Ibrahim pergi dengan
tongkatnya. Meninggalkan
kampung halaman dan
bangsanya. Mencari orang
yang sekiranya mahu
mendengarkan kata
katanya. Kalau orang yang
dicari itu tidak ada di
kalangan bangsanya
sendiri, dari kalangan
bangsa dan negeri lain
pun jadi. Hanya untuk
sama sama menyembah
Allah. Sama sama
meninggalkan kesesatan
dan kejahatan.
Di gunung dan padang
pasir yang tandus, Nabi
Ibrahim berjalan. Di kala
matahari sudah terbenam,
dan malam sudah datang,
gelap-gelita telah menutup
dan menyelubungi bumi,
maka tampaklah
berkerlipan beribu ribu
bintang di langit yang luas
itu. Dilihatnya orang orang
yang dijalaninya itu
menyembah akan bintang
bintang.
Nabi Ibrahim berkata
kepada mereka: Ya, itulah
tuhan saya ! Di sini
tampak bagaimana
caranya Nabi Ibrahim
mengajar kepada orang
berkepercayaan bintang
sebagai tuhan.
Diturutkannya
kepercayaan orang itu
sejenak, untuk dibawanya
ke arah yang benar
dengan cara berkata kata
dan bercengkerama
belaka.
Kemudian ketika bintang
yang berkelip kelip itu
telah tenggelam, maka
Ibrahim memperlihatkan
marahnya kepada bintang
bintang itu di hadapan
mereka yang
menyembah bintang itu
sendiri dengan berkata:
Saya tidak suka kepada
tuhan yang meninggalkan
aku dalam gelap, yang
berpindah pindah, dan
berubah ubah. Aku sekali
kali tidak cinta kepada
tuhan yang demikian itu.
Ketika itu muncullah bulan
purnama dengan
wajahnya yang bulat,
cahayanya yang terang,
jauh lebih terang dari
cahaya bintang bintang,
karena lebih besar. Lalu
Ibrahim berkata kepada
mereka: Inilah tuhanku !
Iaitu semacam kata kata
untuk membawa dan
membimbing perasaan
mereka ke jalan yang
benar.
Tetapi bulan itupun
akhirnya tenggelam pula,
sehingga tinggallah
Ibrahim dan kawan
kawannya itu tanpa bulan,
gelap-gelita. Ketika itu
berkata pulalah Ibrahim di
hadapan mereka: Kalau
tuhan itu tidak menerangi
saya lagi, tentu tersesat
jalanku. Ia menerangkan
kepada mereka, bahawa
Tuhan yang sebenarnya
harus memberi
penerangan, menunjuk
jalan yang benar. Sedang
bulan itu timbul dan
tenggelam, tidak
selamanya menerangi.
Apalagi setelah Ibrahim
melihat matahari dengan
sinarannya yang
membahang itu. Dengan
kagum dan tercengang
hebat di hadapan orang
banyak itu ia berkata:
Inilah tuhanku ! Lihatlah
cahayanya yang
memenuhi angkasa dan
dunia, sehingga bumi
penuh dengan perasaan
hidup dan bahagia
kerananya. Jauh lebih
besar dari bintang dan
bulan, lebih banyak
manfaat.
Tetapi akhirnya matahari
itupun tenggelam pula,
dengan lebih marah lagi
berkata Ibrahim terhadap
matahari, bahawa dia
bukan Tuhanmu dan
sungguh sesat orang
yang menyembah mata-
hari itu. Di situ
diterangkanlah oleh
Ibrahim, bahawa bintang,
bulan dan matahari itu
sendiri dijadikan oleh Allah
Yang Maha Kuasa. Allah
inilah yang seharusnya
kita sembah, kita hormati
dan kita puja. Setelah
memaklumkan kepada
mereka, bahawa dia tidak
akan mengikuti
menyembah bintang
bintang, bulan dan
matahari, lalu dia berkata:
Saya menghadapkan
muka saya hanya
terhadap Tuhan yang
telah menjadikan langit
dan bumi, dan saya tidak
termasuk orang orang
yang syirik.Negeri Syam yang didiami
Ibrahim itu, tiba tiba
mendapat bahaya
penyakit menular, dan
penghidupan di situ
bertambah lama
bertambah sempit dan
sulit. Kerananya lbrahim
dan isterinya yang
bernama Sarah,
meninggalkan tanah
Syam (Palestin, atau
Suria), menuju ke Mesir.
Sedang di Mesir ketika itu
memerintah seorang Raja
dengan kekerasan atau
kemahuan diri sendiri
saja.
Sarah adalah seorang
perempuan cantik sekali
parasnya. Dan
kecantikannya inilah yang
membawa satu kejadian
yang tidak
menggembirakan
terhadap keluarga
Ibrahim. Raja Mesir yang
gagah perkasa itu tertarik
hati setelah memandang
wajah Sarah. Ibrahim lalu
dipanggilnya ke istana.
Ditanya oleh Raja tentang
perhubungannya dengan
perempuan itu, maka dia
selamanya berdua duaan
ke mana saja mereka
pergi.
