Kisah Nabi Adam - Halaman 2
April - September 2011
Selain manusia pertama
yang diciptakan Allah
dengan tanganNya, Adam
adalah pula seorang Nabi,
seorang yang mendapat
wahyu dari Allah. Menurut
sebahagian Ulama, para
Nabi dan Rasul memang
sama darjat kemuliaannya
dengan para Malaikat.
Bahkan ada diantara
Ulama yang berpendapat
bahawa Nabi dan Rasul itu
darjat kemuliaannya
melebihi para Malaikat,
sebab Jibrail sebagai
Malaikat tertinggi,
ditugaskan pula menjadi
perantara antara Allah
dengan para Nabi dan
Rasul itu.
Seperti halnya dengan
para Malaikat, maka Adam
pun mempunyai
kesedaran dan pengertian
(akal), sehingga Adam dan
keturunannya dapat
menyedari dan mengerti
akan kebesaran Allah yang
menciptakan dirinya dan
seluruh alam, dapat
menyedari dan mengerti
akan perintah perintah dan
larangan Allah.
Adam dan manusia
diciptakan Allah dalam
sebaik baiknya kejadian,
kerana dia terdiri dari
jasmani dan rohani (roh,
akal, hati dan nafsu),
sehingga ia menjadi suatu
makhluk yang beradab
dan berkebudayaan, terus
maju tidak beku.
Adam dan keturunannya
diciptakan Allah untuk
menjadi Khalifah
(penguasa atau pengatur)
dibumi, sebagaimana
Allah menciptakan Malaikat
sebagai Khalifah di langit.
Kerana menyedari akan
kedudukan dan kemuliaan
Adam, para Malaikat dapat
mengerti akan perintah
Allah untuk menghormati
Adam. Mereka lalu
menjawab: "Baiklah, ya
Tuhan kami. Kami dengar
dan kami taati segala
perintahMu." Allah lalu
menciptakan Adam dari
tanah dengan tanganNya
sendiri. Berbentuk seperti
bentuk kita manusia
sekarang ini. Iaitu
berkepala, berbadan,
bertangan dan berkaki.
Lalu Allah hembuskan roh
kepadanya, sehingga
Adam menjadi hidup.
Adam menggerakkan
kedua tangan dan kakinya,
lalu ia bersin (batuk),
sehingga bergerak sekujur
badannya, terbuka kedua
matanya, bergerak
jantung dan paru
parunya. Sekaligus ketika
Adam membuka kedua
matanya, melihat seluruh
alam di sekitarnya,
timbullah pengertian dan
kesedaran, dan dengan
pengertian dan kesedaran
itu, dia mengucap:
Alhamdulillahi Rabbil
Alamin (Segala pujian bagi
Allah yang mengatur
seluruh alam). Para
Malaikat kagum sekagum
kagumnya melihat dan
mendengar ucapan
pertama yang keluar dari
mulut Adam. Satu ucapan
yang berisi pengertian dan
kesedaran tertinggi.
Pengertian dan kesedaran
bahawa alam ini
seluruhnya diciptakan dan
diatur oleh Allah, sebab itu
Allah selamanya harus
selalu disanjung dan
dipuji.
Para Malaikat serentak
menjawab ucapan Adam:
"Yarhamukallahu, ya
Adam." Ertinya: Allah
selalu menumpahkan
rahmatNya kepada
engkau, ya Adam, dan
selamatlah.
Para Malaikat lalu beratur
mengelilingi Adam, lalu
sujud dan menghormati
kepada Adam,
sebagaimana yang
diperintahkan oleh Allah
kepada mereka. Hanya
Iblis yang tak mahu sujud
dan tidak mahu
menghormati Adam. Dia
tetap berdiri dan
membangkang dengan
sombongnya, tidak mahu
menjalankan apa yang
diperintahkan Allah.
Allah lalu berkata kepada
Iblis itu: "Bukankah engkau
juga makhluk ciptaanKu,
yang juga harus tunduk
dan menjalankan
perintahKu? Tetapi kenapa
engkau tidak sujud dan
tidak memberi hormat
terhadap Adam
sebagaimana Aku
perintahkan?"
Iblis menjawab: "Engkau
ciptakan aku dari api dan
Adam dari tanah. Api lebih
mulia dari tanah. Itu
bererti yang aku lebih
mulia dari Adam. Maka
tidak sepatutnyalah aku
sujud dan hormat
terhadap Adam itu."
