Kisah Nabi Isa - Halaman 7
April - September 2011
Iman al-Kisaie (Abu Bakar
Muhammad bin Abdullah)
yang hidup dalam abad ke
11 Masihi, dan menulis
kitab Qisasul Anbiya,
bahawa Nabi Isa a.s.
pernah melalui
(menjumpai) suatu
kelompok manusia yang
sedang menangkap ikan.
Nabi Isa lalu memberikan
pelajaran kepada mereka,
agar mereka jangan
hanya hidup untuk
didunia ini saja.
Diterangkannya pula
kepada mereka tentang
kehidupan diakhirat
dengan Syurganya, dan
ajaran-ajaran serta
kepercayaan lainnya.
Akhirnya empat orang
dari kaum penangkap ikan
ini beriman kepada Isa a.s.
dan menjadi pengikutnya.
Mereka itu ialah Syimun
dan saudara lelakinya
yang bernama Andirius,
Yaqub dan Yuhanna.
Kemudian Nabi Isa a.s.
melalui pula suatu
kelompok manusia yang
sedang mencuci pakaian
mereka disungai. Nabi Isa
berkata kepada mereka:
Hai kaum, kamu mencuci
pakaian itu dan
membersihkannya dan
kotoran-kotoran yang
melekat padanya. Apakah
kamu tidak mahu
membersihkan hatimu
itu? Mereka pun beriman
dan menjadi pengikut Isa
a.s. Mereka adalah: Lukas,
Thomas, Markus dan
Yuhanna dan beberapa
saudara mereka yang
masih kecil, di antaranya
juga yang bernama
Syimun dan Yaqub.
Mereka itu semualah yang
menjadi pengikut-
pengikut yang setia dan
yang disebut Hawariyun
dalam al-Quran menurut
al-Kisaie. Mereka semua
berjumlah 12 orang.
Akhirnya datang pula
seorang lainnya yang
bernama Judas, yang
belum pernah
mendengarkan akan
perkataan-perkataan atau
ajaran Isa a.s., tetapi turut
beriman kerana ajakan
orang-orang yang telah
beriman lebih dahulu.
Hanya setelah Isa dan
pengikutnya mengalami
pengepungan yang amat
kritikal sebagai yang telah
kita terangkan sebelum ini,
Judas ini murtad,
menyeleweng,
meninggalkan Isa dan
pengikut-pengikutnya lalu
mengkhianati Isa a.s
dengan memberitahukan
tempat persembunyian
Nabi Isa kepada musuh-
musuhnya, iaitu orang-
orang Yahudi, sehingga
mereka menyerbu tempat
persembunyian itu.
Menurut sejarah, Nabi Isa
diangkat Allah menjadi
Nabi dan Rasul dalam
umur 30 tahun. Setelah
menyiarkan ajarannya
selama tiga tahun atau
lima tahun, terjadilah
pengepungan, yang
menurut kaum Nasrani,
Isa tertangkap dan disalib.
Jadi Nabi Isa menyebarkan
ajarannya itu hanya dalam
waktu tiga atau lima tahun
saja, yang selalu diancam
oleh orang Yahudi untuk
dibunuh, sehingga
menjadikan Nabi Isa selalu
berpindah-randah tempat
untuk menghindari
penangkapan atau
pembunuhan terhadap
diri beliau. Kerana keadaan
yang demikian itu,
pengikut-pengikutnya
tidak banyak, dan
pelajaran yang
disampaikannya pun tidak
teratur, serta orang-orang
yang menerima pelajaran
dari beliau itu berbagai-
bagai peringkat
kecerdasannya, berbagai-
bagai pula lamanya
masing-masing mereka
bergaul dengan Isa al-
Masih a.s.
Sesudah Nabi Isa as.
diangkat Allah ke langit,
maka hanya tinggal para
pengikut yang setia ini
sajalah, yang dengan
sekadar ilmu yang ada
pada masing-masing
mereka, mereka ajarkan
lagi ajaran Isa al-Masih a.s.
itu. Juga dalam keadaan
bersembunyi, tidak aman
dan tidak bebas.
Diantara mereka, ada pula
yang menuliskan apa
yang mereka ketahui itu.
Dan dari tulisan-tulisan
mereka inilah nantinya
yang dijadikan Kitab Suci
yang mereka namai Injil.
