Kisah Nabi Isa - Halaman 5
April - September 2011
Orang-orang lalu datang
berduyun-duyun, dan
jauh dan dekat, ingin
menyaksikan sendiri kabar
yang luarbiasa itu. Mariam
dihujani orang ramai
dengan pertanyaan-
pertanyaan. Dia tidak
menjawab, hanya berkata
sebagai apa yang telah
diwahyukan Tuhan
kepadanya, bahawa dia
berpuasa dan bernazar
tidak akan bercakap-cakap
sehari itu.
Berbagai-bagai kata orang
ramai tentang Mariam dan
kejadian itu. Ada yang
amat hairan atas
keluarbiasaan kejadian itu.
Ada pula memandang
kejadian itu sebagai tanda
kesucian dan kebesaran
Mariam. Tetapi banyak
pula yang mengejek-ejek
dengan pelbagai tuduhan
sebagai yang telah
dikhuatirkan Mariam
sendiri. Semuanya itu
didengarkan dan
dibiarkannya saja dengan
sabar dan tenang, sesuai
dengan petunjuk Tuhan
kepadanya.
Keesokan harinya, mereka
pun datang pula
bertanyakan ini dan itu,
mengatakan apa yang
terasa dalam hati dan
batin mereka masing-
masing. Mereka tahu
bahawa nazar Maryam
sudah habis waktunya.
Berbagai-bagai cara dan isi
pertanyaan mereka. Ada
yang bertanya: Hai
Mariam, sesungguhnya
engkau telah membawa
sesuatu yang mungkar!
Ada pula yang mengejek:
Hai saudaranya Harun,
bapamu bukanlah orang
yang jahat, sedang ibumu
pun bukan perempuan
jalang! Dari manakah
engkau perolehi anak ini?
Banyak lagi pertanyaan
yang mengejek dan
kasar-kasar yang
dihadapkan kepada
Mariam. Akhirnya
Maryam berdiri
mengambil anak bayinya,
lalu berkata kepada
mereka: Ini adalah anakku,
tanyakanlah kepadanya
hakikat kejadian yang
sebenarnya, yang tuan-
tuan tanyakan itu.
Orang ramai hairan dan
tercengang
mendengarkan jawapan
Mariam yang tidak masuk
akal itu. Mereka lalu
berkata: Bagaimana kami
dapat berbicara dengan
bayi yang masih dalam
ayunan itu?
Mendengar ejekan yang
berturut-turut itu, lalu
Allah memperlihatkan
kekuasaanNya untuk
mukjizat yang sebesar-
besarnya bagi bayi yang
bernama Isa al-Masihi itu
dikala besarnya. Di saat
itulah bayi Isa a.s. yang
masih kecil itu berkata
dengan terang kepada
orang banyak:
Sesungguhnya aku ini
seorang hamba Allah,
akan diberinya kepadaku
sebuah Kitab (Injil) dan
dijadikanNya aku seorang
Nabi. DijadikanNya aku
seorang yang berguna
buat manusia dimana aku
berada, diwasiatkanNya
kepadaku berbuat dan
mengerjakan
sembahyang dan
mengeluarkan zakat
selama aku hidup. Dan
aku berbakti kepada ibuku,
tidaklah aku dijadikan
Tuhan seorang yang
sombong dan derhaka.
Selamatlah diriku ketika
aku dilahirkan dan ketika
aku mati dan ketika aku
kembali hidup.
Barulah sebahagian orang
ramai itu insaf dan
percaya, yakin akan
kesucian Mariam, akan
kebesaran dan keagungan
bayi yang baru lahir itu.
Khabar kesucian dan
keagungan bayi itupun
tersiarlah ke mana-mana,
sehingga setiap orang
menunggu-nunggu akan
besarnya anak itu, sebagai
seorang Utusan Allah
(Rasul) buat mereka.Nabi
Isa al-Masihi yang
dipopularkan orang
Kristian dengan nama
Jesus Kristus itupun makin
sehari makin besar juga.
Di kala dia masih
berupakan seorang anak
yang di bawah umur,
telah banyak tampak
tanda-tanda kebesaran
dan keluarbiasaannya.
Pada suatu hari, ketika Isa
sedang bermain-main
dengan teman-teman
sebayanya, tiba-tiba Isa
menerkai semua apa yang
disimpan dalam poket
seluar dan dirumah
mereka masing-masing,
dengan tekaan yang tepat
dan tidak salah sedikit
juga.
Kadang-kadang Isa
berlaku sebagai guru
terhadap teman-teman
sebayanya itu,
mengajarkan apa-apa
yang mereka itu semua
tidak mengetahuinya.
Semua temannya itu
menurut dan patuh
terhadap ajaran Isa.
