Berabad abad lamanya,
Mesir diperintah oleh raja
yang menamakan dirinya
Firaun. Mereka
memerintah secara turun
temurun. Kerana
kebebasan dan kekuasaan
yang ada pada raja Firaun,
setiap yang menjadi raja
itu, semakin lama semakin
kejam dan ganas juga.
Bukan saja mereka
menganggap dirinya
paling kuasa, malah
melebihi dari itu, iaitu
mereka beranggapan
bahawa diri mereka itu
Tuhan yang harus
disembah oleh semua
manusia, kerana mereka
berpendapat tidak ada
makhluk lain yang lebih
kuasa, daripada mereka.
Lebih lebih lagi terhadap
bangsa asing yang hidup
di negerinya iaitu Bangsa
Israel yang berasal dari
daerah Palestin, mereka
selalu diseksa,
penghidupannya
disempitkan. Dengan
kesalahan yang kecil,
mereka dianiayai se berat
beratnya. Demikianlah
politik pemerintahan
Firaun di waktu itu.
Pada suatu hari, tukang
tenungan sendiri datang
menghadap Firaun dan
berkata: Akan lahir
seorang anak lelaki di
kalangan Bangsa Israel
yang tinggal di Mesir ini.
Anak itu nanti akan
mengalahkan engkau
dengan pemberontakan
pemberontakannya dan
tidak akan mengakui
engkau sebagai Tuhan
dan rajanya lagi.
Mendengar itu Firaun
dengan segera
mengeluarkan peraturan
istimewanya di mana
dinyatakan bahawa setiap
anak lelaki Bani Israel yang
dilahirkan pada waktu itu
harus dibunuh, kecuali
anak anak perempuan
saja yang dibiarkan hidup.
Demikianlah siasat jahat
guna memusnahkan
Bangsa Israel yang
menetap di situ. Di waktu
berlakunya undang
undang itulah ibu Musa
sedang mengandung dan
sudah dekat melahirkan
anak, iaitu Nabi Musa,
anak Bani Israel yang
mana peraturan itu
berlaku bagi dirinya.
Alangkah sedihnya hati
Yukabad, iaitu ibu Nabi
Musa yang sedang
mengandung dan sudah
dekat waktunya
melahirkan, sekalipun dia
sendiri belum mengetahui
apakah anaknya itu lelaki
atau pun perempuan.
Dia terpaksa bersembunyi
saja di rumahnya, agar
jangan diketahui orang
bila melahirkan anak.
Dalam keadaan sedang
bersembunyi itulah pada
suatu hari Nabi Musa
dilahirkan. Alangkah
terkejutnya demi di lihat
sang ibu, bahawa bayi
yang dilahirkannya itu
adalah seorang anak lelaki.
Dia tidak berputus asa dan
dia percaya juga bahawa
anaknya itu akan hidup
terus, sedapat mungkin
akan ia pertahankan,
jangan sampai menjadi
korban undang undang
yang dikeluarkan Firaun
itu. Khabar kelahiran ini
disimpannya baik baik,
tidak terdengar oleh Firaun
dan mata matanya. Tiga
bulan lamanya bayi Musa
itu dapat dijaga oleh
ibunya sendiri, dengan
tidak diketahui oleh Firaun
dan kakitangannya.
Tetapi makin lama
peraturan itu dijalankan
makin bertambah keras
juga. Pasukan pengintip
diperbanyak, untuk
mengetahui tempat dan
nama tiap tiap perempuan
mengandung dan anak
anak yang baru lahir.
Tuhan lalu mewahyukan
kepada ibu Musa, agar
bayinya diletakkan ke
dalam peti, lalu
dihanyutkan ke Sungai Nil
yang mengalir di hadapan
rumahnya. Dengan hati
yang tenang dan sabar,
ibu Musa menurutkan
ajaran wahyu itu. Bayinya
dimasukkan ke dalam peti,
lalu dihanyutkan ke Sungai
Nil. Bayi yang dihanyutkan
itu diiringkan dengan mata
sedih oleh saudara
perempuan Nabi Musa
sendiri, untuk mengetahui
ke mana perginya anak
bayi ini nantinya.
Alangkah terkejut saudara
perempuan dan ibu Nabi
Musa, ketika diketahuinya,
bahawa peti yang
membawa bayinya itu
terhenti di hadapan istana
Firaun, lalu diambil oleh
isteri Firaun.
Ibu Musa cemas kalau
kalau bayinya dibunuh
oleh Firaun. Tetapi Allah
lebih berkuasa. Baru saja
isteri Firaun melihat wajah
bayi yang hanyut
terapung katung dengan
sebuah peti di dalam
sungai itu, timbul cinta
kasih dalam hatinya
terhadap bayi itu. Lalu
anak itu diambil dan
digendongnya, dibawa
dan diperlihatkannya
kepada suaminya; iaitu
Firaun dengan berkata:
Saya suka kepada anak ini,
mari dia kita jadikan anak
kita sendiri.
Firaun sendiri pun lupa
akan peraturan yang
dikeluarkannya. Dia pun
turut tertarik untuk
menjadikan bayi itu
menjadi anaknya sendiri.
Begitulah Nabi Musa
dibesarkan dan dididik di
rumah musuh besarnya,
dengan siapa nantinya
Nabi Musa itu sendiri akan
berjuang. Alangkah
senang hati Yakubad
melihat dan mendengar
keadaan bayinya yang
selamat itu, dipelihara oleh
raja besar.
Sekarang Firaun dan
isterinya sibuk mencari
perempuan yang dapat
mengasuh dan menyusui
anak angkatnya itu.
Banyak sudah perempuan
perempuan Mesir datang
melamar untuk
mengasuhnya, tetapi
setiap kali hendak
disusukan oleh mereka ke
mulut Musa, Musa
menolak tidak mahu
menyusunya.
Akhirnya Firaun
memerintahkan kepada
Haman untuk mencari
perempuan yang mahu
disusui oleh bayi itu.
Haman terpaksa
mengendong Musa itu ke
sana ke mari untuk
mencari perempuan yang
dimaksudkan itu. Banyak
sudah perempuan yang
bersedia,tetapi Musa tetap
tidak mahu menyusu
kepada mereka, malah
tangisnya semakin keras
juga yang menandakan
dia sangat haus.
Bertemulah akhirnya
dengan seorang
perempuan, yang juga
menawarkan diri untuk
menyusukannya. Baru
saja dia membuka
susunya, dengan cepat
bayi itu menyusu
kepadanya.
Alangkah hairan Firaun
melihat kejadian itu dan
berkata:
Siapakah engkau ini, tidak
seorang juga perempuan
selain engkau yang mahu
dia menyusu kepadanya.
Perempuan itu ialah
Yukabad, ibu dari bayi itu
sendiri, ibu Nabi Musa.
Dijawabnyalah perkataan
Firaun itu: Saya
perempuan yang baik
bau, pula baik susunya.
Setiap bayi suka sekali
menyusu kepada saya.
Begitulah Musa diserahkan
kepada ibunya sendiri
untuk dipelihara, diasuh
dan disusukan. Dan ibu
Musa mendapat upah
yang lumayan dari raja
Firaun yang kaya raya itu.
Demikianlah caranya Allah
memelihara Musa dan
membalas kesabaran dan
ketabahan hati ibu Musa
yang telah sudi
menurutkan bunyi
wahyuNya.