Masing-masing Injil itu
mereka namai dengan
nama penulisnya. Di
antaranya ada Injil
Mathius, Injil Yuhanna,
Injil Lukas, Injil Barnaba
dan banyak lagi Injil-injil
yang lainnya. Tentu saja
Injil-injil itu tidak sama
antar satu sama lain,
sebab hanya merupakan
catatan dari masing-
masing pencatat saja,
selama mereka bergaul
dengan Nabi Isa, atau
semata-mata hanya
khabar atau cerita yang
sampai kepada mereka
saja tentang Nabi Isa a.s.
Sebab tidak semua penulis
Injil itu adalah Sahabat
(Hawari), malah banyak
pula penulis-penulis Injil
yang tidak pernah
bertemu samasekali
dengan Isa, bahkan tidak
pula dengan para Sahabat
atau Hawari.
Tidak hairanlah kalau
beberapa abad kemudian,
ajaran yang diajarkan
mereka menjadi
bersimpang-siur,
menjadikan mereka
berpecah-belah tentang
kepercayaan. Ada diantara
mereka yang mengatakan
bahawa Isa al-Masih a.s.
adalah sebagai Nabi dan
Rasul sebagaimana juga
Nabi-nabi dan Rasul-rasul
yang datang sebelumnya.
Tetapi ada pula diantara
mereka yang
melebihkannya kerana Isa
tidak punya bapa,
menganggap Isa sebagai
anak Allah. Juga tentang
ibunya yang bernama
Mariam dan Malaikat Jibril
(Ruhul Kudus) yang
mendatangi Mariam.
Bahkan timbul
kepercayaan yang
mengatakan bahawa Isa
adalah Allah yang
menjelma menjadi anak
manusia melalui perut
seorang wanita suci iaitu
ibunya, Mariam. Bahkan
timbul lagi kepercayaan
bahawa Malaikat Ruhul
Kudus yang
menyampaikan berita
kelahiran Isa kepada
Mariam itupun adalah
Allah menjelma pula.
Akhirnya timbullah
kepercayaan Trinitas; iaitu
Allah Bapa, Allah Putra
dan Allah Ruhul Kudus.
Oleh orang-orang yang
datang kemudian
ditafsirkan bahawa Allah
Bapa itu Tuhan 100%,
Allah Putra, iaitu Jesus
(Isa) itu Tuhan 100% dan
Allah Ruhul Kudus
(Malaikat Jibril) adalah
Tuhan 100% pula. Bahkan
ada yang mempercayai
bahawa Mariam ibunya,
adalah Tuhan pula, sebab
ia melahirkan Tuhan iaitu
Tuhan Jesus.
Kekacauan yang menimpa
pengikut-pengikut Isa al-
Masih a.s. itu
menimbulkan kekacauan
yang menyebabkan
pertumpahan darah yang
terus-menerus dalam
waktu berabad-abad
lamanya dikalangan
mereka. Sehingga
manusia berada kembali
dalam kegelapan, iaitu
kegelapan kepercayaan.
Untuk melenyapkan
kegelapan itulah akhirnya
diutus Allah Nabi dan
Rasul terakhir, iaitu
Muhammad s.a.w.
dengan membawa Kitab
Suci al-Quran, untuk
membetulkan semua kitab
yang salah, yang
dianggap orang Kitab-
kitab Suci, yang ada
tersebar sebelum lahirnya
Nabi Muhammad s.a.w.
Diantara ayat-ayat al-
Quran yang ada
hubungannya dengan
kepercayaan-kepercayaan
orang yang mengaku
pengikut Nabi Isa a.s.
berbunyi sebagai berikut
(ertinya): Berkata Isa:
Sesungguhnya aku ini
adalah hamba Allah. Allah
beri kepadaku Kitab, dan
Allah menjadikan aku
Nabi. Allah jadikan aku
orang yang berbakti
dimana saja aku berada.
Allah wajibkan kepadaku
mendirikan sembahyang,
dan mengeluarkan zakat
selama aku hidup. Allah
jadikan aku berbakti
terhadap ibuku, dan Allah
tidak jadikan aku menjadi
orang sombong dan
celaka. Dan keselamatan
tercurah atasku pada hari
aku dilahirkan, serta pada
hari matiku, dan pada hari
aku dibangkitkan hidup
diakhirat nanti. Ya itulah
Isa anak Mariam. Allah
firmankan perkataan-
perkataan yang penuh
berisi kebenaran, kerana
banyak manusia yang
berselisih tentang dia dan
ragu-ragu. Tidaklah layak
bagi Allah mempunyai
anak. Maha Suci Ia. Bila Ia
menghendaki sesuatu, Ia
hanya berkata: Jadilah,
maka terjadilah sesuatu
yang dikehendakiNya itu.
