Pemuda Oria bin Hannan
sudah meningkat ke umur
remajanya. Badannya
sihat. kuat dan segar
bugar, baik rupa dan
tampannya. Tiada pula
kekurangan dalam
penghidupannya.
Sungguhpun begitu, dia
selalu tampak gelisah saja,
sering pula dia duduk
mengelamun. Tidak lain
yang menggoda
fikirannya yang
menyebabkan dia sering
mengelamun itu, ialah cita
cita baru yang timbul
dalam hatinya, cita cita
yang datangnya keras
maha dahsyat, iaitu cita
cita ingin mempunyai
teman hidup. Kenapa hal
ini menyebabkan dia
gelisah dan mengelamun?
Bukankah di kalangan
orang sekampung dan
bangsanya sendiri banyak
gadis gadis yang tidak
keberatan berkahwin
dengan dia, kalau dia
mahu?
Yang menyebabkan
gelisahnya, bukanlah
kerana kekurangan gadis,
tetapi adalah kerana
banyaknya anak anak
gadis itu. Dia
menginginkan seorang
gadis yang paling cantik
dan manis, yang paling
menarik hatinya.
Menetapkan yang paling
cantik dan menarik inilah
yang sangat ia susahkan
dan inilah yang
menyebabkan dia
melamun dan gelisah itu.
Kegelisahan ini tidak
dibiarkannya lama. Dia
bangun dari lamunannya,
berdiri dan berkata kepada
dirinya: Dengan sekadar
mengelamun saja, tidak
akan menamatkan
perjuangan batinku ini.
Lebih baik kumulai hari ini
juga berjalan dan terus
berjalan mencari pemudi
yang secocok dengan
kehendak hatiku. Siapa
tahu, bahawa di sana di
bawah lingkaran langit
yang biru ini, ada seorang
yang dapat memenuhi
hasrat hati, yang secocok
dengan syarat mutlak
yang terguris dalam
kalbuku ini.
Tidak lama dia berjalan
mencari cari itu, dengan
takdir Allah, pada suatu
hari di sebuah tempat,
panah asmara yang
tersembur dari matanya
sendiri jatuh tertambat di
wajah seorang gadis dari
kaumnya juga, bernama
Sabiq binti Syaik. Dalam
pandang pertama yang
lamanya hanya sekejap
itu, Oria bin Hannan
melihat, lalu menimbang,
lantas mengusul, akhirnya
memutuskan dalam
hatinya, bahawa inilah dia
gadis yang dicari carinya
itu.
Memang pilihannya tidak
salah lagi. Memang Sabiq
adalah seorang gadis
yang cantik jelita,
termasuk gadis gadis
yang mulia di negerinya,
tenang dan dalam pula
pemikirannya, Yang
semua itu, kalau dikirakan
akan menambah molek
dan jelitanya pula, dengan
pandangan lahir, apalagi
dengan batin manusia
yang melihatnya.
Segera dia datang kepada
famili gadis itu. Pinangan
dan lamarannya disambut
dengan tangan terbuka
dan dada yang lapang.
Perkahwinan antara kedua
merpati itu segera
berlangsung. Hasrat
pemuda kita itu segera
terkabul, sehingga dunia
yang selama ini gelap
dalam pandangannya,
menjadi sinar diterangi
surya bahagia
rumahtangganya.
Dalam kedua suami isteri
itu sedang hidup dengan
asyik dan masyuknya,
seakan akan selalu dalam
bulan madu, tiba tiba Raja
Daud mengumumkan
adanya bahaya dari luar.
Pemuda pemuda Israel
diperintahkan untuk
mencatatkan diri menjadi
tentera pembela tanahair
dan agama, untuk
menghadapi perang dan
jihad dalam jalan Allah.
Berat hati pemuda Oria
bin Hannan untuk
melangkahkan kakinya ke
medan perang, yang
mungkin menjadi medan
maut di kala dia sedang
terpaku di tengah tengah
alam bahagiaraya di
samping isterinya yang
dicintainya itu. Takut dia
kalau lama dia tidak dapat
pulang, lebih takut lagi
kalau dia mati syahid
dimedan perang. Bagai
manakah isterinya tinggal
tanpa dia dan bukankah
keduanya sudah begitu
asyik, sehingga terpisah
sebentar sajapun sampai
menguraikan airmata?
Tetapi kewajipan terhadap
tanahair dan agama,
adalah kewajipan yang
berdiri atas segala
kewajipan. Kewajipan
yang harus ditunaikan
sekalipun akan
menyebabkan
membanjirnya airmata
dan darah sekalipun. Oria
bin Hannan terjunkan
dirinya dalam ketenteraan
dan terus dikirimkan
kemedan perang
menghadapi serangan
musuh yang kuat.