Masing-masing
memperhatikan sebaik-
baiknya setiap kata dan
nasihat yang keluar dari
mulut Isa.
Ketika Isa sudah berumur
12 tahun, ibunya
membawa beliau
meninggalkan dusun
yang jauh terpencil itu,
berangkat pindah ke kota
Baitul Maqdis (Jerusalem).
Di jalan banyaklah
pemandangan baru yang
belum pernah dilihat
didesanya sendiri. Tetapi
Isa tinggal tenang saja
melihat pemandangan
yang baru itu, tidak
menarik hatinya sedikit
juga sebagai kebanyakan
anak-anak yang seumur
dengan dia. Lebih-lebih
lagi ketika memasuki kota
besar Jerusalem
menempuh jalan-jalan
besar, rumah-rumah
yang bagus dan menarik
hati. Tidak satu pun yang
menarik perhatian Isa,
kesemuanya itu
dipandangnya sebagai
barang-barang yang biasa
saja, tidak baru sedikit
juga dalam pandangan
mata dan hatinya. Inilah
pula salah satu keluar-
biasaan Isa dibanding
dengan anak-anak lainnya.
Ibunya lalu pulang ke desa
kembali, sedang Isa tetap
tinggal dikota Baitul
Maqdis, kota yang penuh
dengan pendita dan
tempat-tempat ibadat,
sebagai pusaka dan doa
Nabi Ibrahim dahulu.
Setiap hari, orang ramai
berduyun-duyun datang
ke gereja-gereja
menerima pelajaran
agama yang diberikan
pendita-pendita. Isa pun
turut serta orang ramai
itu, mendengar pelajaran
dan fatwa-fatwa itu.
Bahkan inilah yang paling
digemari Isa, lain-lain
pekerjaan dan permainan
tidak satu pun yang
menarik hatinya dan dia
tidak pernah turut
berbagai-bagai keramaian
dan permainan itu.
Tiap-tiap kata fatwa yang
keluar dan mulut pendita-
pendita didengarkannya
dengan penuh perhatian
dan sungguh-sungguh.
Berbeza dengan orang
ramai yang juga turut
belajar dan mendengar
fatwa itu, dimana
umumnya mereka itu
hanya menerima dan
tunduk saja terhadap
semua fatwa dan kata-
kata itu, maka Isa bukan
hanya tunduk dan
menerima mentah-
mentah saja tetapi kalau
perlu bertanya dan
membantah mana yang
tidak sesuai dengan
pendapatnya. Isa di antara
murid-murid yang
pertama-pertama kali
berani bertanya dan
membantah, sedang
murid yang lain seorang
pun tidak pernah
bertanya, apalagi akan
membantah.
Melihat keberanian dan
perbuatan Isa itu, tidak
sedikit kawan-kawan dan
orang ramai yang
menaruh sakit hati dan
marah kepadanya dan
menganggap dia seorang
yang pembantah dan
penyangkal, tidak tunduk
kepada pendita-pendita
yang dihormati dan
dimuliakan orang. Bahkan
sudah menjadi tabiat
manusia di saat itu,
bahawa pendita-pendita
itu adalah orang suci,
orang-orang yang benar
semua kata-katanya, tidak
boleh dibantah atau
ditanyai samasekali, sebab
orang yang bertanya dan
membantah itu dianggap
telah melanggar agama,
telah engkar dan kafir
layaknya.
Bukan hanya orang ramai
saja yang marah
kepadanya, tetapi juga
pendita-pendita sendiri,
sebab memang pendita-
pendita itulah yang
melarang orang bertanya
dan membantah, serta
mengajarkan bahawa
sesiapa yang membantah
dan bertanya itu, adalah
orang engkar dan musuh
Tuhan.
Beratus-ratus tahun
lamanya, pendita-pendita
itu tidak pernah dibantah
dan disoal orang,
sehingga telah menjadi
adat turun-temurun bagi
orang banyak yang hanya
mendengar, tunduk dan
diam dihadapan mereka.
Sebab itu, tidak hairanlah
kalau hal itu dianggap
orang ramai sebagai
ajaran agama, ketetapan
syariat yang tidak boleh
dilanggar samasekali.
Isa tidak menghiraukan
kemarahan orang ramai
itu, tidak peduli sekalipun
pendita-pendita itu sendiri
sakit hati kepadanya,
namun Isa tetap
membantah dan
bertanyakan apa-apa yang
tidak terang atau yang
berlawanan dengan
pendiriannya.
Demikianlah halnya Isa
bertahun-tahun asyik
belajar, asyik bertanya
dan membantah tiap-tiap
fatwa yang tidak sesuai.