Mendengar bantahan Iblis
itu, Tuhan menjadi
marah, lalu berkata
kepada Iblis: "Tempat ini
(Syurga) bukan tempat
orang yang menyanggah
terhadap Aku. Sekarang
juga, engkau harus keluar
dari sini."
Sesudah keluar dan terusir
dari Syurga, Iblis kembali
menyanggah dan berkata
kepada Allah: "Ya, Tuhan!
Engkau usir aku dari
Syurga ini kerana Adam.
Aku bersumpah, bahawa
aku dengan semua anak
keturunanku akan
memusuhi Adam dan
semua anak dan
keturunannya buat selama
lamanya. Mereka akan aku
sesatkan. Mereka akan aku
celakakan. Aku akan ajak
dan anjurkan kepada
mereka untuk berbuat
keburukan dan kerosakan
didalam dunia ini nanti,
agar kehidupan mereka
selamanya susah dan
kacau bilau belaka."
Mendengar ancaman Iblis
itu, Allah lalu berkata:
"Untuk menghindarkan
tipu daya mu itu, kepada
manusia akan Aku beri
suatu senjata yang
ampuh, ialah akal. Akal itu
akan Aku bimbing dengan
petunjuk petunjuk
(agama), Manusia yang
tetap mempergunakan
akal dan menurut
petunjuk petunjukKu tidak
akan dapat engkau
sesatkan dan perdayakan.
Dengan akal itu, mereka
akan dapat membezakan
yang baik dan yang
buruk. Dengan tuntunan
petunjukKu, akal mereka
akan mempunyai daya
berfikir yang benar.
Sesiapa yang tak
menggunakan akal dan
tidak menurut
petunjukKu, tentu dapat
engkau goda dan
sesatkan. Ini akan
dipertanggung jawabkan
di hadapanKu nanti dihari
kemudian (Akhirat).
Mendengar keterangan
Allah itu, Iblis terdiam.
Tetapi hatinya makin
mendongkol, irihati dan
dengkinya terhadap
manusia bertambah
memuncak.
Dia berpaling kepada
Adam. Mata dan seluruh
perhatiannya sekarang ini
ditujukannya kepada
Adam. Dia ingin tahu di
mana letak kelemahan
kelemahan jasmani dan
rohani manusia. Adam
dipelajarinya dari segala
segi. Akhirnya Iblis
berkesimpulan bahawa
manusia itu selain
mempunyai kekuatan
berfikir, iaitu akal yang
amat hebat itu, juga
mempunyai banyak
kelemahan kelemahannya.
Disamping akal itu,
manusia mempunyai
nafsu. Dan nafsu itu
banyak sekali macam
ragamnya. Ada nafsu
terhadap makanan dan
minuman, ada nafsu
kelamin atau syahwat, ada
nafsu terhadap harta
benda dan kekayaan,
terhadap rumah tempat
tinggal dan kenderaan dan
ada pula nafsu terhadap
pangkat dan kedudukan
yang tinggi di tengah
tengah sesama manusia.
Ditiap tiap macam nafsu,
tabiat dan karakter,
terdapat banyak sekali
pintu pintu atau lubang
lubang kelemahan dan
setiap waktu dapat
dimasuki oleh Iblis untuk
memperdayakan dan
mengacaukan kehidupan
manusia
Setelah melihat semua
kelemahan itu, Iblis
ketawa kecut. Dia ketawa
dan gembira, kerana
berhasil melihat
kelemahan manusia.
Tetapi hatinya menjadi
kecut dan takut, bahawa
manusia disamping
mempunyai kekuatan
yang hebat, iaitu akal, juga
dengan akal itu dapat
menerima petunjuk
petunjuk Tuhan. Petunjuk
Allah itu adalah
merupakan satu benteng
berlapis waja yang tidak
mungkin dapat ditembus
oleh Setan dan Iblis.
Iblis dari semula
mengakui akan kelemahan
dirinya menghadapi
manusia yang sedar dan
iman yang berbentengkan
petunjuk Allah dalam
hidupnya. Bahkan kalau
kita manusia mengerti dan
sedar pula akan
kelemahan Iblis dan
kekuatan rahsia dari
keimanan yang penuh
terhadap Allah dan
petunjuk petunjuk Allah,
manusia akan selamat
dalam kehidupan dunia
dan akhiratnya dan akan
terhindar dari tipu
muslihat Iblis atau
kesesatan dalam hidup.
Iblis adalah satu kekuatan
ghaib yang dapat
disamakan dengan gelap.
