: "Kita akan
menyeberangi sebuah
sungai, di bawah teriknya
panas matahari, sesudah
berlatih dan berjalan jauh.
Orang orang yang benar
benar menjadi tenteraku,
tidak boleh meminum air
sungai itu lebih dari
seteguk, untuk
membasahi
tenggorokannya saja.
Orang yang menjalankan
aturan ini sajalah, yang
kuanggap termasuk
tenteraku dan hanya
orang orang inilah yang
dapat kukerahkan dan
kupimpin. Adapun orang
yang sengaja
melanggarnya, bererti
telah melanggar disiplin
tentera, tidak akan dapat
diharapkan daripadanya
hasil apapun, dari
pertempuran hebat yang
sedang kita hadapi
sekarang ini, malah turut
sertanya orang orang itu
hanya akan menyusahkan
dan menimbulkan
perpecahan saja.
Talut dengan pasukannya
sekarang mulai berangkat
ke medan perang,
menghadapi musuh yang
besar, melalui sebuah
sungai, sebagai yang
terdapat dalam peta bumi
yang dibuat oleh
Talut.Tepat di kala
matahari di tengah ufuk
tertinggi dari langit. di
tentangan ubun ubun di
kepala, di kala matahari
memancarkan panasnya
yang seterik teriknya,
dalam padang pasir yang
luas, pasukan yang
dipimpin Talut itu bertemu
dengan sebuah sungai
yang berair jernih pula.
Semua pasukan
diperintahkan
menyeberangi sungai itu.
Terbuktilah bahawa
kepercayaan dalam batin
dan jiwanya belum kukuh
kuat. Mereka sama
meminum air sungai itu
sepuas puasnya. malah
ada yang sengaja
membawa air sungai itu
untuk dijadikan bekal
dalam perjalanan. Hanya
sedikit saja yang patuh
menurut perintah, iaitu
terdiri dari orang orang
yang beriman dan sabar,
orang orang yang benar
benar ikhlas berjuang dan
taat terhadap pimpinan.
Terbuktilah kepada Talut,
bahawa tenteranya yang
kuat dan banyak itu,
masih belum kuat disiplin,
masih belum tunduk dan
taat setaat taatnya
terhadap pimpinannya.
Mulalah Talut agak khuatir,
bagaimana hasil
pertempuran yang akan
dihadapinya nanti, dengan
tentera yang kebanyakan
tidak tunduk kepada
aturan itu. Talut merasa
khuatir, tetapi
kewajipannya tetap harus
dijalankan, walaupun
bagaimana juga akan
hasilnya.
Tentera musuh yang kuat,
telah dikerahkan untuk
menanti kedatangan
tentera Talut ini, dengan
segala alat
kelengkapannya. Tentera
musuh ini dipimpin oleh
seorang Jeneral yang
sudah lama terkenal
gagah beraninya, iaitu
Jeneral Jalut.
Kedua tentera yang saling
bermusuhan itu, mulai
berhadapan satu sama
lain. Pertempuran yang
hebat segera berkobar
dengan dahsyatnya,
antara bangsa Palestin
yang menjajah di bawah
pimpinan kornandannya
yang bernama Jalut,
melawan tentera
kemerdekaan bangsa
Israel yang ingin
memerdekakan tanah
airnya, di bawah
komandannya Talut.
Sungguh berat
pertempuran yang
dihadapi tentera Talut.
Mereka bukan maju ke
muka, malah kadang
kadang terpaksa mundur
ke belakang. Apalagi di
tengah tengah api
peperangan yang sedang
bergejolak itu. tentera
Talut terpecah menjadi
dua golongan. Golongan
pertama, orang orang
yang beriman dan penuh
semangatnya, golongan
kedua, orang orang yang
sudah mulai putusasa dan
lemah semangatnya, iaitu
golongan yang telah
melanggar perintah
komandannya. Mereka ini
telah mengeluarkan
ucapan:
"Kita tidak akan kuat
melawan Jalut dan
tenteranya.
Adapun golongan yang
tetap dan penuh
semangatnya, iaitu
golongan yang patuh
menjalankan semua
perintah komandannya,
tetap penuh kepercayaan
dalam batin dan jiwanya.
Perjuangan mereka
semakin berkobar kobar
dan bersemangat, sebab
keyakinan mereka adalah:
"Berapa banyaknya
kejadian, di mana
golongan yang sedikit,
dapat mengalahkan
golongan yang terbesar,
dengan keizinan dari Allah,
sebab Allah selalu
menolong orang orang
yang sabar.
Dengan meneguhkan
imannya, mereka terus
menerus berjuang, sambil
mendoa kepada Allah,
agar Allah menetapkan
ketabahan dan kesabaran
mereka, agar Allah
menolong dan
memenangkan mereka
juga akhirnya. Talut
dengan segala kepandaian
yang ada padanya,
memimpin tentera yang
tinggal sedikit itu, untuk
mencapai kemenangan.
Kemenangan,
kemenangan sajalah yang
menjadi fikirannya, lain
tidak. Kemenangan yang
harus dicapai dengan
peperangan dan
perlawanan hebat, bukan
dengan menyerah kalah.
Kehebatan pertempuran
dan beratnya beban yang
dihadapi Talut dan tentera
Bani Israel ketika itu,
tersiar hampir ke seluruh
bangsa Israel yang diam
di belakang garis
pertempuran. Kabar ini
pun sampai ke telinga
seorang desa yang sudah
tua.
Orang tua ini mempunyai
beberapa orang anak.