Dia lupa segala-galanya,
kadang-kadang dia lupa
makan dan minum, lupa
terhadap ibunya sendiri
yang sudah lama
ditinggalkannya.
Dia bukan hanya tetap
dalam kota Baitul Maqdis
saja, tetapi juga pergi ke
tempat-tempat yang jauh,
didalam dan diluar kota,
dimana saja ada pendita.
Masing-masing pendita
yang dia kenal dan
dengar, sekalipun jauh
tempatnya, pasti dia
datangi untuk belajar dan
menerima fatwanya, pula
untuk ditanya dan
dibantahnya apabila perlu.
Begitulah; dia senantiasa
pindah dari desa ke desa,
dan kota ke kota lainnya.Setelah Isa berumur 30
tahun, barulah datang
kepadanya Ruhul Amin,
iaitu Malaikat Jibril sebagai
Utusan Allah untuk
mengangkat Isa menjadi
Rasul Allah, menyambung
pelajaran yang pernah
diajarkan Rasul-rasul yang
sebelumnya dan untuk
memberi khabar kepada
manusia, bahawa nanti
dikemudian hari akan
diutus Allah seorang Rasul
lagi, iaitu Nabi Muhammad
s.a.w.
Kepada Nabi Isa a.s.
diturunkan Allah sebuah
Kitab Suci (Bible) yang
berisi ajaran-ajaran Tuhan
yang membenarkan akan
Kitab-kitab Suci yang
sebelumnya dan pula
memberi keterangan
tentang akan datangnya
Kitab Suci nanti, iaitu al-
Quran al-Karim, yang
diturunkan kepada Rasul
yang paling akhir, iaitu
Muhammad s.a.w.
Apa yang diterimanya itu,
disampaikannya kepada
manusia kaumnya.
Diterangkannya bahawa
dia adalah Utusan Allah,
supaya semua manusia
mengikutinya.
Mulailah Nabi Isa a.s.
berjuang menyiarkan
agama yang benar,
membongkar akan
kesalahan dan kesesatan
pendita Yahudi yang telah
jauh menyimpang dan
ajaran Nabi Musa a.s.
yang sebenarnya, bahkan
terbukti kepada Nabi Isa
bahawa mereka telah lupa
samasekali akan semua
ajaran-ajaran yang
diberikan Nabi dalam Kitab
Sucinya yang bernama
Taurat. Sudah banyak
pula yang tidak kenal
kepada Allah lagi, hanya
mementingkan
hartabenda dan kekayaan
dunia semata, baik rakyat
umum ataupun para
penditanya sendiri. Mereka
berebutan pangkat pendita
bukan untuk menyiarkan
agama Allah, tetapi
semata-mata berebutan
pangkat dan hartabenda
yang terdiri dan emas dan
perak. Mereka bukan
membela nasib kaum fakir
miskin lagi sebagai yang
diperintahkan Allah, tetapi
malah merampas hak
kaum fakir miskin dan
orang-orang yang
terlantar, bahkan
menghisap darah orang
melarat dan mencelakakan
penghidupan mereka.
Pendita-pendita turut serta
menghisap dan memeras.
Mereka ajarkan kepada
manusia bahawa
mengorbankan harta bagi
kepentingan pendita,
bererti mengorbankan
harta bagi Allah, sehingga
banyak pendita-pendita
yang lebih kaya dari raja-
raja. Pendita-pendita itu
menutup mata samasekali
terhadap nasibnya orang-
orang yang fakir dan
miskin, terhadap orang-
orang yang terlantar,
anak-anak yatim dan
piatu, terhadap orang
yang mendapat
kecelakaan. Mereka hanya
bertekun didalam gereja-
gereja untuk dipuji-puji
orang ramai saja.
Agama yang diajarkan
Nabi Musa, telah mereka
ubah disesuaikan dengan
kepentingan mereka
sendiri. Banyak yang halal
diharamkan dan yang
haram dihalalkan. Agama
yang menyerang nafsu
kebendaan, mereka ubah
menjadi agama yang
memuji-muji kebendaan,
serta melupakan Tuhan.
Rakyat, mereka anjurkan
berkorban dan
bersedekah untuk Rumah
Suci sebanyak-
banyaknya, yang
sebenarnya bagi
kepentingan diri mereka
sendiri, sedangkan yang
bersedekah itu
kebanyakannya orang
yang fakir miskin dan
orang bawahan yang
susah jalan
penghidupannya.
Segala rahsia itu
dibongkar oleh Nabi Isa.
Nabi Isa sedaya-upaya
untuk mengembalikan
manusia kepada agama
yang benar, kepada
syariat Nabi Musa yang
sebenar-benarnya. Bani
Israel yang telah sesat
jalannya itu dianjurkan
Nabi Isa agar kembali ke
jalan yang benar.