Kisah Nabi Adam
April - September 2011
Bila Allah berkehendak
untuk mengadakan
atau menciptakan
sesuatu, Allah hanya
mengucapkan satu
perkataan yang
bersifat perintah, iaitu
'kun', yang ertinya
'jadilah'. Dengan
mengucapkan kata
kata 'kun' itu, maka
tercipta apa yang
dikehendaki Allah.
Dengan cara begitu,
maka terciptalah bumi
dengan lautan dan
daratannya, bergunung
ganang dan jurang,
lengkap dengan
tumbuh tumbuhan dan
segala jenis
haiwannya. Terciptalah
matahari dengan
cahayanya yang terang
benderang, bulan
dengan sinarnya yang
berkemilauan, dan
bintang bintang dengan
cahayanya yang
gemerlapan. Semuanya
beredar diangkasaraya
dengan peredaran yang
teratur, menurut
sunnah (penetapan)
Ilahi yang mencipta
dan mengaturnya,
tanpa cacat celanya.
Kemudian diciptakan
Allah pula para Malaikat
yang selalu patuh
menjalankan segala
perintah Allah yang
menciptanya,
mengerjakan ibadat
dan tugas masing
masing yang sudah
ditetapkan Allah bagi
mereka. Diantara
mereka ada yang
menjadi penjaga bumi,
penjaga langit,
menurunkan hujan, dan
ada pula yang menjadi
Pesuruh Allah, sebagai
perantara antara Allah
dengan makhlukNya.
Dalam menjalankan
berbagai tugas itu,
mereka selalu
bertasbih mensucikan
Allah. Setiap sesuatu
yang kita lihat
sekarang ini dahulunya
belumlah ada, dahulu
tidak ada manusia dan
binatang, tidak ada
tumbuh tumbuhan,
tidak ada bumi
matahari, bulan dan
bintang. Dengan kudrat
dan iradatNya Allah lalu
menciptakan segala
apa yang ada dan kita
lihat sekarang ini.
Diciptakan Allah langit
dan bumi dan apa yang
terdapat antara
keduanya didalam
waktu enam hari. Hari
yang bukan bererti
siang dan malam
seperti yang lazim kita
pergunakan sekarang
ini. tetapi had yang
bererti proses
pertumbuhan atau
masa, yang lamanya
mungkin beribu ribu
atau berjuta juta tahun
lamanya..Kemudian diciptakan Allah
pula ADAM sebagai
manusia yang pertama,
untuk menghuni dibumi
luas yang sudah
terbentang, beranak dan
berketurunan menjadi
manusia banyak, berpuak
puak dan berbilang
bangsa, berselerak ke
seluruh pelosok bumi.
Maksudnya manusia itu
diciptakan Allah, ialah agar
manusia itu menyembah
dan sentiasa mentaati
segala perintahNya serta
juga menjadi pengatur
bumi yang tidak teratur;
bercucuk tanam,
mendirikan rumah,
memelihara ternakan, dan
sebagainya.
Allah memberitahu
maksudNya kepada para
Malaikat, "Aku ingin
mencipta manusia untuk
menguruskan muka
bumi".
Para Malaikat lalu
menjawab, "Apakah
manusia yang Engkau
ciptakan itu untuk
mengurus bumi, ya
Tuhan kami? Tidakkah
manusia itu nanti akan
merosakkan bumi dan
akan menumpahkan
darah berbunuhan?
Berbanding dengan kami
yang sentiasa patuh dan
memuliakan Engkau".
Lalu Allah menjawab.
"Aku lebih mengetahui
apa yang kamu tidak
mengetahui".
Ya, Tuhanlah yang lebih
tahu rahsia apa yang
terkandung dari kejadian
manusia ini. Tuhanlah
yang lebih tahu kenapa
kita manusia yang
diciptakan Tuhan untuk
mengatur bumi, sekalipun
Tuhan tentu sudah tahu
pula, bawah manusia di
permukaan bumi ini akan
berbuat kerosakan, akan
bersilang sengketa, akan
berbunuh bunuhan
menumpahkan darah.
Tetapi janganlah sampai
kita lupakan, bahawa
Tuhan juga tahu, bahawa
tidak semuanya manusia
itu perosak, tidak semua
manusia suka bersengketa
dan berbunuh bunuhan.
Di antara manusia yang
banyak itu, ada banyak
pula yang baik, yang
selalu berbuat kebajikan
terhadap sesama
manusia, selalu berusaha
dan berjuang untuk
keselamatan dan
kebahagiaan hidup
manusia.