Dipilihnya tiga orang di
antara anaknya yang
terbesar, supaya datang
kepadanya. Anak yang
ketiga yang terpilih itu
sebenarnya masih di
bawah umur, masih
dalam dunia kanak kanak,
Daud namanya (Nabi
Daud) Dia masih dalam
usia 9 tahun saja.
Orang tua itu berkata
kepada anak anaknya:
"Ambillah pedang dan
bekalanmu, berangkatlah
sekarang juga ke medan
perang, menolong
saudara saudaramu
melawan musuh. Adapun
engkau ini, hai Daud, juga
harus turut ke medan
perang, tetapi
kewajipanmu hanyalah
untuk membawakan
makanan dan di mana
perlu, engkau pulang ke
rumah untuk membawa
kabar kepadaku tentang
jalannya pertempuran.
Ketiga anak yang
bersaudara ini, setelah
mengucapkan selamat
kepada bapanya yang
sudah tua itu lalu
berangkat menuju ke
medan perang, untuk
menggabungkan diri
dengan tentera Talut.
guna menghancurkan
tentera Jalut.
Setelah sekian lamanya
berjalan, mereka sampai
di medan pertempuran
dan segera menghadap
Talut, untuk mendapat
perkenan
menggabungkan diri
dengan tentera Talut.
Alangkah bangga dan
gembiranya hati Talut
melihat semangat yang
berkobar kobar dalam
dada ketiga anak muda ini,
ia bangga terhadap
semangat orang tani di
desa yang telah
menyerahkan ketiga
orang anaknya itu ke
medan perang
menghadapi bahaya.
Pemuda yang dua orang
itu segera mendapat izin
untuk menyerbu, tetapi
pemuda Daud tidak
diperbolehkan, kerana dia
masih di bawah umur,
belum wajib baginya
untuk maju ke depan,
kepadanya hanya
diperintahkan untuk
membantu di garisan
belakang saja.
Daud berubah betul
semangatnya setiba dia di
medan perang, melihat
perang yang sedang
berkobar dahsyat itu. Dia
minta dengan sangat
supaya diperbolehkan
menyerbu.
"Kau masih anak anak dan
masih kecil, ya Daud, kata
Talut kepada Daud.
"Betul kata Daud
menjawab, Tetapi
janganlah terlalu melihat
besar kecilnya badan
seseorang. Saya sekalipun
kecil, tetapi kekuatan
badan saya sudah cukup
untuk mengalahkan
musuh, semangat dan
jiwa saya cukup matang
dan teguh menghadapi
peperangan.
"Tuan belum tahu, kata
Daud seterusnya:
"Kelmarin se ekor singa
pernah menangkap
kambingku; singa itu
kulompati, lantas terjadi
pergelutan hebat antara
saya dengan singa itu.
Akhirnya saya dapat
mematahkan leher singa
itu. Pada suatu hari saya
pernah pula bertemu
dengan se ekor beruang
besar yang hendak
menerkam kepadaku.
Beruang dapat kupegang
mulutnya, lalu kupatahkan
lehernya sampai mati.
Kekuatan dan keberanian,
tidak bergantung pada
umur dan besarnya
badan, tetapi terletak pada
kemahuan dan semangat
yang teguh, keimanan
yang sedalam dalamnya,
kata Daud seterusnya.
Melihat kepintaran dan
susunan kata kata yang
diucapkan oleh Daud itu,
Talut hanya tertekun dan
termenung. Dapat
dirasakannya, bahawa
memang ia seorang anak
yang luar biasa, seorang
yang sudah ditentukan
oleh Tuhan menjadi
seorang yang berani.
Kepadanya lalu diberikan
izin untuk bertempur,
lantas kepadanya
diserahkan tombak dan
lembing. Tetapi kerana
panjangnya tombak itu,
sedang badannya sendiri
demikian pendeknya, dia
tidak dapat membawa
tombak itu. Tombak dan
lembing itu
ditinggalkannya saja. Dia
hanya membawa seutus
tali dan beberapa buah
batu yang berat.
Kepadanya Talut lalu
berkata: Di mana bisa
engkau bertempur
dengan tali dan batu itu,
perang yang kita hadapi
ini adalah perang tombak
dan lembing.
Daud menjawab: Tuhan
telah dapat memeliharaku
dari bahaya singa dan
beruang dengan tali dan
batu, pun akan menolong
dan memeliharaku dalam
perang ini dengan tali dan
batu ini pula.
Daud maju ke medan
perang, menyusur di
antara masing masing
tentera yang sedang
bermain pedang dan
lembing itu. Satu satu
musuh yang menghalangi
gerak majunya, dapat
dibunuhnya. Dia maju
dan terus maju ke tempat
pemimpin musuh,
menuju kepada Jalut
sendiri.
Dia berhasil mendekati
kedudukan Jalut. Sebelum
Jalut dapat memukulnya
dengan pedang, Daud
sudah lebih dahulu
memukul Jalut dengan
melemparkan batu sekuat
kuatnya. Batu pertama
tepat mengenai kepala
Jalut, disusulnya dengan
batu kedua, batu ketiga,
keempat dan seterusnya,
sehingga Jalut mati
seketika itu juga.
Dengan matinya Jalut,
tentera musuh menjadi
kucar kacir dan
bertaburan. Akhirnya
dapat dikalahkan
seluruhnya oleh bangsa
Bani Israel yang dipimpin
oleh Talut. Bangsa Israel
kembali hidup merdeka di
tanahair sendiri, bertemu
dengan anak isterinya
yang sudah lama mereka
tinggalkan.