Kedua Malaikat itu segera
duduk di dekat Daud dan
berkata:
Jangan takut hai Daud,
kami ini dua orang
bersaudara yang
bertentangan satu sama
lain. Maka berilah kami
hukuman yang benar,
atas pertentangan dan
perselisihan kami, tetapi
jangan dihukum dengan
cara yang tidak adil.
Tunjukilah kami kepada
jalan yang sebaik baiknya.
Daud tidak dapat menolak
perkara yang sudah ada
dihadapannya itu,
sekalipun hari itu bukan
harinya perkara. Dia
bersiap untuk
menjatuhkan putusan
hukum terhadap dua
orang yang berselisih itu.
Setelah mendengarkan
keterangan keterangan
yang diperlukan dalam
perkara ini, akhirnya
seorang diantara kedua
orang itu berkata kepada
Daud: Saudara saya ini
mempunyai sembilan
puluh sembilan ekor
kambing dan saya hanya
mempunyai seekor
kambing. Tetapi saudara
saya ini menuntut kepada
saya untuk mengambil
kambing saya itu, agar
kambingnya genap
menjadi seratus, sedang
saya tak mempunyai
kambing sama sekali.
Tuntutan ini sudah
beberapa kali saya tolak,
tetapi dia membantah
dengan kata kata yang
fasih, sehingga saya kalah
tentang kefasihannya itu.
Setelah mendengarkan itu
semua, Daud lalu
menghadapkan mukanya
kepada yang seorang lagi
dan bertanya kepadanya
tentang duduk perkara
yang sebenarnya. Orang
itu menjawab, bahawa
memang dia sudah
mempunyai sembilan
puluh sembilan ekor
kambing dan lagi seekor
kepunyaan saudaranya
itu, agar cukup
kambingnya berjumlah
seratus ekor.
Mendengar keterangan itu,
merah padamlah muka
Nabi Daud kerana
marahnya; dengan badan
gementar dan suara yang
keras, dia berkata kepada
orang yang menuntut itu:
Tuntutanmu itu tidak baik,
kalau engkau tetap
menuntut begitu, akan
kami pukul dahi dan
hidungmu itu.
Baru saja Daud berkata
demikian Malaikat itu
berkata:
Engkau seharusnya yang
lebih baik dipukul, sebab
engkau sudah
mempunyai sembilan
puluh sembilan orang
isteri, lantas mengambil
isteri Oria bin Hannan
yang hanya mempunyai
isteri seorang itu saja.
Mendengar kata kata yang
terang dan tepat itu, Nabi
Daud tunduk kepalanya,
gementar badannya,
terbuka kepadanya hakikat
keadaan yang dihadapinya
itu, bahawa yang
dihadapinya itu adalah dua
orang Malaikat yang
diutus Allah untuk
membetulkannya dan
menunjukinya. Daud lalu
tunduk dan sujud minta
ampun kepada Tuhan,
atas kekeliruannya, Allah
segera memberi ampun
dan taubat buat Daud,
dengan berkat petunjuk
petunjuk dan peringatan
peringatan dari Allah
Taala.
Tuhan memperlihatkan
kepada manusia dan Daud
sendiri, bahawa baik soal
kecil apa lagi soal besar,
tetap diperhatikan oleh
Allah. Bukan saja terhadap
manusia biasa, tetapi juga
terhadap orang orang
pilihan Allah, Nabi nabi
Mulia dan Rasul rasul yang
Suci, dengan tidak
diperbezakan sedikitpun
antara Nabi dan manusia
biasa, antara raja dan
rakyat biasa. Hanya
bezanya, para Nabi itu
senantiasa dapat
menerima ajaran Allah
dan menjalankannya
dengan baik dan patuh,
sedang manusia biasa
kadang kadang engkar
dan tidak ambil peduli
semua petunjuk yang baik
baik itu.
Berbagai bagai
pendapat telah
dikemukakan para ahli
tafsir mengenai cerita
perkahwinan Nabi Daud
dengan Sabiq ini. Ada
yang mengatakan
bahawa Nabi Daud
mengahwininya
setelah yakin bahawa
suaminya telah lama
mati di medan perang.
Pendapat yang lain
mengatakan pula
bahawa setelah suami
Sabiq hilang tanpa
berita demikian lama,
maka di anggaplah
talaknya telah gugur,
barulah dikahwini Nabi
Daud. Ada juga yang
mengatakan bahawa
peraturan zaman itu
tidak melarang
seorang lelaki
melamar seorang
perempuan yang telah
bersuami asalkan si
perempuan itu ingin
kepada lelaki yang
melamarnya, lalu di
mintakan fasakhnya.
Bahkan ada pula para
mufassir yang menolak
sama sekali berita
perkahwinan Nabi Daud
dengan Sabiq itu dan
dianggap berita itu
sebagai cerita cerita
dongeng israeliyat
yang tak patut
dipercayai juga. Sejak dahulu sudah
ditetapkan Allah satu hari
dalam se minggu, di hari
semua orang diwajibkan
berkumpul menjalankan
ibadat bersama sama dan
menerima tuntunan Allah
dengan perantaraan Nabi
dan RasulNya masing
masing. Tetapi entah
kerana apa, di zaman Nabi
Musa kaum Bani Israel
sama bermohon, agar
hari itu dijadikan hari
Sabtu saja.
Keinginan mereka ini
dikabulkan oleh Allah dan
sudah tetaplah menurut
syariat Nabi Musa,
bahawa hari Sabtu itu
adalah hari istimewa, hari
mana setiap orang tidak
boleh bekerja, tetapi hari
itu dikhaskan hanya
semata-mata untuk
menyembah Allah, untuk
bersyukur kepada Tuhan
dan hari menerima
pelajaran Tuhan atau
agama.
Begitulah telah menjadi
adat, syariat dan tradisi
bagi Bani Israel, sejak
zaman Nabi Musa sampai
ke zaman Nabi Daud a.s.
Di sebuah kampung yang
terletak di pinggir Lautan
Merah, bernama
kampung Allah, di mana
tinggal bangsa keturunan
Bani Israel juga. Mereka
juga menjalankan syariat
yang menjadikan hari
Sabtu itu semata-mata
untuk beribadat saja.
Kerana adat dan syariat
yang sudah turun
temurun begitu lama, di
mana tidak seorang juga
di antara manusia yang
pergi ke ladang
membajak, tidak seorang
juga pergi ke pasar
berniaga, tidak seorang
juga pergi ke laut
menangkap ikan, maka
syariat Bani Israel itu
menyebabkan timbulnya
sebuah tradisi pada ikan
yang hidup di dalam laut
di sekitar desa itu.
Tidak begitu jauh dari
pantai di desa itu, ada dua
buah batu besar yang
putih warnanya di dalam
laut. Saban hari Sabtu,
bukan main banyaknya
ikan ikan besar yang lalu
dan bermain main di
antara dua buah batu
besar itu. Rupanya ikan
ikan itupun sudah tahu,
bahawa kalau mereka
berman main di situ pada
hari Sabtu, tidak seorang
juga manusia yang
menangkap mereka,
sedang di hari-hari yang
lain, tidak ada se ekor pun
di antara ikan ikan itu yang
muncul di situ, kerana bila
ada se ekor saja, sudah
pasti akan ditangkap oleh
manusia untuk menjadi
makanannya yang paling
enak.