Tempat di sekitar Telaga
Zamzam makin lama
makin ramai didiami oleh
manusia, sehingga
muncullah masyarakat
baru di sekitar itu. Khabar
ini pun diketahui oleh satu
suku bangsa yang tinggal
di bahagian bawah kota
Mekah itu, iaitu bangsa
Jurhum. Mereka sama
sama datang pula ke
tempat itu ingin turut serta
mengambil manfaat dari
air Zamzam yang terus
diperkatakan itu.
Ibu Nabi Ismail yang
menjaga air itupun tidak
keberatan. Mereka
diperlakukan sebagai
tetamu yang terhormat.
Dan mereka pun berlaku
dengan baik, tunduk pula
kepada aturan aturan
yang ditetapkan oleh ibu
Ismail.
Nabi Ismail sudah
semakin besar juga, hidup
di tengah tengah mereka
yang banyak itu. Dia selalu
membawa orang orang
itu kepada jalan yang
benar, diajarkannya kata
kata yang baik, sehingga
mulailah timbul bahasa
Arab yang sekarang ini
dengan teratur. Akhirnya
Ismail berkahwin dengan
salah seorang dari mereka
itu. Dan hiduplah dia
bersama sama dengan
bahagia dalam beberapa
masa lamanya.
Dengan isteri yang
pertama ini, hidup Ismail
tidak kekal lama, kerana
sang isteri itu rupanya
tidak begitu baik, begitu
pula orang tuanya, yang
selalu menginginkan
perpisahan antara kedua
suami isteri, yang
akhirnya suami isteri
itupun terpaksa berpisah.
Dengan isterinya yang
kedua, Nabi Ismail hidup
kekal dan dari isteri yang
kedua inilah lahir beberapa
orang anaknya, dari
turunan itulah lahir Nabi
Muhammad s.a.w.Bagaimana pun jua, Nabi
Ibrahim tidak pernah lupa
terhadap anak dan
isterinya yang ditinggalkan
di tempat yang sangat
jauh, di padang pasir
yang tandus, dimana tidak
terdapat manusia dan
tumbuh tumbuhan.
Ditinggalkannya dengan
menyerahkan nasib
keduanya hanya kepada
Allah semata. Lebih lebih
lagi terhadap anaknya
Ismail, anak yang
bertahun tahun di idam
idamkannya.
Diutuskannyalah orang
untuk mengetahui
keadaan anak dan
isterinya. Alangkah
gembira dan bahagianya
Ibrahim, setiap orang
yang diutusnya itu datang
membawa khabar yang
mengatakan bahawa
keadaan anak dan
isterinya adalah dalam
keadaan sihat walafiat.
Apalagi di tempat di mana
ia ditinggalkan itu,sudah
timbul sebuah sumber
mata air, sehinggakan
sumber itu telah didatangi
banyak musafir, sehingga
sudah agak ramai.
Ibrahim bersyukur,
berdoa, lalu bersyukur
dan berdoa lagi: Ya Allah,
aku meninggalkan anak
dan isteriku di tempat sepi
yang tidak ada manusia
dan tidak ada pula buah
buahan. Berilah mereka
rezeki yang merupakan air
dan buah buahan,
jadikanlah hati manusia
tertarik kepada mereka,
agar mereka tidak hidup
dalam kesepian saja.
Doa seorang bapa
terhadap anak dan isteri
yang jauh di mata, adalah
termasuk doa yang
sangat diperhatikan dan
dikabulkan oleh Allah.
Apalagi yang berdoa itu
adalah seorang Nabi dan
Rasul, bapa dan nenek
moyang semua Nabi dan
Rasul.
Beberapa tahun sudah
lampau sejak berpisah.
Kerinduan Ibrahim untuk
melihat wajah anak dan
isterinya Hajar sudah tidak
tertahankan lagi. Dengan
seizin isterinya Sarah,
Ibrahim berangkatlah
menuju ke Selatan,
mencari anak dan
isterinya itu.
Didapatinya, tempat
dimana isteri dan anaknya
ditinggalkannya dahulu itu
sudah menjadi ramai,
tempat manusia
berkumpul dan menetap.
Tempat itu telah diberi
orang nama, iaitu Bakkah
atau Mekah. Diketahuinya
bahawa isteri dan
anaknyalah yang
dianggap orang banyak
sebagai pemilik atau
penguasa sumber air
yang bernama Telaga
Zamzam itu. Sebab itu
isteri dan anaknya itu
mendapat penghormatan
dari seluruh penduduk
dan pendatang.
