Kisah Nabi Adam - Halaman 5
April - September 2011
Dalam kehidupan
bersuami isteri, Hawa
mulailah hamil. Tidak lama
kemudian lahirlah ke
permukaan bumi ini
turunan Adam dan Hawa
yang pertama. Anak yang
pertama ini lelaki seperti
Adam. Anak itu diberi
nama Qabil.
Alangkah bahagianya
Adam dan Hawa setelah
dari pergaulannya berdua
itu, lahir seorang manusia
baru, anaknya yang
pertama itu, menambah
anggota masyarakat yang
hanya terdiri dari dua
orang menjadi tiga orang.
Hawa mulai sibuk
menjaga dan mengasuh
anaknya, tidak dapat lagi
keluar membantu Adam
bercucuk tanam dan
mengembala ternakan.
Adam terpaksa keluar
seorang diri dan bekerja.
Setiap petang kalau dia
sudah lelah, dia pulang
kembali ke gua tempat
kediamannya untuk
istirahat, menemui isteri
dan anaknya. Makanan
yang didapatinya
dibawanya pulang dan
dimakannya bersama
sama dengan isteri dan
anaknya.
Dengan begitu,
kegembiraan hidup Adam
dan Hawa diatas bumi
tampaknya semakin hari
semakin bertambah.
Kegembiraan yang
bertambah itu telah dapat
menghilangkan kelelahan
bekerja dan ketakutannya
terhadap binatang
binatang buas.
Setelah berlalu pula kira
kira setahun lamanya,
kembali Hawa menjadi
hamil. Tidak lama
kemudian, lahirlah
anaknya yang kedua,
seorang wanita. Dan anak
perempuan ini dinamai
Adik Qabil. Dengan
kelahiran yang kedua ini,
Adam dan Hawa semakin
gembira hidupnya dan
semakin rajin dan tekun
bekerja mencari
penghidupan.
Begitulah dari tahun ke
tahun, keluarga Adam
selalu bertambah tambah
dengan anak yang ketiga,
seorang lelaki dinamai
Habil, anak keempat
seorang perempuan,
dinamai Adik Habil,
kelima, keenam dan
seterusnya. Adam
terpaksa bekerja lebih
keras untuk mendapatkan
makanan lebih banyak
kerana bilangan
keluarganya semakin
besar.
Adam dan Hawa menjadi
semakin tua, sedang anak
anaknya pun semakin
besar dan meningkat
dewasa. Qabil dan Habil
sekarang sudah
meningkat jadi muda
remaja. Akal dan
fikirannya mulai timbul.
Timbul perasaan wajib
menolong ibu bapanya,
bekerja bertani dan
menggembala,
menghasilkan makanan
dan minuman bagi
keluarganya yang
semakin besar, turut
berjuang menjaga adik
adiknya dari bahaya singa
dan harimau, dan
binatang-binatang buas
lainnya.
Mulai tampak perbedaan
alam wanita dengan lelaki.
Anak anaknya yang lelaki
kebanyakan suka bekerja
di luar rumah, bertani,
berburu dan memelihara
binatang binatang ternak.
Sedang anak anaknya
yang wanita suka bekerja
di rumah, memasak
makanan dan minuman
serta menjaga adik adik
dan mengurus keperluan
keperluan rumahtangga.
Sekalipun Qabil dan Habil
dua bersaudara, sebapa
dan seibu, dan sama
lelaki, sama sama
dibawah asuhan seorang
ibu dan seorang bapa,
tinggal didalam dan iklim
yang sama, tempat yang
sama pula, namun kudrat
Ilahi dan kehendak
Allahlah yang lebih
menentukan segala
sesuatu didalam alam
yang luas ini. Keadaan
rohani dan jasmani dari
Qabil dan Habil tidaklah
sama, berbeza satu
dengan yang lain. Ada
perbezaan besar. Qabil
sekalipun lebih tua, tetapi
badannya lebih kecil dan
lemah. Habil sekalipun
lebih muda, tetapi
badannya lebih besar dan
lebih kuat. Qabil sekalipun
lebih tua dan berbadan
lemah, tetapi tabiatnya
amat kasar. Sedang Habil
yang berbadan kuat dan
besar, tetapi tabiatnya
sangat baik dan perasaan
yang sangat halus, lagi
berbudi pekerti tinggi.
