Kisah Nabi Adam - Halaman 4
April - September 2011
Alangkah terkejutnya
Adam dan Hawa
setibanya dipermukaan
bumi ini. Sungguh besar
perbezaan Syurga dengan
Bumi, seperti perbezaan
siang dengan malam.
Dilihat Adam dan Hawa
bahawa bumi ini penuh
dengan hutan belantara.
Penuh dengan pokok
pokok yang besar dan
bercabang cabang.
Didalamnya hidup segala
macam binatang buas
yang selalu hendak
menerkam mangsanya.
Singa, harimau, gajah,
beruang, ular dan lain-lain
sebagainya. Kerana
takutnya terhadap
binatang buas itu, Adam
dan Hawa dengan
bersusah payah, sedaya
upaya mencari
tempatuntuk
bersembunyi. Disalah satu
dataran tinggi, didapati
Adam dan Hawa sebuah
gua yang agak luas.
Disanalah mereka
menetap dan
bersembunyi.
Tetapi akhirnya Adam dan
Hawa merasa dahaga dan
lapar. Dengan bersusah-
payah pula, keduanya
harus keluar dari gua
mencari air untuk
diminum dan buah-
buahan untuk dimakan.
Tetapi tidak semua air
dapat diminum dan tak
semua buah dapat
dimakan, Ada yang pahit,
masin, masam, dan ada
pula yang enak, manis
dan gurih. Ya, ternyatalah,
bahwa kehidupan didunia
ini beza dengan kehidupan
di Syurga dahulu.
Kehidupan didunia ini
setiap saat atau detik
penuh dengan
perjuangan. Setiap saat
harus memeras otak,
memeras tenaga dan
keringat.
Begitulah, setiap
kali merasa dahaga dan
lapar, Adam dan Hawa
terpaksa berjalan sejauh
jauhnya mencari air dan
buah buahan. Sedang
bahaya binatang binatang
buas selalu mengancam
jiwanya. Rupanya
kehidupan dipermukaan
bumi ini, adalah satu cara
hidup yang selalu dalam
proses dan peredaran,
yang selalu silih berganti
antara senang dan susah,
dingin dan panas, naik
dan turun, kenyang dan
lapar, sihat dan sakit dan
seterusnya. Segala
macam penderitaan yang
berbentuk dahaga, lapar,
bahaya binatang buas dan
lain-lain telah dapat
menggerakkan akal dan
fikiran Adam dan Hawa,
bagaimana mereka dapat
membebaskan diri dari
penderitaan itu.
Timbullah fikiran dalam
hatinya untuk menanam
pohon-pohon yang
buahnya enak dimakan
disekitar tempat
kediamannya, agar dia
terhindar dari bahaya
binatang-binatang buas
didalam hutan belukar
mencari atau memetik
buah-buah yang dia
inginkan. Dengan
mempergunakan dahan
dahan kayu, tempat
disekitar gua itu
ditebasnya.
Dipindahkannya ke situ
pokok pokok yang
dirasanya enak dimakan
buahnya, untuk
menghilangkan laparnya.
Ya, Adam terpaksa
memeras tenaga,
mencucurkan peluh,
memeras otak dan fikiran,
untuk mendapatkan
makanan menghilangkan
lapar. Isterinya Hawa pun
demikian pula. Dia
terpaksa menolong Adam
dengan tenaga yang ada
padanya. Begitulah,
bertahun tahun kemudian,
Adam dan Hawa sudah
dapat bercucuk tanam,
dan sudah pandai pula
berternak memelihara
binatang ternakan seperti
kambing dan ayam.