Kehidupan ibu dan
anaknya sudah menjadi
baik. Di samping sebagai
penguasa Telaga
Zamzam, juga sudah
memiliki ternakan yang
terdiri dari berpuluh puluh
ekor kambing yang
dibiakkan dan diperah
susunya.
Ibrahim bertanyalah
kepada siapa yang ia
temui, dimana adanya
anak dan isterinya itu
sekarang. Dikatakan orang
bahawa keduanya ada di
suatu dataran, sedang
menggembalakan ternak,
kambing. Ibrahim datangi
tempat yang ditunjukkan
orang banyak itu.
Akhirnya bertemulah
Ibrahim dengan anak dan
isterinya di satu tempat
yang dinamai sekarang ini
Padang Arafat. Pertemuan
yang sangat mesra.
Maklumlah sudah sekian
lama berpisah tak
bertemu. Bertemu dalam
keadaan sihat walafiat,
gembira dan bahagia.
Jauh berbeza dengan saat
berpisah beberapa tahun
yang silam. Mereka
serentak bersama
mengucapkan kalimat
kalimat membesarkan
Allah, mensucikan dan
memuji: Allahu Akbar,
Allahu Akbar, wa Lillahil
Hamdu.
Setelah matahari
terbenam, panas terik
sudah berganti dengan
udara senja, Ibrahim
bersama dengan isterinya
Hajar dan anaknya Ismail
berangkat pulang (ke
Mekah), mereka berhenti
di suatu tempat yang
sekarang dinamai
Muzdalifah (dalam al-
Quran di-namai Masyaril
Haram) dimana mereka
tertidur karena lelah. Di
dalam tertidur sejenak
itulah Ibrahim bermimpi
bahawa Allah
memerintahkan Ibrahim
untuk menyembelih
anaknya sebagai korban.
Setelah ia terbangun, ia
membisikkan kepada
anaknya Ismail: Hai
anakku, aku bermimpi
diperintah Allah untuk
menyembelihmu, bagai
manakah gerangan
pendapatmu?
Ismail menjawab tanpa
ragu: Wahai bapaku,
laksanakanlah apa yang
diperintahkan Allah itu,
dan aku akan tetap tabah,
insya Allah. Dua kalimat
yang tak ada taranya di
atas bumi ini. Pertama
kalimat yang keluar dari
mulut seorang bapa.
Kedua kalimat yang keluar
dari mulut seorang anak.
Ketabahan bapa tak
kurang dari ketabahan
anak, sedang ketabahan
anak juga tak kurang dari
ketabahan bapanya.
Ketabahan yang hanya
dimiliki oleh orang yang
penuh iman dan
penyerahan diri kepada
Tuhannya. Sekalipun
sebelumnya Ibrahim dan
Ismail sudah sering diuji.
Ibrahim sudah diuji
dengan pembakaran di
tengah gejolak api, ia
tabah dan jalankan,
akhirnya selamat. lsmail
dan ibunya sudah diuji
ditinggalkan sendirian di
tengah padang pasir tanpa
bekal dan tak ada
manusia.
Kedua duanya tabah dan
selamat pula. Sekarang
kedua duanya diuji
dengan ujian yang lebih
berat, iaitu dengan mata
pedangnya sendiri
diperintahkan
menyembelih leher
anaknya yang sangat
dicintainya, yang baru
saja berjumpa setelah
berpisah bertahun tahun
lamanya. Keduanya pun
tabah. Sungguh tak ada
sesuatu yang lebih hebat
dari keimanan di alam
yang luas ini.
Satu cubaan yang amat
berat dan maha hebat.
Sejak muda belia Ibrahim
bercita citakan untuk
memperolehi seorang
anak. Setelah mendapat
anak, dengan susah
payah dia mengembara
bersama anak itu untuk
menjalankan baktinya
terhadap Allah. Sekarang
ini sudah amat tua,
mengharapkan betul akan
anak itu untuk menjadi
penggantinya. Anak itu
diperintahkan Allah untuk
disembelihnya dengan
tangan sendiri pula.
Keimanan dan ketaatan
Ibrahim dan Ismail
terhadap Tuhannya,
sanggup menjalankan
yang demikian itu. Atau
pun yang lebih berat dari
itu, kalau ada. Keduanya
bersiap untuk
menjalankan perintah itu
di saat itu juga. Keduanya
berangkatlah menuju
suatu tempat di daerah
yang berbukit bukit, di
kaki sebuah gunung, iaitu
daerah yang disebut Mina
(atau Muna) sekarang ini.