Setelah mendengar
jawapan Allah yang
pendek, tetapi
mempunyai erti dan
maksud yang amat dalam
itu, semua Malaikat
menjadi diam, tidak
menjawab lagi. Hanya
berkata dengan berbisik
antara sesama mereka:
"Memang benar! Tuhan
kita Maha Mengetahui
segala sesuatu, dari
perkara yang sekecil
kecilnya sampai kepada
perkara yang sebesar
besarnya. Ia mengetahui
segala yang zahir dan
yang batin, yang kelihatan
oleh mata dan yang tidak
kelihatan. Tidak ada satu
perkara dan kejadian yang
bagaimana juga kecilnya
yang terjadi di langit dan
di bumi atau antara
keduanya yang tak
diketahui oleh Tuhan."
Apa saja yang Allah
ciptakan, tentu ada guna
dan faedahnya, tentu ada
maksud dan tujuannya.
Tidak satu benda pun
yang diciptakan Allah akan
sia sia. Hanya kita sendiri
yang tidak atau belum
mengetahuinya.
Allah meneruskan
firmanNya terhadap para
Malaikat itu: "Manusia itu,
iaitu Adam, akan Aku
ciptakan dari tanah.
Apabila sudah terbentuk
dan selesai, akan Aku
hembuskan kepadanya
rohKu, agar dia menjadi
hidup, dapat bergerak,
berperasaan,
berpengertian dan
berkesedaran. Bila Adam
sudah menjadi hidup
dengan pengertian dan
kesedaran, hendaknya
kamu sekalian sujud
memberi hormat
kepadanya."
Malaikat adalah suatu
makhluk Allah yang
mempunyai kesedaran
yang amat tinggi. Dengan
kesedaran yang amat
tinggi itu, mereka menjadi
makhluk yang mulia,
selalu bertasbih dan
beribadat mensucikan,
membesarkan dan
memuji muji Allah, selalu
taat menjalankan apa saja
yang diperintahkan Allah
kepada mereka. Mereka
tak pernah derhaka atau
melanggar perintah Allah,
tanpa makan dan minum,
tanpa rehat atau tidur,
mereka selalu
melaksanakan segala
macam tugas yang di
bebankan Allah atas
mereka masing masing
sampai hari kiamat.
Bila mereka itu makhluk
yang tinggi dan mulia,
mengapa Allah
memerintahkan mereka
untuk sujud atau
menghormati Adam?
Apakah Adam atau
manusia lebih tinggi dan
lebih mulia daripada
Malaikat?
Pertama kita harus ingat,
bahawa Allah
memerintahkan Malaikat
sujud kepada Adam,
bukanlah dalam erti
menyembah, melainkan
dengan erti menghormati.
Menghormati Adam tidak
dapat diertikan
menghormati manusia
anak cucu Adam. Jadi
penghormatan ini khusus
terhadap peribadi Adam.
Mengapa peribadi Adam
harus dihormati oleh para
Malaikat? Hal ini
disebabkan oleh kerana
peribadi Adam
mempunyai keistimewaan
yang banyak sekali dan
luarbiasa, yang tidak
dipunyai oleh manusia
manusia lain atau makhluk
yang mana pun juga.
Keistimewaan
keistimewaan yang luar
biasa itu adalah sebagai
berikut:
Adam adalah manusia
pertama. Sebelum Adam,
belum ada manusia.
Seluruh manusia selain
Adam, semuanya adalah
keturunan Adam. Di
antara manusia keturunan
Adam itu, ada yang
menjadi Nabi dan Rasul,
menjadi orang orang suci.
Diantaranya ada orang
pandai dalam berbagai
bidang, yang
menyebabkan kemajuan
hebat bagi manusia dari
abad ke abad. Lihatlah
kemajuan anak cucu
Adam yang hidup
diketika ini.
Sekalipun ada pula
diantara anak cucu Adam
sendiri yang menjadi
perosak dan penjahat.
Sebab itu, memang sudah
sepatutnya kalau para
Malaikat memberikan
penghormatan atau sujud
kepada Adam sebagai
manusia pertama dan
mempunyai turunan yang
hebat itu.
Adam diciptakan sendiri
olehNya. Sedangkan
makhluk lain, seluruhnya
diciptakan Allah dengan
perkataanNya: "Bila Allah
menghendaki sesuatu, Ia
hanya berfirman: Jadilah!
Maka jadilah apa yang
dikehendaki Allah itu."
Hanya Adam, yang Allah
ciptakan dengan kedua
tanganNya. Demikianlah
menurut al-Quran.
Sedang menurut Hadis,
selain Adam, juga 'Arasy
dan Syurga yang
diciptakan Allah dengan
tanganNya. Maka sudah
sepatutnya kalau para
Malaikat diperintahkan
Allah untuk menghormati
Adam. Kerana ia
diciptakan Allah dengan
tanganNya, Adam
sungguh suatu makhluk
yang terhormat tiada
taranya dialam ini.