Ibrahim mengerti akan
maksud Raja, dan apa
yang terkandung dalam
hati Raja itu. Kalau
dijawabnya bahawa Sarah
itu adalah isterinya,
mungkin jawapan yang
demikian itu menimbulkan
bencana terhadap dirinya
atau terhadap isterinya
sendiri. Lalu
dijawabnyalah dengan
jawapan yang tidak
sebenarnya dengan
mengatakan bahawa
perempuan itu adalah
saudaranya, saudara
dengan pengertian seluas
kata, saudara dalam
keturunan, saudara dalam
agama, saudara dalam
bahasa dan saudara
dalam kemanusiaan.
Dengan jawapan ini,
ternyata kepada Raja yang
perempuan itu belum
mempunyai suami, lalu
Ibrahim dan perempuan
itu diperintahkan untuk
tinggal dalam istana Raja.
Ibrahim pun datang
mendapatkan isterinya
membawa khabar yang
tidak baik ini dengan
berkata: Khabar yang saya
bawa ini adalah khabar
yang tidak dibuat buat,
dan saya tidaklah main
main. Lalu diterangkannya
apa-apa yang terjadi dan
berlaku antara dia dan
Raja, apa perintah yang
diperintahkan Raja itu. Dan
tidak ada daya upaya
berhadapan dengan Raja
perkasa yang aniaya itu
selain menyerahkan diri ke
hadrat Allah, sebagaimana
yang sudah terjadi di
masa yang silam.
Ibrahim terpaksa dengan
tangannya sendiri
menyerahkan isterinya
kepada Raja yang aniaya
itu. Sarah sudah
diserahkan kepada Raja
dalam istana dengan
menyerahkan nasib, dan
keadaan selanjutnya
hanya kepada Allah
semata mata.
Setiba di istana, kepada
Sarah dengan segera
diberikan pakaian dan
perhiasan yang sebagus
bagus dan semahal
mahalnya. Tetapi tampak
di wajahnya yang dia
sendiri tidak suka tinggal
di istana itu, tidak suka
kepada semua pemberian
yang berupakan pakaian
dan perhiasan yang cantik
cantik itu. Istana yang
molek, pakaian dan
perhiasan yang
bagaimana mahalnya itu
tidak dapat melupakan dia
kepada suaminya sendiri,
yang dipisahkan dengan
dia bukan karena
kesalahan atau perbuatan
yang tak baik, tetapi hanya
kerana kemahuan seorang
Raja yang gagah perkasa,
kerana hanya nafsu dari
seorang manusia yang
mengaku Raja itu.
Dia berserah diri bulat
bulat kepada Allah,
memegang teguh akan
ajaran agamanya, lalu
duduk bertumpang dagu
dengan sedihnya.
Sering sering Raja masuk
ke tempat Sarah melihat
kalau Sarah telah menjadi
riang dan gembira, untuk
dihampirinya. Tetapi
setiap kali Raja masuk,
Sarah terperanjat dan
bertambah sedih.Berbagai
bagai jalan diusahakan
oleh Raja itu agar Sarah
hilang sedihnya, timbul
gembira hatinya, tetapi
semua daya upaya dan
usaha Raja itu sia sia
belaka.
Setelah penat dan letih
menjalankan berbagai
ikhtiar, akhirnya dengan
badan yang lelah, Raja itu
lalu tidur di atas tempat
tidurnya. Dari tidurnya itu
dia bermimpi, di mana
dinyatakan dalam
mimpinya itu. bahawa
Sarah itu yang
sebenarnya telah
mempunyai suami
sendiri, iaitu Ibrahim yang
mengaku saudaranya itu.
Setelah terbangun dari
tidurnya, maka Raja itu
menetapkan akan
melepaskan Sarah dan
menyerahkannya kembali
kepada suaminya, iaitu
Nabi Ibrahim. Dengan
jalan begitulah Allah
melindungi Sarah dari
fitnah yang amat besar
itu.
Lama Ibrahim dan
isterinya tinggal di Mesir.
Ibrahim dengan segala
sifat sifatnya yang terpuji
itu, berusaha mencari
rezeki untuk hidupnya.
Rezeki banyak, sahabat
kenalannya pun banyak
pula. Dia sekarang sudah
menjadi orang yang kaya,
banyak binatang binatang
ternaknya dan banyak
pula harta bendanya.
Karena nikmat Allah yang
berlipat-ganda ini,
banyaklah manusia asli
anak negeri sendiri yang
menjadi dengki dan hasad
terhadap Nabi Ibrahim.
Bukan hanya hasad dan
dengki dalam hati, tetapi
tampaknya mereka telah
memutuskan akan
menjalankan sesuatu
yang akan mencelakakan
terhadap Ibrahim dan
isterinya. Nabi Ibrahim
terpaksa pula
meninggalkan negeri
Mesir yang hanya
memberinya harta
kekayaan dan tidaklah
dapat memberikan
kebahagiaan itu.
Nabi Ibrahim kembali
menuju ke Palestin,
tempat yang sudah lama
ditinggalkannya itu. Sejak
mulai saat itu,
dijadikannyalah Palestin itu
tanah airnya sendiri. Dan
kota yang ditempati itu
dijadikan tempat suci
untuk menyembah Allah.
Lama sekali Ibrahim
tinggal di Palestin
sehingga dari
keturunannya inilah boleh
di katakan semua Nabi
dan Rasul yang datang
kemudian.