Sebelum sampai di
tempat yang dituju itu, di
tengah jalan keduanya
berjumpa dengan
seorang manusia yang
menanyakan akan
maksud dan tujuannya
berdua. Setelah Ibrahim
menerangkan bahawa
maksudnya ialah untuk
menyembelih anaknya itu
sebagai korban kepada
Allah, orang itu
melarangnya dengan
berbagai bagai alasan.
Dengan larangan itu,
Ibrahim dan Ismail
percaya bahawa manusia
itu adalah Iblis yang
menyamar sebagai
manusia dan memberi
nasihat. Iblis itu
dilemparinya dengan batu
berulang ulang, sampai
mati, di suatu tempat
yang sekarang disebut
Jamratul-Ula.
Setelah perjalanan
diteruskan lagi, dengan
jarak kira kira hanya 400
meter dari tempat itu,
datang pula seorang
manusia lain yang juga
melarang dan menasihati,
agar perintah itu tidak
dijalankan dengan
berbagai bagai alasan
pula. Ibrahim dan lsmail
kembali melempari orang
itu berulang ulang dengan
batu, sehingga ia lari,
kerana itulah Iblis yang
datang menggodanya.
Setelah berangkat dan
dengan jarak kira kira 400
meter pula, datang pula
seorang lain yang juga
melarangnya untuk
melaksanakan perintah
Tuhan itu. Kembali
Ibrahim dan lsmail
dilemparinya dengan
batu, iaitu ditempat yang
sekarang ini dinamai
Jamratul-Aqabah dan
yang sebelumnya itu
adalah Jamratul-Wusta.
Akhirnya Ibrahim dan
lsmail sampailah di suatu
tempat di kaki sebuah
bukit yang tinggi yang
sekarang ini dinamai Bukit
Malaikat (di Mina), dimana
Ibrahim akan
melaksanakan perintah
Tuhan dengan
menyembelih leher
anaknya Ismail.
Keduanya sudah bersiap,
Ibrahim sudah bersiap
dengan pedang tajam
yang terhunus di tangan
kanannya untuk
menyembelih. Sedang
lsmail sudah bersiap
merebahkan dirinya di
atas sebuah batu besar
membukakan lehernya
untuk disembelih.
Sekadar untuk sedikit
meringankan beban
penderitaan batin dari
kedua manusia besar itu,
lsmail mengusulkan
kepada bapanya agar
mengikat kedua tangan
dan kedua kakinya, dan
agar baju yang menutupi
badannya dibuka saja, lalu
ditutupkan ke wajah
mukanya sendiri. Ia
usulkan pula agar perintah
itu segera saja dijalankan,
dengan mengasah
pedang lebih dahulu agar
lebih tajam, supaya tidak
begitu lama akibat yang
timbul karena
penyembelihan ini.
Setelah mengucapkan
salam selamat tinggal
kepada ibu dan bapanya,
lsmail mengusulkan pula,
agar bajunya itu nanti
diserahkan kepada ibunya,
agar baju itu dapat dicium
oleh ibunya bila ibunya
merindukan dirinya. Dan
baju itulah pula sebagai
pusaka untuk ibu yang
ditinggalkannya.
Sekarang tibalah saatnya
untuk melaksanakan
penyembelihan itu. Baru
saja Ismail merebahkan
lehernya di atas batu, dan
Ibrahim bersiap
mendekatkan mata
pedang ke lehernya, tiba
tiba dari atas puncak bukit
itu terdengar suara
memanggil namanya: Hai
Ibrahim, sungguh engkau
sudah siap untuk
melaksanakan perintah
Tuhan dalam mimpimu.
Kami akan mengganjar
kamu setimpal dengan
ketaatanmu itu.
Ibrahim segera menoleh
ke tempat datangnya
suara itu, ia melihat satu
Malaikat turun ke bawah
membawa seekor kibas
yang amat bagus, gemuk,
sihat. Berkata Malaikat itu:
Hai Ibrahim, sembelihlah
kibas ini sebagai ganti
anakmu Ismail itu
makanlah dagingnya,
jadikanlah hari ini hari raya
bagimu berdua, dan
sedekahkanlah sebahagian
dari dagingnya untuk fakir
miskin sebagai korban.
Darah tertumpah di atas
batu membasahi bumi,
bukan darah Ismail, tetapi
darah seekor kibas yang
gemuk dan sihat.
Begitulah caranya Allah
menebus korban Ismail
dan korban Ibrahim.