Adam bermaksud akan
membagi-bagikan
perkerjaan kepada dua
orang anaknya yang
meningkat remaja itu.
Qabil dengan tabiatnya
yang kasar itu diserahi
oleh Adam untuk bertani,
mengolah tanah,
menyangkul dan
menebas hutan belukar,
kerana tanah dan hutan
belukar adalah barang
mati yang tidak
memerlukan perasaan
halus dan cinta kasih.
Ada pun Habil kerana
perasaannya yang halus
dan perasaan kasih
sayangnya, diserahi oleh
Adam untuk memelihara
binatang ternak, iaitu
kambing dan lembu yang
dapat merasakan haus
dan lapar, sakit dan
senang, sebab itu perlu
disayang, dicintai, harus
diurus oleh manusia yang
mempunyai perasaan
halus dan rasa kasih
sayang.
Baru saja matahari terbit
di waktu pagi, maka
keluarlah Adam, Qabil dan
Habil dari gua tempat
kediaman mereka untuk
bekerja. Qabil terus
menuju ke hutan
menebas belukar, ke
ladang menyangkul,
menaburkan benih atau
menuai, bila tanam
tanamannya sudah masak
untuk dituai.
Sedang Habil menuju ke
padang rumput untuk
memelihara dan
menggembalakan
ternaknya. Adam kadang
kadang pergi berburu,
mencari ikan atau burung,
untuk dimakan dagingnya
sebagai lauk pauk. Atau
pergi mencari air untuk di
minum dan memandikan
anak anak dan isterinya.
Kalau matahari sudah
hampir tenggelam, siang
akan berganti dengan
malam, mereka
kembalilah ke gua tempat
kediaman mereka. Qabil
membawa buah buahan
dan sayuran, Habil
membawa susu, sedang
Adam membawa
burung-burung dan ikan
hasil buruannya. Sesudah
semua buah tangan itu
dimasak oleh Hawa,
mereka makanlah
bersama sama dengan
enaknya.
Diwaktu dan sesudah
makan bersama ini,
timbullah fikiran pada
Adam untuk mengajar
anak anaknya bersyukur
kepada Allah yang telah
memberi mereka rezeki
sebanyak itu.
Lihatlah kata Adam kepada
anak-anaknya: "Kita ini
tidak akan ada kalau tidak
diciptakan oleh Allah.
Allahlah yang
menciptakan diri kita
masing-masing.
Diciptakan Allah pula bumi
yang lebar dan luas ini
untuk tempat tinggal kita.
Lihatlah, alangkah luas dan
lebarnya bumi Allah yang
kita tempati ini. Di sinari
oleh matahari di waktu
siang dan oleh bulan dan
bintang-bintang, diwaktu
malam. Ditumbuhkan
Allah segala macam
tumbuh-tumbuhan,
dikembangkan Allah
segala macam binatang
binatang untuk menjadi
rezeki kita. Marilah kita
menyembah kepada Allah
dan mensyukuri segala
nikmat dan rahmatNya
kepada kita."
Untuk menguji tentang
keimanan dan kesyukuran
kedua orang anaknya
yang sudah remaja itu,
Adam menyuruh kedua
orang anaknya yang
bernama Qabil dan Habil
itu untuk pergi ke puncak
sebuah gunung. Kedua
dua orang anaknya itu
disuruh oleh Adam
membawa sebahagian
dari penghasilan masing
masing, dan meletakkan
penghasilannya di puncak
gunung itu, agar dapat
dimakan oleh makhluk
Allah yang mana saja
membutuhkannya, iaitu
makhluk makhluk Allah
yang tidak pandai
bercucuk tanam dan
memelihara binatang
ternak. Pekerjaan ini
dinamai Adam berkorban,
berzakat dan beribadat.
Pekerjaan berkorban,
berzakat dan beribadat ini
amat cocok dan sesuai
dengan perasaan Habil,
kerana dengan
perasaannya yang halus
dan fikirannya yang
dalam, dia dapat
merasakan kebesaran
Allah yang banyak nikmat
pemberianNya. Apalagi
pengorbanan tersebut,
akan dapat pula menolong
beberapa macam
binatang-binatang yang
dalam kehausan atau
kelaparan.