(Berkata Isa):
Sesungguhnya Allah
adalah Tuhanku dan
Tuhan kamu, maka
sembahlah Ia (Allah saja),
inilah jalan yang lurus
(benar). Maka timbullah
perselisihan diantara
golongan manusia. Maka
celaka besarlah orang-
orang kafir dihari yang
amat hebat nanti. Dihari
itu mereka akan datang
kepada Kami, dan
alangkah terangnya
mereka dapat mendengar
dan melihat dihari itu.
Tetapi orang-orang zalim
yang hidup sekarang ini
tetap dalam kesesatan
yang nyata. Dan
ancamlah mereka (Hai,
Muhammad) dengan
kepastiannya hari yang
penuh dengan dukacita
itu, iaitu tatkala sudah
diputuskan segala perkara.
Mereka tetap lalai dan tidak
mahu percaya.
Sesungguhnya Kamilah
yang memiliki bumi dan
apa-apa yang terdapat
diatasnya. Dan akhirnya
kepada Kami jualah
mereka itu akan kembali.
(Mariam: 3040)
Dan ingatlah ketika Isa
Anak Maryam berkata:
Hai, Bani Israel,
sesungguhnya aku ini
Rasul Allah yang diutus
kepada kamu,
membenarkan apa yang
dihadapanku (iaitu Kitab
Taurat) dan memberi
khabar gembira akan
kedatangannya seorang
Rasul sesudahku
namanya Ahmad (iaitu
Muhammad). Tetapi
tatkala Rasul itu datang
kepada mereka
membawa keterangan,
mereka berkata: Ini adalah
sihir semata." (as-Saff: 6)
Hai, Ahli Kitab (Yahudi dan
Nasrani), sungguh sudah
datang kepadamu Rasul
Kami (Nabi Muhammad)
menerangkan banyak
perkara yang kamu
(nenek-moyangmu)
sembunyikan dan isi al-
Kitab (Taurat dan Injil) dan
banyak pula yang kamu
hapuskan (kerana
memberatkan kamu)
sesungguhnya telah
datang kepadamu cahaya
yang terang dan Kitab
Suci (al-Quran dan Allah).
(al-Maidah: 5)
Hai, Ahli Kitab, janganlah
kamu melampaui batas
dalam agamamu.
Janganlah kamu berkata
tentang Allah selain
perkataan yang benar.
Sesungguhnya ia Anak
Mariam itu adalah Rasul
Allah dan (kejadian Isa itu
adalah disebabkan)
kalimahNya, yang
diletakkan pada Mariam
(untuk menghamilkannya)
bersama roh
daripadaNya. Berimanlah
kamu kepada Allah dan
RasulNya. Janganlah kamu
katakan Allah itu bertiga
(Trinitas). Berhentilah
kamu dan perkataan yang
demikian, itu lebih baik
bagimu. Sesungguhnya
Allah hanya Satu (Maha
Tunggal). Maha Suci Ia
daripada mempunyai
anak. KepunyaanNyalah
apa saja yang ada dilangit
dan apa yang ada di
bumi. Dan cukuplah Allah
itu saja sebagai Pelindung
(Saksi). (an-Nisa: 171)
Berkata orang-orang
Yahudi: Uzair anak Allah.
Dan berkata orang-orang
Nasrani: Isa al-Masihi anak
Allah. Yang demikian itu
adalah omongan mereka
dengan mulut mereka,
menyerupai perkataan
orang-orang kafir yang
dahulu, yang telah
dibinasakan oleh Allah.
Hairan mengapa mereka
dipalingkan begitu rupa.
Mereka menjadikan guru-
guru dan pendita-pendita
mereka sebagai Tuhan
selain Allah. Dan begitu
juga terhadap Isa Al-
Masihi Anak Mariam.
Padahal mereka tidak
diperintah selain untuk
menyembah Allah yang
Maha Esa, yang tiada
Tuhan selain Dia. Maha
Suci Ia dan apa-apa yang
mereka sekutukan.
