Abu Nawas
dikenali sebagai orang
cerdik dan ahli dongeng
yang termasyhur. Suatu
hari Raja mengalami
ketegangan fikiran
selepas bekerja
sepanjang hari
mengurus rakyat. Sang
Raja memerintahkan
kepada Abu Nawas
bercerita mengenai
kisah-kisah aneh dan
ajaib, yang menjadi
kegemaran sang Raja,
untuk menghilangkan
sedikit ketegangan jiwa
yang dialaminya.
Kebiasaannya, Raja
mendengar kisah-kisah
Abu Nawas pada
malam hari, iaitu
sebelum sang raja
menidurkan matanya.
Abu Nawas menjawab,
“Dengan senang hati,
wahai raja yang baik
dan bahagia...”
Dikisahkan, wahai Raja
yang bahagia, salah
seorang pelayan istana
berkata kepada raja
Cina:
Wahai Raja zaman ini,
tuan rumah
memerintahkan para
pelayannya agar
mengambil air dan
semua yang diperlukan
untuk membasuh
tangan salah seorang
tamunya yang dianggap
agak ganjil dan aneh.
Tamu itu lalu
membasuh tangannya
dengan air bercampur
sabun, garam dan daun
sebanyak seratus dua
puluh kali basuhan.
Selepas itu barulah ia
makan ‘ragut’(sejenis
makanan yang berasal
dari sebuah desa di
Baghdad), tetapi
pemuda itu
memakannya seolah-
olah dengan perasaan
jijik dan mual,
sementara kami
memandangnya dengan
penuh kehairanan,
sebab tangannya dan
malah sekujur tubuhnya
menggigil.
Bila kami melihat
tangannya, barulah
kami mengetahui
bahawa ibu jarinya
terpotong, dia makan
hanya dengan empat
jari, sehingga
menyebabkan makanan
itu berjatuhan dari
tangannya. Kami
menyoalnya dengan
hairan, “Apa yang
terjadi dengan ibu
jarimu? Apakah Tuhan
menciptakanmu dalam
keadaan seperti ini,
atau apakah engkau
pernah mengalami
kemalangan?”
Pemuda itu menyahut,
“Demi Tuhan, bukan
hanya ibu jari ini saja
yang hilang, tetapi juga
ibu jari tanganku yang
satu lagi, dan tumit
kedua-dua kakiku,
seperti yang akan kalian
lihat.”
Lalu dia menunjukkan
tangan kirinya dan
kedua-dua kakinya.
Kami melihat bahawa
tangan kirinya nampak
seperti tangan
kanannya dan kedua-
dua kakinya, tidak
mempunyai tumit.
Ketika kami melihatnya,
kehairanan kami
semakin bertambah,
hingga kami berkata
padanya, “Kami tak
sabar menunggu
kisahmu dan penyebab
terpotongnya kedua ibu
jari serta tumit kakimu
dan mengapa engkau
membasuh tanganmu
seratus dua puluh kali.”
Pemuda itu berkata,
“Ayahku adalah salah
seorang pedagang yang
paling terkemuka di
Baghdad pada masa
pemerintahan khalifah
Harun Al-Rasyid. Tetapi
ayahku gemar minum
anggur dan bermain
muzik kecapi, sehingga
ketika dia meninggal
ayahku tidak
mewariskan sesuatu
pun kepadaku.
Aku melaksanakan
upacara pemakaman
baginya, mengadakan
pengajian Al-Quran, dan
terus berkabung
untuknya dalam masa
yang cukup lama. Lalu
aku membuka kedai
peninggalan ayahku dan
mendapati bahawa dia
hanya meninggalkan
sedikit harta dan
banyak hutang. Maka
aku terpaksa
menjelaskan dan
membayar kesemua
hutang ayahku dengan
membayarnya
beransur-ansur.
Aku mula melakukan
jual-beli dan membayar
hutang ayahku minggu
demi minggu, hingga
akhirnya aku berjaya
menjelaskan kesemua
hutang ayahku dan
modalku mula
bertambah. Suatu hari,
ketika aku sedang
duduk di kedaiku,
datanglah ke pasar
seorang gadis muda
yang cantik, yang
kecantikannya belum
pernah kulihat
tandingannya,
berpakaian mewah dan
dihiasi permata.
Dia menaiki seekor
keldai betina, dengan
seorang hamba sahaya
berkulit hitam berjalan
di hadapannya dan
seorang lagi di
belakangnya. Gadis itu
turun dari keldainya dan
terus memasuki pasar.
Baru saja dia
melangkahkan kakinya
ke pasar, seorang
pengawal datang
mengikutinya dan
berkata, “Tuan puteri,
masuklah, tapi jangan
sampai ada orang yang
mengenalimu, sebab
kita akan menghadapi
kesukaran.”
Lalu pengawal itu berdiri
berjalan di hadapan
sang gadis, sambil
melihat-lihat kedai.
Tetapi kerana
mendapati tidak ada
kedai yang buka kecuali
kedaiku, gadis itu
mendatangi kedaiku.
Gadis itu menegurku,
lalu duduk....
Tiba-tiba fajar pun
menyingsing. Abu
Nawas terdiam, lalu
sang Raja berkata,
“Ceritamu benar-benar
aneh dan indah!” Abu
Nawas menjawab,
“Esok malam ceritanya
lagi menarik dan lagi
indah.”