Kisah Nabi Ayyub
April - September 2011
Pada suatu hari, seluruh
Malaikat berkumpul
membicarakan makhluk
Allah, mengenai ketaatan
manusia dan maksiatnya,
keburukan manusia dan
kebaikannya. Akhirnya
semua Malaikat itu
memutuskan dengan
sebulat suara bahawa
Nabi Ayublah di kala itu
manusia yang paling baik
di atas dunia, yang paling
banyak ibadatnya kepada
Allah dan yang paling
tinggi keimanan dalam
dadanya.
Dengan harta kekayaan
yang banyak, anak
keturunan yang banyak
pula dia tidak pernah sekali
juga terlambat beribadat
dan bersujud kepada
Allah. Dia selalu
memperhatikan dan
menolong orang-orang
yang melarat dan fakir
miskin. Mendengar
keputusan Malaikat itu,
Iblis ingin menjalankan
siasat kotornya. Iblis tak
sudi kalau ada manusia di
muka bumi ini tebal
imannya kepada Allah,
sempurna ibadat dan
syukurnya. Tiap-tiap
orang beriman itu, akan
dicubanya membelokkan
dan menyesatkannya.
Dengan berbagai cara dan
akal yang busuk, dengan
pujukan yang halus dan
dengan senjatanya yang
paling ampuh, ialah
dengan berbohong.
Iblis ini lalu datang
menghadap ke hadhrat
Allah, lalu berkata:
Ya, Tuhan! HambaMu
yang bernama Ayub itu
bukanlah beribadat
menyembah Engkau,
bukan bersyukur memuji
Engkau. Ibadat dan
syukurnya itu hanya
kerana hartanya yang
banyak, keturunannya
yang cukup. Dia
menyembah Engkau itu
hanya agar Engkau
menambah harta dan
keturunannya. Dia
bersyukur kepada Engkau
itu agar semua harta dan
anak-anaknya itu tetap
banyak, supaya kambing
dan biri-birinya yang
berjumlah ribuan itu tetap
tidak berkurang, supaya
unta dan lembunya yang
berjumlah ratusan itu
semakin Engkau tambah,
supaya binatang perahan
dan yang dikerjakan
semakin gemuk-gemuk
dan kuat-kuat, supaya
anak lelaki dan
perempuannya yang
sudah banyak itu
ditambah banyak lagi.
Ayub hanya menyembah
harta, bukan menyembah
Engkau. Mensyukuri anak
keturunannya, bukan
mensyukuri Engkau. Cuba
Engkau izinkan saya
merampas harta kekayaan
itu, tentu dia tidak akan
menyembah Engkau lagi.
Sebab itu cubalah izinkan
saya, ya Tuhan, untuk
melenyapkan semua harta
kekayaan itu.
Allah menjawab: Ayub
adalah hambaKu yang
beriman penuh dengan
keimanan yang suci
ikhlas. Dia menyembahKu
kerana memang dia
menginsafi akan
keharusan menyembahKu
ini. Ibadatnya suci dan
pengaruh harta dunia,
suci dari sifat-sifat loba
dan tamak.
Tetapi kerana Allah ingin
menjadikan Nabi Ayub
lebih suci dan bersih
imannya, agar dapat
menjadi contoh teladan
tentang keimanan dan
kesabaran bagi seluruh
ummat manusia, si Iblis
diberiNya izin untuk
merampas semua harta
kekayaan Ayub. Tuhan
lalu berfirman kepada Iblis:
Boleh kau coba,
kumpulkanlah semua
kakitangan dan kawan-
kawanmu. Lakukanlah
apa-apa yang kamu
rencanakan itu.
Perhatikanlah nanti
bagaimana kesudahannya!
Iblis lalu bersiap
mengumpulkan semua
kakitangannya, semua
tentera dan pembantu-
pembantunya dan dia
berkata kepada mereka:
Tuhan sudah mengizinkan
kita untuk merampas
harta kepunyaan Ayub,
agar Ayub menjadi orang
melarat, agar dengan
kehilangan hartanya itu,
hilang pula keimanan dan
ibadatnya."
