seorang juga di antara
manusia bangsa Arab
yang mahu menunaikan
haji ke gereja besar Sana
itu, sekalipun sudah hebat
dianjurkan dan
diperintahkan oleh raja
besar pula. Hati mereka
terus tertambat ke Kabah
yang ada di kota Makkah,
sekalipun Kabah itu tidak
begitu menarik mata
tampaknya, malah tidak
mempunyai perhiasan-
perhiasan yang mewah-
mewah. Entah kerana
fanatik kejahiliahan, entah
kerana lain hal, kerana
makbul-nya doa Nabi
Ibrahim dan Ismail ketika
meletakkan batu pertama
buat pembikinan Kabah
itu: "Ya, Allah," doa
Ibrahim. "Jadikanlah hati
manusia tertarik ke Kabah
ini dan berilah
penduduknya rezeki yang
merupakan buah-buahan,
mudah-mudahan mereka
bersyukur kepada
Engkau."
Alangkah marahnya hati
Abrahah dan bangsa
Yaman sendiri setelah
terbukti, bahawa tidak
seorang juga bangsa Arab
yang mahu merobah
Kabah mereka ke Yaman.