Malam berikutnya, sang
Raja memerintahkan
kepada Abu Nawas
agar meneruskan kisah-
kisah aneh dan ajaib,
yang menjadi
kegemaran sang Raja.
Abu Nawas menjawab,
“Dengan senang hati,
wahai raja yang baik
dan bahagia...”
Hamba mendengar,
wahai Raja yang
bahagia, pelayan itu
menceritakan kepada
raja Cina bahawa
pemuda itu berkata:
Ketua pengawal itu
tersentak bangun dari
tidurnya dan berseru
kepada gadis itu,
“Jangan menunda-
nunda. Engkau harus
membuka kotak-kotak
ini.”
Kebetulan kotak
pertama yang akan
dibukanya adalah kotak
di mana aku berada di
dalamnya, dan ketika
para pelayan
membawanya kepada
ketua pengawal itu, aku
kehilangan akalku dan
dalam kebingungan itu
aku terkencing di dalam
kotak dan airnya
mengalir keluar kotak.
Lalu gadis itu berkata,
“Wahai pengawal,
engkau telah merugikan
aku dan merugikan
ramai pedagang dengan
merosak barang-barang
milik Puan Zubaidah
sebab kotak ini
mengandungi baju-baju
berwarna-warni dan
satu kendi air zamzam.
Kendi itu baru saja
tumpah dan airnya akan
membuat warna-warni
baju itu luntur.”
Ketua pengawal itu
berkata, “Ambillah
kotak itu dan pergi.”
Tetapi baru saja para
pelayan itu mahu
mengangkatku dan
bergegas menyingkirkan
semua kotak lainnya,
aku mendengar sebuah
suara berseru, “Aduh,
aduh, khalifah,
khalifah!” Ketika aku
mendengar suara ini,
jantungku seakan
berhenti berdenyut. Lalu
aku mendengar khalifah
menyoal gadis itu, “Hai
kamu, ada apa di dalam
kotak-kotak milikmu
ini?”
Gadis itu menyahut,
“Baju-baju untuk Puan
Zubaidah.”
Khalifah berkata, “Buka
semua biar aku dapat
melihatnya.”
Mendengar itu, aku tahu
bahawa kali ini tamatlah
riwayatku. Lalu aku
mendengar gadis itu
berkata, “Wahai
Pemimpin Kaum
Beriman, kotak-kotak ini
mengandungi baju-baju
dan barang-barang milik
Puan Zubaidah, dan dia
tidak ingin isinya dilihat
oleh sesiapa pun.”
Tetapi khalifah berkata,
“Engkau harus
membuka kotak-kotak
ini, agar aku dapat
melihat benda apa di
dalamnya. Bawa semua
ke sini.”
Ketika aku mendengar
arahan khalifah itu, aku
yakin bahawa aku akan
mati. Lalu para pelayan
membawa kotak-kotak
itu, membukanya satu
demi satu, sementara
khalifah terus
memperhatikan baju-
baju dan barang-barang
kemas lainnya hingga
tinggal satu kotak lagi
yang belum dibuka, di
mana aku bersembunyi.
Mereka membawaku
dan meletakkanku di
hadapannya, dan aku
mengucapkan selamat
tinggal pada kehidupan,
kerana merasa pasti
bahawa aku akan
kehilangan kepalaku dan
akan mati. Khalifah
berkata, “Buka kotak
itu agar aku dapat
melihat benda apa di
dalamnya.” Maka para
pelayan segera
membukanya....
Tetapi fajar
menyingsing. Abu
Nawas terdiam, lalu
sang Raja berkata,
“Ceritamu benar-benar
aneh dan menarik!” Abu
Nawas menjawab,
“Esok malam ceritanya
lagi menarik dan lagi
aneh.”