Kisah Nabi Ayyub - Halaman 2
April - September 2011
Tuhan menjawab: Boleh
engkau lenyapkan semua
anak-anaknya, tetapi akan
engkau lihat sendiri,
bahawa Ayub akan tetap
imannya, takkan
berkurang sedikit juga.
Kembali Iblis
mengumpulkan semua
kakitangan dan
pembantu-pembantunya.
Semuanya bersiap
memasuki istana anak-
anak Ayub, lalu
menewaskan mereka,
serta menghancurkan
mahligai-mahligai dan
istana yang mereka diami.
Lalu Iblis pergi
mendapatkan Nabi Ayub
dan berkata: Seluruh anak
dan mahligaimu sudah
hancur luluh. Mereka ada
yang mati kerana luka-
lukanya dan ada pula
kerana terbanting keras
terhimpit barang-barang
yang berat. Demikianlah
Allah membalasi engkau,
hai Ayub, atas semua
ibadat engkau kepada
Allah itu.
Dengan airmata
bercucuran dan menangis
tersedu-sedu, Ayub
menjawab perkataan Iblis
yang sedang berbentuk
manusia yang berlagak
teman itu: Allah memberi,
Allah mengambil, Allah
menghidupkan dan Allah
mematikan. Atas semua
itu aku memuji akan Allah
yang menjalankan hakNya
itu.
Nabi Ayub lalu sujud
menyembah dan
bersyukur memuji
Tuhannya. Iblis kembali
kecewa besar dan gagal
lagi usahanya itu, tetapi
Iblis tidak kekurangan
daya-upayanya.
Dia kembali mendapatkan
Tuhan Allah dan berkata:
Dengan habisnya harta
kekayaan dan anak-
anaknya itu, Nabi Ayub
masih tetap sabar, kerana
ia yakin dengan badannya
yang sihat dan kuat itu,
dia masih dapat
mengumpulkan harta dan
beroleh anak kembali.
Izinkanlah saya sekarang
juga untuk melenyapkan
kesihatan badan Nabi
Ayub, serta
mendatangkan berbagai-
bagai penyakit kepada-
nya. Dengan hilangnya
kesihatan badannya dan
dengan adanya berbagai-
bagai penyakit itu nanti
akan terbuktilah
kepadaMu, hai Tuhan,
bahawa Ayub tidak ikhlas
dalam ibadatnya kepada
Engkau. Dengan hilangnya
kesihatan dan datangnya
penyakit itu, dia akan
membelakangi Engkau,
akan derhaka dan tidak
memuji Engkau.
Tuhan ingin menjadikan
Nabi Ayub seorang
hambaNya yang benar-
benar teguh memegang
tampuk keimanannya,
hambaNya yang tabah
dan sabar, hambaNya
yang tetap syukur dan
memuji Allah, untuk
dijadikan contoh bagi
semua manusia dalam
keimanan dan
kesabarannya, lebih-lebih
bagi orang-orang yang
kehilangan harta,
kehilangan anak dan pula
bagi orang-orang yang
ditimpa berbagai-bagai
penyakit yang berat-berat.
Kepada Iblis diperbolehkan
Allah untuk menjalankan
tipu muslihatnya yang
bagaimana juga hebatnya
untuk menyesatkan
keimanan Nabi Ayub yang
teguh itu, kerana Tuhan
Maha Mengetahui bahawa
Ayub benar-benar teguh
imannya, kuat dan tabah
menderita, walaupun
penderitaan yang
bagaimana juga hebatnya,
sedikitpun dia tidak akan
lupa memuji syukur dan
menyembah Tuhannya.