Ditebus Allah dengan satu
penyembelihan agung,
satu macam
penyembelihan yang
amat agung maksud dan
pelaksanaannya.
Terhadap peristiwa ini,
Allah berfirman di dalam
al-Quran: Wa fadainahu bi
zibhinadzim (Kami tebus
dia dengan satu
sembelihan agung). Yang
sebenarnya leher atau
jiwa Ismail, tidak sepadan
kalau hanya ditebus
dengan se ekor kibas saja,
bahkan tidak sepadan
kalau ditebus dengan
menyembelih seluruh
kibas yang hidup ketika itu
di seluruh permukaan
bumi ini.
Karena seekor kibas saja
tidak sepadan, maka Allah
dengan perantaraan Nabi
Muhammad s.a.w.
memerintah kepada
semua orang yang
beriman dari dahulu
sampai sekarang dan
sampai hari kiamat agar
menyembelih kambing
sebagai korban dan
aqiqah. Korban
hukumnya wajib bagi
setiap orang yang
melakukan ibadat haji, dan
hukumnya sunnah
muakkadah bagi setiap
Muslim yang tak
melakukan ibadat haji,
pada setiap tahun, iaitu
dari tanggal 10 sampai 13
Zulhijjah. Selain dari itu,
kepada setiap orang Islam
yang mendapatkan
seorang anak,
disunnahkan pula
memotong kambing
sebagai aqiqah, ertinya
sebagai tebusan bagi
anaknya.
Demikianlah beratus ratus
ribu kambing, kibas,
lembu dan unta setiap
tahun di Hari hari raya Haji
disembelih oleh kaum
Muslimin di mana saja
mereka berada sebagai
korban atau aqiqah yang
pada dasarnya untuk turut
menebus jiwa Nabi Ismail
itu, yang dagingnya
diberikan kepada kaum
fakir miskin. Setiap orang
yang turut berkorban dan
beraqiqah merasa turut
menebus jiwa Ismail. Dan
keadaan demikian yang
berlangsung terus-
menerus sampai hari
kiamat. Dari itulah
sebabnya, maka Allah
menyebut kejadian
tersebut dengan kata:
Zibhin Adzim. Iaitu satu
sembelihan yang amat
agung dasar dan
tujuannya, berbeza
dengan penyembelihan
lain lainnya yang dilakukan
oleh orang orang yang
tidak beragama Islam.
Agama Islam
mengundang seluruh
manusia yang beriman
dari seluruh bangsa dan
negara untuk berkumpul
ke Mekah sekali seumur
hidup, iaitu melakukan
ibadat haji, selain untuk
berkenalan, persatuan dan
persaudaraan, juga untuk
menyaksikan syaairillah,
iaitu tempa tempat yang
ditempuh Ibrahim, Ismail
dan Hajar dalam
menjalankan perintah
Allah, juga untuk
menegakkan syiar
kebesaran Allah. Tempat
tempat itu ialah Baitullahil-
Haram (Kabah), Telaga
Zamzam, Safa, Marwah,
Arafat, Muzdalifah
(Masyaril Haram),
Jamratul-Ula, Jamratul-
Wusta, Jamratul-Aqabah
pada hari hari tertentu,
iaitu sejak tanggal 9
Zulhijjah sampai 13
Zulhijjah. Dengan
berpakaian Ihram, iaitu
pakaian Ibrahim dan
Ismail, wuquf di Arafah,
berhenti malam di
Muzdalifah, melempar
ketiga Jamrah, wukuf
beberapa hari di Mina dan
berkorban menyembelih
kambing, sapi atau unta.
Lalu bertawaf keliling
Kabah, sembahyang
sunat di Makam Ibrahim ,
minum air Zamzam, Sai
(berlari) antara Safa dan
Marwah, lalu memotong
rambut. Selama
melakukan ketentuan
ketentuan tersebut
didalam beribadat yang
dinamai ibadat haji, orang
tidak boleh bertengkar,
berkata yang tidak baik,
memotong dan
membunuh segala
makhluk bernyawa, tidak
boleh mencabut segala
macam yang tumbuh di
bumi.
Demikianlah Agama Islam
menegakkan syaairillah,
menegakkan ajaran Nabi
Ibrahim. Satu agama
yang semakin lama
semakin besar
mendapatkan penganut
dan pengikut, terdiri dari
manusia manusia
berbagai bangsa. Satu
agama yang kekal dan
abadi sampai hari kiamat,
insya Allah.