Kisah Nabi Isa - Halaman 4
April - September 2011
Mariam sekarang ini telah
menjadi remaja puteri,
seorang gadis yang lain
dari yang lain, yang
kerjanya hanya beribadat
dan mensucikan din di
hadapan Allah, di dalam
Rumah Suci.
Pada suatu hari Mariam
sedang beribadat di
tempatnya sebagai
kebiasaannya, tiba tiba
dihadapannya berdiri
seorang lelaki. Alangkah
terkejut dan
terperanjatnya, kerana
selama hidup
dan selama dia berada di
tempat itu, belum pernah
dia mendapat kunjungan
seorang lelaki selain
Zakaria.
Mariam nampaknya mahu
berpaling dan
menghindarkan diri
kerana menurut kiraan
Mariam lelaki itu adalah
seorang jahat yang
berniat buruk terhadap
dirinya, sedang dia sendiri
adalah seorang suci dan
penuh iman. Mariam
berlindung diri kepada
Allah dengan berkata:
Sesungguhnya saya
melindungkan diri kepada
Allah dan kejahatan
engkau, sekiranya engkau
seorang yang takut
kepada Allah.
Orang yang tidak dikenal
itu memberikan isyarat,
agar supaya Mariam
tinggal tenang jangan
takut dan khuatir. Lalu
orang itu berkata kepada
Mariam: Sesungguhnya
saya ini datang diutus oleh
Tuhanmu, untuk
memberimu seorang
anak yang suci.
Dengan muka yang
diselubungi kesedihan,
hati yang penuh hairan
dan khuatir, mulut dan
lidahnya rasa terkunci,
akhirnya dapat juga
Mariam menjawab:
Bagaimana saya akan
memperolehi
seorang anak, sedang
seorang manusia pun
belum pernah menyentuh
tubuh saya dan saya
bukan seorang yang
jahat.
Mendengar jawapan itu,
Malaikat (Ruhul Kudus)
itupun berkata:
Demikianlah halnya;
Tuhanmu telah berfirman:
Perkara itu amat mudah
bagiKu, supaya Kujadikan
itu tanda kekuasaanKu
untuk manusia dengan
rahmatKu. Kejadian itu
bukanlah satu hal yang
tidak dapat diluluskan.
Sehabis jawaban itu,
Malaikat itupun lenyaplah
dari pemandangan
Mariam, tidak diketahui ke
mana perginya. Tinggallah
sekarang Mariam seorang
diri kehairanan
memikirkan apa yang
sudah dilihat dan
didengarnya itu.
Mulailah dia khuatir lagi,
kekhuatiran yang lain pula
sifatnya dan
kekhuatirannya semula
tadi. Sudah pasti orang
ramai akan heboh dan
bising, bila mereka
mendengar bahawa
Mariam menjadi hamil.
Apalagi kalau melahirkan
anak dengan tidak
mempunyai suami.
Fikiran ini sangat
menggoyangkan
perasaan Mariam, sebab
ini bukanlah masalah kecil
bagi seorang yang suci
murni sebagai Mariam.
Badannya gementar
memikirkan bagaimana
akhirnya kejadian ini.
Dia benar benar merasa
sesuatu dalam
kandungannya. Untuk
menghindarkan apa yang
akan terjadi sebagai yang
dikhuatirkannya itu,
Mariam memutuskan
akan menjauhkan diri ke
luar kota,
mengasingkan diri di
tempat yang jauh dan
terpencil, yang sunyi sepi.
Maksudnya itu
diteruskannya dengan
mengambil satu tempat
jauh di desa, dimana dia
tinggal seorang diri berhati
sedih bercampur
takut, memikirkan
kejadian yang akan terjadi
bila dia sudah melahirkan
bayi kandungannya, bayi
yang tidak berbapa.
Beberapa bulan berlalu,
kandungannya makin
terasa mendekati waktu
bersalin. Semakin dekat
waktunya bersalin,
semakin hebat pulalah
penderitaan batin yang
dideritanya, sehingga
makan dan minum tidak
berasa enak lagi. Makanan
dimakannya berasa
sekam, air diminum
berasa duri. Di dalam sebuah pondok
didesa yang jauh
terpencil, dia
menyembunyikan diri dari
pandangan dan
pendengaran orang
ramai, agar rahsia ajaib
yang sudah ada dibatang
tubuhnya jangan sampai
diketahui orang, tidak
dilihat sebuah mata dan
tidak didengar sebuah
telinga pun.
