Kisah Nabi Ayyub - Halaman 3
April - September 2011
Tetapi setelah orang ramai
tahu, bahawa Rahmah itu
adalah isteri Ayub, maka
pedagang roti itupun tidak
membenarkannya bekerja
lagi sebagai tukang
potong roti, kerana khuatir
kalau-kalau penyakit Ayub
itu menulari roti yang
akan dijualnya.
Kerana ketiadaan
pekerjaan dan makanan,
maka beberapa hari
lamanya, baik Ayub
mahupun isteninya tidak
makan dan minum
sedikitpun. Ya,
penanggungan di balik
penanggungan,
penderitaan
di balik penderitaan.
Kerana sudah tidak tahan
menahan lapar dan
dahaga, Rahmah minta
izin kepada Ayub untuk
pergi menjalankan ikhtiar
mencari makanan dan
minuman. Melihat itu,
Ayub berteriak kepada
isterinya: Ya Rahmah,
janganlah engkau pergi
meninggalkan aku
seorang diri, aku takut
kalau engkau tidak kembali
lagi !
Rahmah menjawab:
Jangan khuatir, ya Saiyidi,
selama hayat masih
berada dalam tubuhku.
Aku pergi hanya sebentar
dan akan segera kembali
lagi.
Maka pergilah Rahmah
dan tidak lama kemudian
dia pulang kembali
dengan membawa
sepotong roti dan air
minum. Setelah Nabi
Ayub melihat sepotong
roti segar yang dibawa
isterinya itu, Ayub
mengira bahawa isterinya
sudah menjual
kehormatan dirinya untuk
mendapatkan sepotong
roti itu. Lalu Rahmah
menceritakan kepada
Ayub, bagaimana caranya
ia mendapatkan roti itu:
Ya, Saiyidi, aku bukan
menjual kehormatan
diriku, aku berlindung diri
kepada Allah dari segala
perbuatan yang menodai
diriku. Roti ini aku perolehi
sebagai tukaran dengan
rambutku yang panjang.
Lalu Rahmah
membukakan kepalanya
yang tertutup itu, yang
semula tertutup oleh
rambut yang panjang kini
sudah menjadi gondol
samasekali.
Melihat kejadian itu, Ayub
sangat sedih hatinya, lalu
dia menangis, bukan
menangisi nasibnya, tetapi
menangisi rambut
isterinya, kerana diantara
yang paling menarik
hatinya terhadap isterinya,
ialah kerana rambutnya
yang panjang itu
menambah kecantikan
isterinya yang amat
cantik.
Berkatalah Rahmah:
Janganlah engkau
menangisi rambutku yang
sudah hilang. Ketahuilah
bahawa rambut itu akan
tumbuh kembali dan
mungkin akan lebih indah
dari yang sudah hilang itu.
Demikianlah katanya
menghibur suaminya.
Mendengar jawapan
isterinya itu, Ayub merasa
puas dan senang hatinya.
Dia kembali bersyukur,
bertasbih, bertakbir
memuji-muji Allah. Dia
merasa puas dan senang
atas segala penderitaan
yang dialami dan
ditanggungkannya dan
seketika itu juga Nabi
Ayub a.s. bermunajat
(berbisik) dengan segenap
jiwa raganya ke hadhrat
Tuhan: Ya Allah, Tuhanku,
aku redha kalau Engkau
cabut daripadaku akan
nikmat Mu yang bernama
hartabenda, anak
turunanku dan kesihatan
badanku, bahkan aku
redha kalau Engkau cabut
dariku akan segala darah
dan dagingku, serta kalau
perlu boleh cabut segala
tulang-belulang dan
semua anggota badanku.
Hanya aku berharap agar
jangan sampai Engkau
mencabut dua perkara
(nikmat) Mu, iaitu akal
fikiran dan lidahku, kerana
aku memerlukan akal dan
fikiran itu, guna
mengingatMu dan aku
memerlukan lidah itu,
untuk dapat menyebut
nama dan memujiMu.
Ya, dengan cara begitu,
Nabi Ayub a.s. sesaat pun
tak pernah lupa kepada
Allah. Tak pernah
ketinggalan menyebut dan
memuji-muji Allah.
Setelah Iblis melihat
bahawa Nabi Ayub
dengan percobaan dan
penderitaan-penderitaan
yang sudah tiba di puncak
ketinggian dan
kehebatannya itu masih
tetap sabar dengan
keimanan yang tak
goyang sedikitpun, maka
Iblis masih belum
putusasa. Dia kini
mencoba membelokkan
perhatiannya, bukan
terhadap Nabi Ayub, tetapi
terhadap isterinya.
Isteri Ayub sekarang ini
mendapat godaan yang
tidak terhingga dari Iblis
lanatullahi alaihi. Iblis
mencoba mengingat-
ingatkan kepada isteri
Ayub akan masa-masa
yang silam, yang penuh
dengan kemeawahan dan
kesenangan; Iblis
mencoba pula
membanding-bandingkan
kemewahan dan
kesenangan yang silam itu
dengan penderitaan dan
kepahitan yang sedang
mereka alami sekarang ini.
Iblis mencoba
menanamkan keluh-kesah
dan putusasa kepada
Rahmah.
Daya-upaya Iblis ini ada
juga pengaruhnya sedikit.
Pada suatu hari Rahmah
duduklah di samping
suaminya dan berkata:
Sampai bilakah Allah akan
menyiksamu, ya Ayub?
Ke mana perginya
hartabenda kita, ke mana
perginya anak-anak dan
teman-teman kita? Ke
mana tubuhmu yang
sihat dan gagah itu?
Alangkah terkejut dan
sedihnya hati Ayub
mendengar kata-kata
isterinya yang mulai
berputar pendiriannya itu,
kata-kata yang terang
menunjukkan hilangnya
keimanan dan kesabaran,
bahkan kata-kata yang
seakan-akan keluar dari
jiwa yang tidak kenal
Tuhan: kata-kata yang
melupakan samasekali
segala nikmat dan
pemberian Allah yang
berlimpah-limpah
dalamasa yang panjang.
Dia hanya mengingat akan
cubaan Allah dalam waktu
yang begitu singkat, harta
dan anak serta kegagahan
di waktu muda saja yang
teringat olehnya.
Ayub menjaawab kata-
kata isterinya dengan rasa
pedih dalam hati:
Sungguh engkau ini
sudah dapat disesatkan
syaitan dan Iblis. Engkau
menangis atas
kemewahan hidup yang
telah hilang, anak-anak
yang sudah meninggal.
Isterinya menjawab pula:
Kenapa engkau tidak
mendoa kepada Tuhan
untuk melenyapkan
kesedihan dan petaka atas
dirimu ini."
Berapa tahunkah kita
mendapat kesenangan
dan bahagia? tanya Ayub
pula.
Selama berpuluh-puluh
tahun, jawab isterinya.
Berapa tahunkah kita
menderita? tanya Nabi
Ayub.
Baru tujuh tahun, jawab
isterinya pula.
Dari itu aku malu kepada
Tuhan meminta hilangnya
petaka yang baru sebentar
ini. Terbukti kepadaku,
bahawa engkau sudah
goyang pendirian dan
menjadi tipis imanmu.
Mulai hari ini, saya tidak
mahu memakan makanan
yang engkau buat, tidak
mahu meminum
minuman air yang engkau
sajikan. Engkau tidak
boleh lagi mengurus dan
meladeniku. Sekarang
juga engkau harus pergi.