Malam berikutnya, sang Raja memerintahkan
kepada Abu Nawas agar meneruskan kisah-
kisah aneh dan ajaib,
yang menjadi
kegemaran sang Raja.
Abu Nawas menjawab,
“Dengan senang hati,
wahai raja yang baik
dan bahagia...”
Hamba mendengar,
wahai sang Raja,
pelayan itu
menceritakan kepada
raja Cina bahawa
pemuda itu berkata:
Khalifah berkata kepada
para pelayan, “Buka
kotak ini, agar aku
dapat melihat apa yang
ada di dalamnya.”
Tetapi gadis itu
berkata, “Wahai tuanku,
bukalah kotak ini di
hadapan Puan Zubaidah,
sebab apa yang ada di
dalamnya merupakan
rahsianya, dan dia lebih
mengistimewakan
kotak yang satu ini
berbanding semua
kotak lainnya.”
Ketika khalifah
mendengar
penjelasannya, dia
memerintahkan para
pelayan untuk
mengangkat kotak
tersebut ke dalam, dan
dua orang pelayan
segera mengangkat
kotak tempatku
bersembunyi,
sementara aku hampir
tidak percaya bahawa
aku masih hidup.
Setelah kotak berada di
dalam sebuah ruangan
di mana pengawal yang
kukenali sebelum ini
berada di ruangan itu,
dia segera
memerintahkan aku
agar segera keluar dari
kotak.
Sambil membuka
penutup kotak, dia
berkata, “Keluarlah
cepat dan naikilah
tangga ini.” Aku berdiri
dan keluar dari kotak,
dan baru saja dia
menutup kotak itu
kembali dan aku menaiki
tangga, para pelayan itu
masuk membawa
kotak-kotak lainnya,
diikuti oleh khalifah. Lalu
mereka membuka
semuanya di
hadapannya, sementara
dia duduk di atas kotak
tempatku bersembunyi
sebelumnya. Lalu dia
bangkit dan masuk ke
dalam ruangan.
Sepanjang tempoh itu
aku duduk dengan
mulut kering kerana
ketakutan. Tak lama
kemudian gadis
idamanku naik ke atas
dan berkata padaku,
“Tidak ada lagi yang
perlu ditakutkan.
Bergembiralah dan
tunggu hingga Puan
Zubaidah datang
melihatmu, dan engkau
mungkin akan
memperolehi nasib baik
dan mendapatkan
diriku.”
Aku turun ke bawah,
dan begitu aku duduk di
sebuah ruangan kecil,
masuklah sepuluh orang
pelayan perempuan,
semua bagaikan
rembulan, dan berdiri
dalam dua barisan, dan
mereka diikuti oleh dua
puluh orang perawan
berdada tinggi, berjalan
bersama Puan
Zubaidah, yang hampir
tidak dapat berjalan
kerana berat membawa
pakaian dan
perhiasannya.
Ketika dia mendekatiku,
para pelayan itu
berpencar dan
membawakannya
sebuah kerusi, yang
kemudian didudukinya.
Lalu dia berseru kepada
gadis-gadis itu, yang
akhirnya berseru
memanggilku, dan aku
maju dan mencium
tanah di hadapannya.
Dia menyuruhku duduk,
dan aku duduk di
hadapannya, sementara
dia bercakap-cakap
denganku dan aku
menjawab pertanyaan-
pertanyaannya
mengenai keadaanku.
Dia merasa senang
denganku dan akhirnya
berkata, “Demi Tuhan,
tidak sia-sia aku
membesarkan gadis ini.
Dia seperti anakku
sendiri, suatu amanah
yang diberikan Tuhan
kepadamu.” Lalu dia
menyuruhku tinggal
selama sepuluh hari di
istana.... Tetapi fajar menyingsing. Abu Nawas terdiam, lalu sang Raja berkata,
“Ceritamu benar-benar
aneh dan menarik!” Abu
Nawas menjawab,
“Esok malam ceritanya lebih menarik dan lagi aneh.”
Mohon ma'af, kalau kelanjutan kisah ini belum ada.