Dalam waktu sebentar
saja, hilang lenyaplah
semua harta dan
kekayaan Nabi Ayub itu.
Tidak seekor pun kambing
atau biri-birinya lagi yang
tinggal, tidak seekor pula
unta dan lembunya,
kebun dan tanaman-
tanamannya pun habis
kesemuanya.
Dengan berbentuk sebagai
seorang tua yang
berpengalaman dan
penuh dengan
kasihsayang, Iblis itu lalu
datang kepada Ayub
mahu menggodanya; dia
berkata: Sekarang
hartamu sudah musnah
semuanya. Tuhan yang
selalu engkau puji dan
sembah itu, rupanya tidak
menolongmu sedikit jua
pun. Sia-sialah engkau
beribadat dan
menyembahNya.
Berbagai-bagai pula
percakapan antara
manusia sesama
manusia, melihat nasib
yang menimpa Nabi Ayub
itu. Di antaranya ada yang
berkata: Itulah tanda
bahawa Ayub tidak ikhlas
dalam ibadatnya, tidak
beres sembahyang dan
zakat hartanya.
Ada pula yang berkata:
Ayublah manusia yang
paling baik dan paling
ikhlas ibadatnya. Kenapa
Tuhan tidak memelihara
hartanya? Kalau Tuhan
memang Pengasih dan
Penolong, maka Ayublah
yang paling pantas
dikasihi dan ditolong
Tuhan.
Ada pula orang lainnya
berkata: Semua itu terjadi,
kerana Tuhan akan
menguji keimanan Nabi
Ayub dan mahu memberi
pelajaran yang nyata
kepada manusia.
Mendengar semua
perkataan itu, Nabi Ayub
tinggal tenang dan sabar.
Tidak sedikitpun dia
merasa sedih dan
menyesal. Tidak sedikit
juga menggoyangkan
keimanan dan
keikhlasannya dalam
beribadat, malah
sebaliknya, Nabi Ayub
semakin kuat dan
bersungguh-sungguh
beribadat dan memuji
Allah. Terhadap orang
ramai itu, Nabi Ayub
berkata: Semua itu, adalah
kepunyaan Allah.
Diberikan Allah kepadaku,
kemudian diambil Allah
kembali. Maka terpuji Allah
yang telah memberi harta
itu kepadaku dalam masa
yang begitu lama dan
Maha terpuji Tuhan yang
telah mengambil kembali
harta itu, kerana memang
milikNya. Puji bagi Allah
yang memberi dan
mengambil, di waktu
memberi nikmatNya dan
mencabut nikmatNya itu
kembali. Maha terpuji
Tuhan yang
mendatangkan bahagia
dan menurunkan seksa.
Dia Tuhan satu Raja dan
segala raja. DiberikanNya
kekuasaan dan kekayaan
bagi siapa yang Dia
kehendaki dan Dia cabut
kekuasaan dan kekayaan
itu dan siapa saja yang Dia
kehendaki.
Sehabis berkata begitu,
Nabi Ayub kembali
bersujud menyembah
Allah dengan khusyuknya,
lebih dari biasanya lagi.
Setelah melihat kejadian
itu, Iblis merasa kecewa
besar, gagal segala niat
dan usahanya. Tetapi Iblis
masih mempunyai akal
dan daya-upaya lain. Dia
segera datang
menghadap Allah pula
dan berkata: Ayub
menerima nikmat dengan
pujian dan menerima
cubaan dengan sabar, itu
adalah disebabkan kerana
Ayub masih mempunyai
anak yang banyak, kepada
siapa dia dapat minta
tolong dan dengan siapa
dia dapat kaya kembali.
Bila Engkau izinkan saya,
ya Tuhan, untuk
melenyapkan semua anak
lelaki dan perempuannya,
saya yakin bahawa Ayub
akan nyata kekafiran dan
keengkarannya terhadap
Engkau.