Iblis kembali muncul,
menyeludup ke dalam
tubuh Ayub. Lalu
meniupkan kepada Ayub
semacam penyakit yang
amat berbahaya, sehingga
kerananya, Nabi Ayub
jatuh terhampar di tempat
pembaringannya. Makin
hari semakin kurus
badannya, dia tidak
berdaya; habis segala
kekuatan dan
kegagahannya. Mukanya
muram dan pucat,
dengan mata yang
cukam. Semua
penderitaannya
ditanggungkannya
dengan keimanan tak
berkurang, malah
semakin bertambah;
bukan dengan keluh-
kesah dan kesal, tetapi
dengan tetap memuji-
muji Allah.
Demikianlah
penanggungan Nabi
Ayub, bukan berhari-hari
dan berbulan-bulan, tetapi
bertahun-tahun lamanya,
sehingga keadaan badan
Nabi Ayub sungguh
menyedihkan dan
hampir-hampir tak
sanggup hidup lagi
tampaknya. Kerana
sakitnya berjalan lama,
mulailah berkurang
jumlah teman dan
kawannya, sehingga
akhirnya tidak seorang
juga yang datang
menengok dan
menolongnya, kerana
tidak ada yang diharapkan
lagi daripadanya. Teman
satu-satunya yang masih
tinggal di sampingnya,
yang selalu menolong dia
menanggungkan
sengsara hidupnya ini,
ialah isterinya sendiri,
bernama Rahmah.
Isteri yang setia itu
dengan tak kenal penat,
meladeni Ayub yang
sedang sakit payah itu
dengan segala kasihmesra
dan susah-payahnya.
Segala kesakitan yang
diderita Ayub, seakan-
akan dia sendiri ikut
menderitanya pula. Nabi
Ayub dihibur dan
diladeninya.hal mana
menunjukkan keimanan
seorang isteri yang kuat
dan teguh, yang tidak
kalah pula dengan
keimanan suaminya
sendiri.
Penderitaan Ayub dan
isterinya (Rahmah), bukan
hanya sampai di situ saja,
penderitaan ini semakin
melonjak lagi, lebih tinggi
dan lebih hebat.
Ayub dan isterinya bukan
hanya kehilangan
hartabenda, anak,
kesihatan badannya,
kehilangan semua kawan
dan temannya, tetapi
ditarnbah lagi dengan
penghinaan dan ejekan
dan orang-orang bekas
kawan dan temannva
sendiri.
Mereka bukan kasihan dan
datang menolong, tetapi
mereka keberatan bila
Ayub dan isterinya tetap
berada di rumahnya dan
bertetangga dengan
mereka. Mereka bukan
hanya merasa jijik saja
melihat Ayub, tetapi juga
takut kalau-kalau
penyakitnya yang hebat
itu dapat menular kepada
mereka. Dengan tidak
menaruh perasaan
sedikitpun, mereka
mendatangi Rahmah dan
berkata: Hai Rahmah, kami
takut kalau penyakitnya
Ayub berpindah kepada
anak-cucu kami, sebab itu
keluarkanlah Ayub dan
ketetanggaan kami dan
kalau engkau tidak suka
mengeluarkannya, maka
kami akan
mengeluarkannya dengan
paksa!
Mendengar ucapan yang
kasar dan menyayat
perasaan itu, Rahmah
melolong menangis
dengan sekuat-kuat
suaranya: Aduh nasib,
mengapa mereka
mengusir kami dan
kampung dan rumah
kami sendiri?
Rahmah, isteri yang setia
itu mengeluarkan segenap
tenaga yang ada padanya,
untuk memangku
suaminya dan
membawanya ke luar
kampung dan tinggal di
sebuah pondok yang
sudah ditinggalkan orang.
Di sanalah Nabi Ayub
beserta isterinya
menanggungkan derita
lahir dan batin, dengan
penuh kesabaran dan
keimanan yang tidak
pernah berkurangan.
Untuk penghidupannya,
Rahmah terpaksa bekerja
memotong-motong roti
pada seorang pedagang
roti. Setiap petang dia
pulang mendapatkan
suaminya, dengan
membawa beberapa
potong roti yang
dihadiahkan orang
kepadanya.