Azar, begitulah nama
bapa Nabi Ibrahim. Juga
seorang yang dengan
asyik menyembah batu
batu patung, bahkan
orang yang membuat
patung patung itu dan
menjualnya untuk
disembah manusia yang
membelinya.
Ibrahim tahu, bahawa
bapanyalah manusia yang
paling dekat kepadanya.
Sebab itu bapanya sendiri
itulah yang harus pertama
kali ditunjuki dan
dihindarkannya dari
kesesatan, diberi nasihat
sepanjang apa yang
diajarkan Allah kepadanya.
Terhadap bapanya itu,
Nabi Ibrahim sangat hati
hati, sebagai penasihat,
tetapi pula sebagai anak,
Nabi Ibrahim sekali kali
tidaklah menghina atau
merendahkan akan apa
apa yang disembah
bapanya itu. Di aturlah
oleh Ibrahim kata kata
dengan susunan yang
paling baik dan menarik
hati, dikeluarkan kalimat
demi kalimat yang sudah
diaturnya itu dengan
suara yang lunak,
berlemah lembut,
bersopan santun, dengan
cara yang penuh hormat
sekali kepada orang
tuanya sendiri.
Mula mula sekali
disebutkannya bahawa dia
sendiri adalah anak dari
bapanya itu sendiri.
Kemudian mulai Ibrahim
bertanya pertimbangan
dan alasan alasan apakah
yang menyebabkan
bapanya menyembah
batu patung itu. Akhirnya
dengan cara yang halus,
dinyatakannya kepada
bapanya, bahawa dia
mendapat ilmu dan
wahyu dari Allah,
mendapatkan keterangan
keterangan yang tidak
didapat oleh bapanya
sendiri.
Dengan hormat dan
khidmat, budi dan sopan,
tutur demi tutur kata yang
teratur, Ibrahim mengajak
bapanya sendiri untuk
percaya kepadanya, untuk
sama sama mengenal
Allah bersama dia,
kemudian agar
menyembah Allah dan
meninggalkan batu
patung yang tak
mendatangkan sesuatu
apapun itu.
Tetapi bagaimana juga
dicuba oleh Ibrahim untuk
menarik hati bapanya, sia
sia belaka. Bapanya bukan
bertambah insaf dan dekat
dengan pendiriannya,
malah bertambah sesat
dan jauh dari yang dicita
citakan Ibrahim sendiri.
Akhirnya bapanya berkata:
Apakah engkau benci
kepada tuhanku, hai
Ibrahim? Kalau engkau
tidak kembali dari tindakan
engkau itu engkau akan
saya lontar dengan batu,
akan saya hancurkan
badanmu itu. Engkau akan
tahu sendiri bagaimana
jadinya kalau saya sudah
marah. Sebelum saya
marah, lebih baik engkau
pergi saja, tidak ada
tempat lagi buatmu di
rumahku ini, dan tidak ada
pula tempat bagimu
dalam hatiku.Semua sanggahan dan
bantahan bapanya itu,
disambut oleh Ibrahim
dengan dada yang lapang,
ketenangan hati, ketetapan
jiwa. Kepada Ibrahim tidak
dibolehkan oleh Allah
bertindak lebih jauh selain
menjawab semua itu
dengan apa yang
diwahyukan Tuhannya:
Salamku dan selamat
tinggal kepada bapa, saya
mohon ampunan Tuhan
bagi bapa, kerana bapaku
harus kuhormat, dan aku
mohonkan ampun
bagimu hai kaumku atas
apa yang kamu sembah
selain Allah, dan aku
berdoa kepada Tuhanku,
mudah mudahan Tuhan
tidak menjadikan doaku ini
pangkal kesengsaraan.
Nabi Ibrahim berangkat
dan pergi dengan sedih
memukul hatinya, kerana
anjurannya tidak dapat
disambut dengan telinga
terbuka oleh bapanya
sendiri. Dia mengasingkan
diri dari bapanya, agar
jangan ikut serta
menyaksikan kesesatan
dan kesyirikan itu.