Tempat di mana Hajar
dan Ismail itu ditinggalkan
oleh Ibrahim yang
dikatakan padang pasir
tandus tidak bermanusia
itu, adalah kota Mekah
yang sekarang ini. Mulai
saat itulah mula sejarah
Mekah dengan Telaga
Zamzamnya.
Hajar bulat rnenyerahkan
nasibnya kepada Allah,
dengan sabar dan tenang.
Dimakannyalah bekalan
yang masih ada padanya,
diminumnya pula air yang
masih tinggal. Akhirnya
semua makanan dan air
pun habislah. Tinggallah
ibu dan anak menunggu
nasib dengan perut yang
kosong dan lapar, suatu
penderitaan yang tak
pernah dialami manusia
lain. Anaknya yang masih
memerlukan susu,
jangankan akan mendapat
susu, air mentah saja pun
tidak ada di situ. Perut
semakin lapar,
kerongkong semakin
kering dan minta dibasahi
dengan air. Panas terik
padang pasir tidak pula
kepalang tanggungannya.
Sedang badannya yang
mulanya kuat sekarang
sudah beransur kurus dan
lemah pula. Tidak ada
daya dan ikhtiar yang
dapat dijalankan, selain
hanya mencucurkan
airmata sebanyak
banyaknya, dan dengan
airmata itulah hanya
keadaan kering itu dapat
dibasahkan sedikitnya. Ya,
nasib yang tidak pernah
dialami.
Kerana lapar dan dahaga
yang tak terperikan itu,
mulalah si anak itu
menangis sekuat kuatnya.
Tetapi akhirnya kelemahan
badan tidak memberikan
kekuatan lagi kepadanya
untuk menangis, selain
hanya mengesak esak
saja. Matanya mulai
cukam, badannya
semakin kurus juga.
Akhirnya anak yang
malang itu
memperlihatkan tanda-
tanda yang tak dapat
diceritakan sama sekali,
seakan akan putus
nafasnya karena terlalu
dahaga.
Hajar mencuba sekuat
tenaga mempertahankan
jiwa sang anak dan sabar
atas dirinya sendiri. Tetapi
apa yang dapat dia
lakukan? Akhirnya anak
yang sudah payah
keadaannya itu
diletakkannya di atas pasir,
sedang dia sendiri pergi
mencari air, lalu datang
melihat muka anaknya
kembali. Lalu pergi pula
mencari air, dan lari pula
mendapatkan dan melihat
wajah anaknya yang
ditinggalkan itu.
Demikianlah seterusnya
berturut turut, antara dua
tempat yang sekarang ini
dinamakan Safa dan
Marwah. Setiap kali dia
kembali mendapatkan
anaknya, dia lihat tanda
tanda adanya air di tempat
yang bernama Safa itu.
Tetapi setelah
didatanginya, tidak ada air
sama sekali. Lalu dia
kembali ke tempat
anaknya, iaitu Marwah.
Demikianlah berturut turut
tujuh kali pergi dan balik.
Sedang anak yang
kelaparan yang
ditinggalkan sendirian itu
semakin mengeluh dan
mengesak esak, menangis
dengan tak bersuara lagi.
Kasihan, sayang, letih,
ikhtiar dengan segala
tenaga. Tetapi semua sia
sia belaka.
Akhirnya Hajar duduk
terhenyak, tidak tahu apa
yang harus dilakukan lagi.
Dengan menoleh terus ke
wajah anaknya yang
dicintai; peluh mengalir
bercucuran dari dahinya.
Dengan titikan peluh
dibasahi bibir anak yang
sudah amat kering itu.
Alangkah gembiranya
Hajar, kerana dilihatnya
anak itu masih hidup.
Anak itu diciumi dan
dirangkul ke dadanya
rapat rapat. Nampak pula
dengan jelas bahawa anak
yang kecil itu sendiri pun
turut sama mengeluarkan
airmata.
Hanya kepercayaan
terhadap Allah,
menjadikan Hajar tidak
berputus sasa. Dengan
kepercayaan ini sajalah dia
berteman ketika itu,
menghadapi kesedihan
yang tidak dapat
dibendung. Dengan
kepercayaan ini pulalah dia
yakin yang akhirnya dia
akan terbebas jua dari
kesedihan ini.
Setelah ternyata yang
anaknya masih hidup,
kembali dia pergi
meninggalkan anak itu,
mencari air di tengah
tengah gurun pasir.
Akhirnya, setelah kembali
mendapatkan anaknya,
tak begitu jauh dari
tempat itu, tiba tiba Hajar
melihat setumpuk pasir
yang selama ini kering
tampaknya agak basah.
Setelah dipegang dengan
telunjuknya, betul betul
pasir itu basah berair. Lalu
pasir itu digalinya. Makin
dalam digali makin basah
dan akhirnya setelah agak
dalam, airnya muncul,
dengan kudrat dan iradat
Allah s.w.t. terpancarlah di
situ sebuah mata air yang
kita namai Telaga
Zamzam sekarang ini.
Hajar dan anaknya (Ismail)
minumlah sepuas
puasnya sambil
mengucapkan syukur dan
puji terhadap Allah yang
telah mengabulkan
doanya dan doa Nabi
Ibrahim tatkala berangkat
meninggalkan mereka
berdua.
Karena air Zamzam inilah
akhirnya burung burung
padang pasir, seekor demi
seekor mendekat ke sana
menghabiskan dahaga
hausnya. Dan dari jejak
burung inilah makanya
hamba Allah yang
bernama manusia yang
hidup di tengah tengah
padang pasir itu, sama
sama datang ke sana
pulauntuk mendapatkan
air penghilang dahaga.
Akhirnya tempat itu
menjadi ramai juga,
dijadikan tempat tetap
oleh rombongan demi
rombongan manusia
yang mengenalnya. Hajar
dan Nabi Ismail termasuk
salah satu anggota
masyarakat dan hidup
bersama sama mereka di
tempat itu. Inilah yang
nanti dinamakan kota
Mekah sebagai yang kita
terangkan di atas.
Zaman berganti zaman,
abad berganti abad,
tempat itu terus menerus
menjadi tempat
berhimpunnya manusia.
Pun sampai zaman
sekarang, lebih lebih
setelah Agama Islam
memerintahkan kaum
Muslimin berhaji ke sana.
Dari cara perjalanan
sejarah Hajar dan Ismail
inilah diambil sebahagian
besar cara ibadat haji
yang diwajibkan Islam.
Misalnya lari (sai) antara
Safa dan Marwah tujuh
kali dan lain lain ibadat
yang akan kita sebutkan
nanti. Dan dari keturunan
Nabi Ismail pulalah,
akhirnya lahir Nabi
Muhammad s.a.w. di kota
Mekah itu. Doa Nabi
Ibrahim dikabulkan
Tuhan.