Setelah terasa betul oleh
Mariam, bahawa waktu
yang ditunggu-tunggunya
itu sudah dekat, tanda-
tanda yang dia akan
melahirkan seorang anak
telah cukup, maka disaat
itulah kesedihan
hatinya, kekhuatiran dan
ketakutannya memuncak
hebat sehebat-hebatnya.
Ketika itulah dia mengeluh
sambil berkata: Maha
Penyantun Engkau, ya
Tuhanku. Takdir apakah
gerangan yang akan
terjadi, kejadian apakah
akan terjadi dibalik malam
yang gelap ini.
Mariamlah seorang
manusia yang paling berat
ditimpa beban pemikiran
di saat itu. Dia berasal dari
keturunan yang baik-baik
dan kukuh kuat. Bapanya
seorang yang suci
terhormat, ibunya pun
demikian pula. Dia sendiri
pun seorang yang suci
murni dan ini sudah
cukup dikenal dan diakui
orang ramai. Tetapi sudah
cukupkah kesemuanya itu
menjadi jaminan baginya
terhadap tuduhan orang
ramai? Apakah orang
ramai tidak akan
menuduhnya dengan
tuduhan yang bukan-
bukan terhadap dirinya,
sekiranya dia melahirkan
anak dengan tidak
berbapa? Dapatkah
gerangan semuanya itu
melenyapkan seluruh
tohmahan yang akan
tumbuh itu? Atau dituduh
orang jugakah dia
melakukan perbuatan
jahat dan mesum? Akan
dituduh dia mencemarkan
nama baik ibu-bapa dan
nenek-moyangnya yang
suci murni.
Semua itu amat berat
untuk difikirkan dan
dipecahkan oleh Mariam
yang hanya seorang diri
yang pula menderita
sakitnya mahu bersalin.
Jasadnya menanggung
tanggungan yang paling
berat, sedang jiwanya
pula sedang menanggung
tanggungan yang lebih
berat lagi. Dua beban
berat yang harus dipikul
sekaligus.
Tetapi bagaimana juga
berat dan hebatnya derita
lahir dan batin yang
dideritanya, rasa ibadat
dan taqwa kepada Allah
telah dapat menolong dia
dalam menanggung
semua penanggungan itu,
pananggungan yang
maha berat dan rumit.
Ya, dia akan melahirkan
seorang yang amat mulia
dan amat agung, maka
penanggungan dan
penderitaan yang amat
berat dan hebat harus
ditanggungkannya pula
untuk melahirkannya. Itu
sudah menjadi adat alam
sunnah Ilahi kiranya.Setelah Mariam
merasakan betul bahawa
kandungannya sudah
dekat sekali akan lahir,
maka dia tinggalkan
pondok tempat dia
mengasingkan diri itu. Dia
berjalan meninggalkan
desa yang terpencil itu,
mencari tempat yang
lebih suci dan sepi lagi.
Disuatu tempat dipadang
pasir, dibawah sebatang
pokok korma, dia lalu
berhenti. Disitulah dia
duduk seorang din
menantikan takdir, tidak
ada kawan dan bidan atau
tabib yang akan
menolong dia, bila ditimpa
sakit atau kesulitan dalam
melahirkan bayi
kandungannya.
Dalam keadaan demikian,
dibawah langit terbuka,
ditengah sawang padang
pasir yang luas, dengan
tidak ditemani seorang
manusia pun, selain
temannya yang bernama
iman dan taqwa tibalah
saat yang ditunggu-
tunggunya. Seorang anak
bayi lelaki pun lahirlah ke
atas dunia yang luas
terbuka ini, seorang bayi
yang akan menjadi
manusia suci dan
berpengaruh besar.