(at-Taubah: 3031)
Maksud turunnya Isa itu
adalah untuk
menerangkan kepada
orang-orang yang
mengaku mengikuti
pelajaran Nabi Isa, tetapi
telah membelok dari
ajaran Nabi Isa yang
sebenarnya. Lebih-lebih
untuk menegaskan
kepada mereka bahawa
Isa tidak pernah
mengajarkan bahawa dia
adalah Tuhan atau anak
Tuhan dan untuk
menegaskan kepada
ummat manusia, bahawa
Muhammad s.a.w. adalah
Rasul Allah yang terakhir
yang harus diimani dan
diikuti dan bahawa al-
Quran al-Karim adalah
Kitab Suci yang
mencakupi seluruh Kitab-
kitab Suci yang
sebelumnya dan bahawa
Islam adalah ajaran
semua Nabi dan Rasul
yang pernah diutus Tuhan
ke permukaan bumi ini.
Dengan alasan yang
tersebut diatas inilah,
maka ummat Islam
percaya, bahawa Nabi Isa
a.s. tidaklah mati terbunuh
ditiang salib sebagai
kepercayaan ummat
Nasrani sekarang ini.
Kerana selain ayat-ayat al-
Quran yang amat jelas
tersebut diatas itu, tidak
mungkin menurut
kepercayaan setiap orang
Islam, seorang Nabi dan
Rasul Allah yang begitu
benar dan mulianya, akan
dapat ditangkap, serta
dibunuh dengan
pembunuhan kejam, di
luar penkemanusiaan itu.
Allah yang Maha Kuasa
pasti telah dapat
menyelamatkan Nabi dan
RasulNya yang bernama
Isa al-Masihi, dan
perlakuan yang tidak
sewajarnya ini.
Kalau ummat Islam dan
ummat Nasrani berlainan
kepercayaan tentang
kedua masalah ini (iaitu
tentang ketuhanan Isa dan
tersalibnya Isa) ummat
Islam tidak diperbolehkan
bertengkar dan berdebat
dengan ummat Nasrani
tentang masalah ini.
Kerana masalah ini seratus
peratus masalah ghaib,
yang tidak mungkin dapat
diselesaikan dengan
bertengkar dan berdebat.
Dengan ayat-ayat yang
tersebut diatas, ummat
Islam menunggu sampai
datang saatnya nanti di
hari kiamat, dialam
akhirat, dimana Allah akan
menetapkan putusan
tentang masalah yang
sedang diperselisihkan
sekarang ini, antara
ummat Islam, ummat
Nasrani dan ummat
Yahudi.
Marilah kita sama
menunggu saat yang
dijanjikan Allah itu dengan
sabar dan menjauhkan
diri dari sengketa, berjalan
dan hidup dengan
kepercayaan masing-
masing.
Tetapi bila perdebatan
mengenai masalah-
masalah yang
diperselisihkan itu dapat
dijamin akan berjalan
secara baik, dijamin tidak
akan membangkitkan
nafsu-nafsu yang tidak
dapat dikendalikan, maka
setiap saat ummat Islam
diperbolehkan
menghadapinya.
Firman Allah dalam al-
Quran:
Serulah manusia kejalan
Allah dengan bijaksana
dan nasihat-nasihat yang
baik dan berdebatlah
dengan mereka dengan
cara yang baik.
Sesungguhnya
Tuhanmulah yang lebih
mengetahui akan orang-
orang yang sesat dari
jalanNya dan Ialah pula
yang lebih tahu akan
orang-orang yang benar
(mendapat petunjuk). Dan
jika kamu terpaksa harus
membalas seksaan, maka
balaslah dengan
pembalasan yang
sebanding dengan apa
yang telah mereka
seksakan kepadamu. Dan
jika kamu sabar (tidak
membalas) maka itulah
yang lebih baik, bagi
orang-orang yang sabar.
Dan sabarlah engkau dan
tidaklah engkau dapat
bersabar, kalau bukan
kerana Allah. Dan
janganlah engkau
berdukacita terhadap
mereka dan janganlah
engkau berkecil hati
lantaran tipu daya mereka.
Sesungguhnya Allah
beserta dengan orang
yang taqwa dan orang
yang berbuat kebaikan.
(an-Nahal: 125-129)