Adapun Qabil dalam
hatinya sangat menentang
pekerjaan itu.
Mengorbankan
sebahagian dari hasil
kerjanya yang
diperdapatnya dengan
penat lelah, untuk
dijadikan zakat atau ibadat
terhadap Allah,
dianggapnya satu
pekerjaan yang tidak
berguna, atau pekerjaan
orang bodoh dan
merugikan. Alangkah
susahnya mencari rezeki,
katanya, kenapa rezeki itu
dilemparkan ke puncak
gunung untuk dimakan
binatang binatang yang
tidak ada gunanya. Iblis
yang dilontarkan Allah ke
bumi, rupanya sudah
mulai menjalankan
peranannya, untuk
memesongkan hati
manusia dari amal dan
perbuatan yang baik. Habil
rupanya tak mampu
digoda dan
diperdayakannya. Tetapi
Qabil merupakan tanah
yang subur bagi Iblis
untuk menjalankan tipu
dayanya.
Iblis sudah dapat
memasuki salah satu
kelemahan dari unsur
manusia dengan saluran
kecintaan manusia kepada
harta benda. Harta dan
kekayaan adalah satu alat
buat Iblis untuk
memperdayakan
manusia. Untuk
berkorban ini, Habil
memilih kambingnya
yang terbaik dan
tergemuk. Sesudah
disembelihnya, lalu
ditaruhkannya dipuncak
gunung, sebagai korban
dan tanda terimakasihnya
terhadap Allah yang telah
memberikan rezeki.
Qabil sekalipun dengan
perasaan enggan dan
terpaksa, juga melakukan
ibadat korban itu. Tetapi
untuk korban ini dia
memilih buah-buahan
yang tidak baik, yang
sudah setengah busuk,
kerana hatinya memang
tidak baik dan busuk pula.
Baik Habil atau Qabil lalu
meletakkan korban
masing-masing dipuncak
gunung, dengan harapan
korban itu akan diterima
oleh Allah dengan
penerimaan yang baik.
Pada hari berikutnya,
pergilah kedua bersaudara
itu diiringkan oleh
bapaknya Adam, untuk
melihat, apakah korban
korban itu sudah diterima
oleh Allah atau tidak.
Ternyata bahawa korban
Habil sudah tidak ada lagi,
bererti sudah diterima
oleh Allah dengan baik.
Tetapi korban Qabil yang
terdiri atas buah-buahan
yang tidak elok dan busuk
itu, masih saja ada disitu
bahkan sudah menjadi
lebih busuk. Itu bererti
bahwa korban Qabil tidak
diterima oleh Allah.
Bukan main girangnya
Habil melihat yang
korbannya diterima
dengan baik oleh Allah.
Dia lalu bersyukur dan
berterimakasih. Qabil
menjadi marah dan irihati,
kerana korbannya tidak
diterima oleh Allah.
Dengan marah dia berkata
kepada bapanya: "Korban
si Habil diterima oleh
Allah, kerana bapa
mendoakan baginya.
Korban saya tidak diterima
oleh Allah, kerana bapak
tidak suka mendoakan
bagi saya."
Adam lalu menjawab:
"Habil mengorbankan
barang barang yang baik,
kerana hatinya baik.
Korbannya diterima oleh
Allah, kerana Allah suka
kepada barang-barang
yang baik. Sedang engkau
mengorbankan buah
buahan yang tidak baik
dan busuk. Itu
menunjukkan yang
hatimu busuk. Korbanmu
tidak diterima oleh Allah,
kerana Allah tidak suka
kepada barang-barang
yang busuk dan tidak
baik."
Qabil menjadi marah dan
irihati kerana korbannya
tidak diterima oleh Allah.
Dengan marah dia berkata
kepada adiknya Habil,
sekalipun Habil tidak
bersalah apa apa terhadap
dirinya. Tetapi begitulah
caranya Iblis menggoda
manusia tanpa alasan
yang tepat pun. Iblis dapat
menggoda manusia
manusia yang lemah jiwa
dan batinnya, lemah
imannya untuk membenci
saudaranya sendiri yang
tak bersalah apa apa.