Pertempuran terjadi dan
berkobar dengan
hebatnya. Pertempuran
demi pertempuran, silih
berganti tidak ada putus
putusnya. Kerana sama
sama kuatnya, maka
perang itu bukan berjalan
dalam satu dua hari saja,
tetapi puluhan dan ratusan
hari, belum juga
berkesudahan.
Fikiran Oria bin Hannan
sehabis tiap tiap
pertempuran yang
dihadapinya, selalu
terbang melayang
kerumah kepada isterinya.
Kewajipan dijalankan
sebaik baiknya, dengan
harapan dan doa yang
saban waktu
diucapkannya kepada
Tuhan, mudah mudahan
perang lekas berakhir
dengan kemenangan
yang gilang gemilang bagi
negeri dan agamanya.
Tetapi perang tidak
kunjung berhenti, malah
semakin sengit.
Takdir Tuhan
menentukan, bahawa
pada suatu hari mata Raja
Daud, Nabi Yang Mulia ini
terpandang kewajah
pemudi Sabiq bin Syaik,
isteri pemuda Oria bin
Hannan, hati Nabi Daud
bergetar dibuatnya, ingin
mempersunting jelita itu
menjadi isterinya pula.
Dengan segera Daud
mengajukan lamaran
pada keluarga Sabiq.
Siapakah gerangan yang
akan menolak lamaran
dari seorang Nabi Yang
Mulia, raja yang besar
seperti Daud itu? Raja dan
Nabi yang terbesar di
seluruh dunia di kala itu,
apalagi suami Sabiq
sendiri sudah lama benar
tidak terdengar beritanya,
mungkin tewas atau
lainnya.* Perkahwinan
Nabi Daud dengan Sabiq
binti Syaik segera pula
terjadi, dengan riang
gembira bagi Daud dan
keluarga sendiri. Tetapi di
sana dibawah ufuk yang
tinggi, ada seorang
pemuda yang mendengar
terjadinya perkahwinan
ini, sebagai pukulan yang
hebat menimpa dirinya,
pukulan yang
menghancurkan segala
sendi dan urat sarafnya,
menembus jantung dan
kalbunya.
Sejak perkahwinan
dengan Sabiq binti Syaik
ini, Nabi Daud lebih
gembira dalam
menjalankan tugasnya
sebagai raja dan Nabi
Allah. Rencana
pekerjaannya ditetapkan
dan diatur begitu rupa,
sehingga segala galanya
berjalan dengan lancar
dan baik. Rencana itu ialah
dengan membahagi
waktunya kepada empat
pembahagian. Bahagian
pertama untuk
kepentingan dirinya
sendiri, hari kedua untuk
kepentingan kepada
Tuhannya, hari ketiga
untuk menghukum dan
menyelesaikan urusan
urusan ummat dan hari
yang keempat untuk
mengajar dan memimpin
rakyat ke jalan yang
dikehendaki oleh Allah.
Begitulah dijalankan
seterusnya oleh Daud.
Sebagai raja besar dan
Nabi Mulia, rumah Daud
selalu dijaga oleh penjaga
penjaga dan tentera. Tidak
seorang juga dibolehkan
masuk menemui Daud,
sebelum mendapat izin
dari penjaga dan sesudah
dibenarkan oleh Daud
sendiri dan tidak seorang
juga yang diperbolehkan
masuk, kalau tidak
sepadan dan sesuai
dengan rencana pekerjaan
yang sudah ditetapkan
oleh Daud itu. Di hari dia
beribadat, siapa juga tidak
diizinkan masuk untuk
mengadukan perkara.
Begitulah seterusnya,
pada suatu hari ada dua
orang lelaki yang tidak ada
bezanya dengan lelaki lain,
minta izin masuk kepada
penjaga penjaga itu, untuk
bertemu dengan Daud.
Setelah aturan itu
diterangkan oleh penjaga,
tetapi kedua orang lelaki ini
mendesak mahu
bertemu.
Bagaimana juga desakan
dan permintaannya ini,
tidak dapat dikabulkan
oleh penjaga penjaga itu.
Tetapi hairan, keadaan
yang sangat luar biasa,
yang belum pernah
terjadi. Dengan keadaan
pintu tertutup, tiba tiba
kedua orang itu sudah
sampai saja di hadapan
kamar Nabi Daud, lantas
masuk menemui Daud.
Memang kedua lelaki itu
bukanlah manusia biasa,
keduanya Malaikat yang
diutus Allah berbentuk
manusia untuk
mendatangi Daud dan
memberikan peringatan
dan pengajaran kepada
Daud. Alangkah
terkejutnya Daud dengan
kedatangan kedua tamu
itu ke dalam kamarnya
sendiri, sedang dia sendiri
tidak pernah mengizinkan
masuknya kedua orang
itu.