Sedang keimanan
terhadap Allah dan
petunjuk petunjuk Ilahi
adalah pula satu kekuatan
ghaib yang dapat
disamakan dengan terang
atau cahaya. Bila suatu
tempat tidak dimasuki
oleh cahaya, pasti tempat
itu diisi oleh gelap. Bila
tempat yang gelap itu
dimasuki cahaya, pasti
gelapnya lenyap. Begitu
pulalah manusia sebagai
tempat. Bila dia kosong
dari keimanan dan
petunjuk Ilahi, akan
bermaharajalelalah Setan
dan Iblis atas dirinya.
Tetapi bila manusia
mempunyai keimanan di
dada dan selalu disiram
dengan petunjuk petunjuk
Ilahi, segala daya Iblis tak
mampu memperdayakan.
Kepada Adam diajarkan
Tuhan pengetahuan
pokok untuk dapat hidup
di permukaan bumi. Allah
mengajarkan kepada
Adam nama dari tiap
sesuatu.
Untuk sekadar
membuktikan kepada para
Malaikat, bahawa manusia
layak menjadi Khalifah
dibumi, dan patut
mendapat penghormatan
dari Malaikat, Allah lalu
memanggil Adam dan
Malaikat supaya
berkumpul.
Kepada Malaikat Allah lalu
berfirman: "Cuba kamu
sebutkan nama dari tiap
tiap sesuatu yang terdapat
di permukaan bumi itu,
sekiranya kamu
mengetahuinya."
Dengan merendahkan diri
serendah rendahnya,
Malaikat menjawab: "Maha
Suci Engkau, ya Tuhan
kami! Kami tidak
mengetahui nama nama
dari semua itu.
Pengetahuan kami hanya
sekadar apa yang Engkau
ajarkan kepada kami.
Hanya Engkau saja, ya
Allah, yang mengetahui
segala galanya."
Allah lalu berkata kepada
Adam: "Hai, Adam!
Sekarang cuba engkau
sebutkan nama dari benda
benda itu semuanya!"
Dengan segera Adam
menyebutkan nama dari
tiap tiap benda yang
dihadapkan Allah
kepadanya, di hadapan
kesemua Malaikat.
Kemudian itu Allah lalu
berfirman kepada Malaikat:
"Bukankah Aku sudah
katakan kepada kamu
sekalian, bahawa Aku
mengetahui apa yang
kamu tidak mengetahui,
tentang rahsia rahsia langit
dan bumi, Aku
mengetahui apa yang
kamu nyatakan dan apa
yang kamu
sembunyikan."
Buat Adam diberi Allah
tempat di dalam Syurga.
Makanan dan minuman
tersedia serba cukup.
Begitu juga apa saja yang
ia inginkan. Tetapi sayang,
Adam tinggal di Syurga
itu seorang diri, sebatang
kara. Tempat yang
sebagaimana bagusnya,
makanan dan minuman
yang bagaimana juga
lazatnya tidaklah
memberikan kepuasan
dan kebahagiaan yang
sempurna. Manusia
memerlukan teman,
sekalipun hanya seorang,
dengan siapa dia dapat
mengemukakan suka dan
dukanya, atau kasih dan
sayangnya. Teman inilah
yang tak dipunyai oleh
Adam, sekalipun dia
sudah mempunyai
Syurga dengan segala
kesenangannya. Sebab itu
hidupnya selalu dalam
kesepian.
Allah tahu akan
penderitaan yang berupa
kesepian yang di derita
oleh Adam di dalam
Syurga itu. Dan Allah
kasihan melihatnya. Oleh
karena itu Allah akan
menciptakan makhluk
baru yang sama dengan
Adam, tetapi jenis wanita,
untuk menyempurnakan
segala kekurangan dan
kesepian dalam hidup
Adam, untuk menjadi
isterinya. Dengan tujuan
yang lebih tinggi, ialah
untuk meramaikan
permukaan bumi, untuk
membuat sejarah
kebudayaan yang lebih
menarik.
Sejurus kemudian, Adam
mengantuk, lalu tertidur.
Di kala dia tertidur itulah,
Allah s.w.t. menciptakan
manusia kedua, jenis
wanita, isteri Adam yang
bernama Hawa. Setelah
Adam terbangun dan
membuka kedua
matanya, dia melihat
seseorang berdiri di
samping, orang yang
belum pernah dilihat
Adam sebelumnya.