Dengan perasaan terharu-
biru dan cemas sedih,
dipandangnyalah wajah
anak bayinya yang baru
lahir itu. Dengan keadaan
tubuh yang lesu-lunglai
bekas bersalin, fikiran dan
perasaan yang semakin
diliputi cemas dan khuatir,
timbullah berbagai-bagai
kegelisahan batin yang tak
terbada, sehingga dia
mengeluh: Aduhai nasibku
ini. Lebih baik kiranya aku
mati sebelum ini, tentu
aku dilupakan manusia
selupa-lupanya.
Fikirannya bingung tidak
tahu apa yang harus
dikerjakannya. Badannya
lesu dan lemah longlai
segala sendi dan tulang-
belulangnya, ditambah
lagi dengan rasa lapar dan
dahaga yang tak
terkirakan hebatnya
sehabis melahirkan
bayinya itu. Dia lalu
menyandarkan dirinya ke
pokok korma yang kering
itu, sambil memangku
anak bayinya dengan
kedua tangannya yang
lemas itu.
Baru saja biji matanya
tertuju ke wajah bayinya,
tiba-tiba Mariam
mendengar suara yang
jelas dan dekat,
memanggilnya: Hai
Mariam, janganlah engkau
terlalu berdukacita.
Sesungguhnya Tuhanmu
sudah mengadakan
didekatmu sebuah anak
sungai yang kecil dan
goncangkanlah batang
korma yang engkau
sandari itu, nescaya akan
berguguranlah buah-
buahnya yang sudah
masak. Maka makanlah
dan minumlah dan
tenangkanlah hatimu.
Lantas kalau engkau
ditanya seseorang, maka
berkatalah kepadanya: Aku
bernazar kepada Tuhan
Yang Maha Pengasih,
bahawa aku akan diam,
tidak akan berkata-kata
kepada siapapun juga di
hari ini.
Setelah mendengar suara
itu, Mariam melihat tanah
yang berada di sisinya
menjadi retak dan dari
retakan itu mengalir air
yang amat jernih,
merupakan anak sungai
yang kecil, tepat sebagai
yang didengarnya dan
suara tadi.
Matanya lalu dialihkannya
ke arah batang korma
yang disandarnya itu. Di
atas pohon korma itu jelas
dilihatnya buah-buah
korma yang sudah
masak. Dengan
tangannya yang masih
lemah dan tidak berdaya
itu, cuba menggerakkan
batang korma yang kukuh
itu. Batang korma itu
bergerak dengan
kerasnya, sehingga buah-
buahnya yang masak itu
berguguran didekatnya.
Dimakannya buah dan
diminumnyalah air yang
jernih itu. Dengan
demikian hilanglah lapar
dan dahaganya, badannya
kembali beransur-ansur
menjadi kuat dan segar
kembali, fikirannya mulai
menjadi tenang pula.
Sungguh besar
pertolongan Tuhan
terhadap Mariam. Buah
korma yang matang
untuk dimakan dan air
jernih untuk diminum.
Tetapi cukupkah kiranya
mukjizat Tuhan yang
maha besar ini dijadikan
perisai untuk menjawab
tuduhan orang nantinya?
Cukupkah ini untuk
menutup mulut orang
yang mahu menuduh?
Kesedihan dan kegelisahan
Mariam tidak berkurangan
hanya badannya sudah
berasa lega dan waras
mendapat makan dan
minum yang luarbiasa itu.
Matanya tidak putus-
putusnya memandang
wajah anaknya yang baru
lahir. Luarbiasa keadaan
dan hal ehwalnya.
Pandangannya ke wajah
bayi itulah hanya satu-
satunya yang dapat
menghiburkan hatinya
yang duka, sehingga
hatinya agak tenteram
pula sedikit, sedang
badannya semakin kuat
juga.
Kembalilah dia ke desa
tempat dia mengasingkan
din, meninggalkan tempat
dia bersalin yang sekarang
ini dinamakan orang
Baitullaham (Bethlehem),
ertinya tempat lahir.
Mulailah orang yang tidak
jauh tinggal dan
rumahnya itu mengetahui
khabar kelahiran bayinya.
Tak lama kemudian,
khabar itupun tersiarlah
dengan cepatnya ke
seluruh pelosok negeri.