Kisah Nabi Isa
April - September 2011
Semasa masih remaja
puteri bercita-cita beroleh
anak, sampai tua dan
beruban belum juga
dianugerahi Allah seorang
anak pun. Cita cita untuk
beroleh anak inilah yang
selalu menggoda
ketenangan hati dan
kebahagiaan hidup
perempuan tua yang kita
ceritakan ini, iaitu isteri
Imran.
Lebih lebih ketika matanya
menuju memandang
burung burung yang
dengan riang gembira
berterbangan ke sana ke
mari dengan anak
anaknya, berkicauan dan
bersiul siul, berebut ulat
dan buah buahan.
Demikian pula perempuan
tua mi melihat perempuan
perempuan lain sedang
menggendong dan
membuaikan anak anak
bayi mereka, membelai
dan menyanyikan anak
yang menjadi buahati
mereka, dengan
kasihsayang dan
kegembiraan penuh.
Apalagi melihat anak anak
orang yang sudah besar
besar, datang dan pergi
bila dipanggil dan disuruh
ibu bapaknya. Sedang
perempuan tua ini hidup
sebatang kara hanya
dengan suami yang
sudah tua dan sepi,
kerana tidak seorang anak
pun yang berada di
samping keduanya untuk
memecahkan kesepian
hidupnya itu.
Siang menjadi angan
angan, malam menjadi
buah mimpi, sehingga
sudi dan rela hatinya
mengorbankan apa saja
yang ada padanya asal
saja dia dapat beroleh
seorang anak yang terdiri
dari darah dan dagingnya
sendiri. Anak, sekali lagi
anak dan seterusnya
anaklah yang menjadi
impian dan idamannya
sepanjang masa.
Siang berganti malam,
hari berganti bulan, bulan
berganti tahun dan sudah
berpuluh puluh tahun
konon lamanya, cita cita
ini tetap menjadi cita cita
saja, namun dia belum
juga beroleh yang
dicitakannya itu. Hatinya
mulai kesal, rasa putusasa
mulai bertunas dalam
kalbunya, kerana umur
yang dicapainya ini
rasanya tidak
memungkinkan lagi untuk
beroleh anak, fikirnya.
Tidaklah bererti bahawa
cita citanya itu telah
padam. Tidak, malah
bertambah hebat dan
bernyala nyala juga.
Akhirnya dia
menghadapkan muka dan
seluruh jiwaraganya
kepada Allah Yang Maha
Kuasa, yang menjadikan
langit dan bumi.
Berdoalah dia dengan
khusyu dan khudhu agar
kiranya Allah Yang Maha
Kuasa dan Maha Pengasih,
yang mendengar segala
doa yang sanggup
membuat apa
kehendakNya,
mengurniainya jua
dengan seorang anak.
Untuk menguatkan
doanya ini, ia bernazar,
berjanji kepada Allah
tempat dia meminta itu,
bahawa bila doanya mi
terkabul, maka anak yang
akan diperolehinya itu,
akan didermakannya bulat
bulat tanpa syarat untuk
Rumah Suci Baitul Maqdis,
sebagai abdi Allah dan
pengawal Rumah Suci itu.
Tidak akan dipekerjakan,
selain untuk mengabdikan
diri dan menyembah Allah
semata di tempat. suci itu.
Allah mendengar dan
mengabulkan doa
perempuan tua itu.
Perempuan tua itu mulai
merasakan sesuatu yang
bergerak dalam rahimnya.
Bukan main girang dan
senang hatinya. Dunia
yang mulanya gelap gelita
dan lapuk dalam
pemandangannya,
kembali menjadi terang
dan muda dalam
pandangannya, penuh
dengan cahaya terang
benderang. Hilang
rasanya segala pandangan
gelap dan kegelisahan hati
selama itu.
Duduklah dia di samping
suaminya (Imran) dan
menerangkan apa yang
terasa dalam
kandungannya itu. Dan
mata suaminya yang
sudah tua itu terpancarlah
cahaya kegembiraan yang
kilau kemilau, diiringi oleh
beberapa titis airmata
tanda kegembiraan yang
tidak terhingga hebatnya.
Tetapi......, riang dan sedih
tidak ada yang kekal di
atas dunia ini. Dalam
keadaan riang gembira
yang penuh nikmat itu,
seakan akan berada dalam
mimpi menunggu
kelahiran seorang putera
yang sudah lama dicita
citakan itu, tiba tiba
kegembiraan dan
kenikmatan perasaan itu
berganti dengan nasa
sedih dan pilu, kerana
suaminya yang tua yang
dicintainya itu pulang ke
rahmatullah, menemui
Tuhannya sebelum dapat
melihat dengan biji
matanya, akan anak yang
ditunggu tunggu dan
diidam idamkannya itu.
Tinggallah perempuan tua
itu seorang diri,
diselubungi oleh perasaan
sedih dan pilu ditinggalkan
suami yang sangat
dicintainya, sekalipun
dalam dadanya penuh
rasa harap dan gembira,
bersemi pula memenuhi
kalbunya menanti nanti
kelahiran sang bayi dan
kandungannya, yang
sudah sekian lama diidam
idamkannya.
Belum pernah kiranya
seorang manusia di dunia
ini yang diserang rasa
sedih dan pilu bersamaan
waktunya dengan
perasaan gembira dan
nikmat, sebagai
perempuan tua janda
Imran ini.
Dengan perasaan sedih
bercampur gembira dan
harap itu dia merasakan
bahawa dia sudah dekat
bersalin. Segala sesuatu
disiapkannya, lalu
kandungannya itupun
lahirlah.
Setelah diketahuinya,
bahawa bayi yang
dilahirkannya itu adalah
perempuan, dia pun
mengeluh lagi, kerana
bukanlah sebagai yang
dicita citakannya selama
ini. Seorang perempuan
tentu tidak dapat dijadikan
abdi Rumah Suci Baitul
Maqdis, fikirnya.
Dengan perasaan duka
dan sedih pula, bayi yang
baru lahir itu diberi nama
dengan nama yang sudah
diwahyukan Tuhannya;
iaitu Mariam yang bererti
Pengabdi Tuhan.