Orang itu dipersilakan
Adam duduk di
sampingnya, dan
kepadanya Adam lalu
bertanya: "Siapakah
engkau, dan siapa
namamu?" Hawa
menjawab: "Saya adalah
wanita, dan aku belum
tahu akan namaku
sendiri." Bukan main
senang dan gembiranya
Adam melihat wanita itu
berkata dan menggerak
gerakkan badannya.
"Engkau aku beri nama
Hawa ertinya: Orang yang
aku rindukan," kata Adam
kepadanya.
Para Malaikat datang dan
bertanya kepada Adam:
"Siapakah nama temanmu
itu, ya Adam?"
"Namanya Hawa," sahut
Adam.
Dengan isterinya yang
bernama Hawa ini
hilanglah kesepian dalam
hidup Adam. Keduanya
hidup berbahagia di dalam
Syurga, aman dan
tenteram, tak kenal takut
dan lelah, makan-minum
sepuas puasnya, kerana
segala galanya tersedia
serba cukup.
Allah lalu berfirman
kepada Adam: "Hai,
Adam! Tinggallah engkau
dengan isterimu di dalam
Syurga ini. Makan dan
minumlah sepuas
puasnya. Tetapi awas,
janganlah engkau berdua
memakan buah dari
pohon ini. Bila engkau
berdua memakannya,
bererti engkau berdua
melanggar perintahKu,
dan engkau berdua akan
mengalami kerugian
besar, dan bererti aniaya
terhadap dirimu sendiri."
Selain buah Khuldi itu, di
dalam Syurga terdapat
banyak dan bermacam
ragam buah buahan.
Semuanya boleh dimakan
oleh Adam dan Hawa.
Hanya buah Khuldi itu saja
yang dilarang oleh Allah
memakannya, agar
dengan larangan itu,
dapatlah Adam dan Hawa
menahan hawa nafsunya,
dan dengan adanya
larangan itu Adam dan
Hawa diuji tentang ingatan
dan ketaatannya terhadap
Allah. Kerana hanya
dengan ketaatan inilah
Allah dapat memberikan
kesempatan bagi manusia
untuk tetap tinggal di
dalam Syurga bersenang
senang dan berbahagia.
Allah memberikan
peringatan kepada Adam
dan Hawa agar keduanya
menjauhkan diri dari Iblis,
jangan sampai
menurutkan anjuran dan
ajakan Iblis, karena Iblis
sudah terang terang
menyatakan dirinya
sebagai musuh Adam dan
anak cucunya buat selama
lamanya, dan akan selalu
sedaya upaya siang dan
malam dengan tidak rasa
letih dan tidak bosan
bosan, untuk menjauhkan
Adam dan semua anak
cucunya dari kebahagiaan
hidup.
Allah berfirman kepada
Adam: "Hai, Adam! Iblis
itu adalah musuhmu dan
musuh isterimu. Dia akan
selalu menggoda engkau
berdua agar engkau
berdua terusir pula dari
Syurga ini, sehingga
engkau berdua hidup
sengsara. Di Syurga ini
engkau berdua dapat
hidup bahagia, tidak akan
menderita lapar dan
susah."
Begitulah Adam dan Hawa
tinggal di dalam Syurga.
Hidup senang dan
bahagia, riang dan
gembira. Sedang Iblis
yang sudah diusir dari
Syurga, selalu berikhtiar
untuk dapat masuk
Syurga kembali, guna
menipu dan
memperdayakan Adam
dan isterinya.
Pada suatu kali, Iblis
berhasil dapat masuk ke
dalam Syurga, bertemu
dengan Adam dan
isterinya. Iblis segera
membujuk dengan
berkata: "Hai, Adam! Aku
datang untuk memberi
nasihat yang baik
kepadamu. Mahukah
kamu aku tunjuk, bahawa
di sana itu ada satu pohon
yang amat lazat cita rasa
buahnya. Bila buah yang
lazat itu engkau makan,
maka engkau dapat
tinggal tetap di dalam
Syurga ini buat selama
lamanya, dan Syurga ini
dapat engkau miliki
sebagai satu kerajaan
yang tak akan rosak buat
selama lamanya bagi
engkau berdua."
"Buah apakah gerangan
yang engkau maksudkan
itu?" tanya Adam kepada
Iblis. Iblis menunjuk ke
arah pohon Khuldi yang
sudah dilarang oleh Allah
memakannya. Melihat
isyarat Iblis itu, tahulah
Adam bahawa Iblis sudah
mulai menggoda dan
menyesatkannya. Adam
lalu berpaling menjauhkan
diri dari Iblis.