Sesungguhnya tipu
muslihat Iblis itu halus dan
licin sekali.
Qabil pulang ke rumahnya
dengan hati yang marah
dan menggerutu.
Kepalanya digeleng
gelengkan tanda marah
yang bersangatan. Marah
kepada saudaranya Habil
yang baik dan tidak
bersalah apa apa terhadap
dirinya. Bukan marah
terhadap dirinya sendiri
yang tidak baik dan busuk
itu.
Ya, begitu halusnya
godaan Setan dan Iblis
terhadap manusia, untuk
mengeruhkan pergaulan
sesama manusia dalam
kehidupan di permukaan
bumi ini. Setelah masing
masing anak Adam itu
meningkat dewasa, maka
anak anak lelaki mulai
merasakan keperluan
terhadap isteri, sedang
anak anak perempuan
merasakan keperluan
terhadap suami, kerana
memang demikianlah
sunnah yang ditetapkan
Allah yang menciptakan
manusia dan semua
makhluk berjiwa lainnya.
Sekalipun masyarakat
manusia di masa
hidupnya Adam itu baru
terdiri atas beberapa
orang lelaki dan beberapa
orang wanita saja, namun
begitu untuk memenuhi
hasrat bersuami isteri ini
agar berjalan dengan
teratur, maka Allah
menetapkan beberapa
aturan (syari'at) yang
harus dijalankan oleh
masing masing manusia
yang menjadi anggota
masyarakat yang kecil itu.
Ditetapkan Allah syari'at
(aturan) bagi anak anak
Adam dan Hawa yang
sudah dewasa itu, iaitu
aturan yang sangat
sederhana sekali. Qabil
anak pertama, boleh
kawin dengan Adik Habil
anak keempat, sedang
Habil anak ketiga boleh
kawin dengan Adik Qabil
anak kedua. Jadi masing
masing Qabil dan Habil
tidak boleh kawin dengan
adiknya sendiri. Syari'at itu
diwahyukan Allah kepada
Adam. Adam
menyampaikan wahyu ini
kepada isteri dan anak
anaknya yang sudah
berhasrat kawin itu. Syari'
at ini diterima dengan
segala ketaatan dan
kepatuhan oleh Adam,
Hawa dan anak anaknya.
Hanya Qabil yang tidak
mahu tunduk terhadap
syari'at yang ditetapkan
Allah ini. Iblis mendapat
peluang yang baik sekali
dengan perantaraan
perasaan berahi antara
lelaki dan wanita, dengan
perantaraan nafsu dan
keinginan keinginan hidup
manusia. Kepada Qabil
dibisikkan oleh Iblis bahwa
Adik Qabil lebih cantik dari
Adik Habil.
Kata Iblis kepada Qabil:
"Jangan kamu tunduk
kepada penetapan
bapamu yang tidak adil
itu. Adikmu sendiri jauh
lebih cantik dari Adik Habil.
Kenapa bapa menyuruh
kamu kawin dengan Adik
Habil yang tak cantik,
sedang adikmu yang
cantik itu disuruh berikan
kepada Habil untuk
menjadi isterinya?"
Dengan pujukan Iblis ini,
mulailah ketara nafsu
yang tidak mahu menurut
putusan dengan segala
macam alasannya.
Kecantikan seorang wanita
telah dapat dipergunakan
oleh Iblis untuk
menimbulkan perselisihan
antara dua orang lelaki
yang bersaudara kandung
itu. Ini bukan hanya terjadi
ke atas diri anak anak
Adam dan Hawa dahulu
kala, tetapi masih terjadi
pada anak cucu Adam
dan Hawa yang hidup
diabad ini, atau zaman
moden sekarang ini.
Adam dan Hawa sebagai
bapa dan ibu mulai pening
memikirkan bagaimana
caranya agar dia dapat
memenuhi keinginan anak
anaknya dengan tidak
melanggar syari'at yang
sudah ditetapkan Allah,
agar tetap hidup dalam
keadaan aman tenteram
dan selamat dimuka bumi
ini.