PERISTIWA SAPI
Di kalangan Bani Israel di
kala itu ada seorang yang
sudah tua umurnya dan
telah dapat merasakan
sendiri, bahawa dalam
waktu yang tidak lama
lagi, dia akan
meninggalkan dunia yang
fana ini. Orang tua itu
adalah orang tua yang
soleh, tidak menghiraukan
kekayaan dunia, sehingga
kehidupannya boleh di
katakan sederhana sekali,
tidak ada yang
dipunyainya, kecuali
seorang anaknya yang
masih muda dan se ekor
sapi yang sangat
dicintainya.
Setelah terasa olehnya,
bahawa ajalnya sudah
dekat, lalu anaknya itu
dipanggil. Dia berkata dan
berwasiat terhadap
anaknya: Anakku, aku
akan pergi meninggalkan
engkau untuk selama
lamanya dan engkau akan
tinggal sendirian menjadi
yatim piatu, kerana ibumu
sudah meninggal lebih
dahulu. Tidak ada pula
peninggalanku untukmu,
kecuali sapi se ekor.
Peliharalah sapi itu sampai
besar. Aku doakan kepada
Tuhan, agar hidupmu
mendapat
perlindunganNya.
Setelah orang tua itu
meninggal dunia, maka
tinggallah anak itu seorang
diri dengan se ekor sapi
itu, sebagai harta pusaka
peninggalan bapanya.
Sapi itu sesuai dengan
wasiat bapanya, dijaganya
baik dengan selalu ia
memohon pertolongan
serta perlindungan dari
Allah s.w.t.
Tidak jauh dari tempat itu,
di kalangan Bani Israel itu
juga, terdapat pula orang
tua. Berbeza dengan
orang tua yang sudah
meninggal dunia itu,
kerana orang tua ini
adalah orang yang kaya
raya, mempunyai harta
benda yang amat banyak,
yang tidak ada tolok
bandingannya dalam
masyarakat di kala itu.
Orang ini pun hanya
mempunyai seorang anak
pula. Kepadanyalah
semua harta benda
peninggalan (pusaka) itu
harus diserahkan, bila
bapanya itu sudah
meninggal dunia nanti.
Tetapi orang tua itu
mempunyai beberapa
orang anak saudara dan
famili pula, yang
kesemuanya
menginginkan harta yang
akan ditinggalkan itu.
Namun menurut aturan
ketika itu, selama ada
anak, orang lain walaupun
siapa saja tidak mendapat
bahagian dari harta
peninggalan itu. Akhirnya
timbullah nafsu dan fikiran
jahat dalam hati mereka,
untuk mendapatkan harta
sebanyak itu. Mereka
semuafakat akan
membunuh anak yang
berhak itu dan kemudian
mereka akan berlepas diri
tentang pembunuhan ini,
akan menuntut kepada
Musa untuk menghukum
pembunuhnya. Akal
busuk ini segera
dijalankan dengan teratur
sekali, sehingga tidak
seorang juga yang dapat
mengetahui rahsianya.
Begitulah, dengan cara
yang sangat teliti sekali,
pembunuhan terhadap
anak itu mereka lakukan,
sehingga seorang
manusia pun tidak ada
yang mengetahuinya,
siapa sebenarnya yang
menjadi pembunuhnya.
Keesokan harinya dengan
berpura pura sedih dan
dalam keadaan berkabung
atas kematian sepupunya
yang tercinta itu mereka
bersama sama datang ke
tempat Musa untuk
mengadukan
pembunuhan kejam itu
agar dapat menutupi
kejahatan yang mereka
lakukan sendiri. Malah
mereka menuntut kepada
Nabi Musa; agar
pembunuhnya segera
ditangkap dan dihukum
dengan hukuman yang
seberat-beratnya.
Walau bagaimanapun
Musa menyelidiki kejadian
yang gelap ini,
masalahnya masih tetap
gelap juga, tidak dapat
diketahuinya, siapa
sebenarnya yang menjadi
pembunuhnya. Akhirnya
Nabi Musa mendoa
kepada Allah tentang
masalah gelap ini. Allah
lalu memerintahkan
kepada Musa, agar kepada
semua orang yang datang
mengadu itu, diwajibkan
menyembelih se ekor sapi
dan dengan sapi yang
disembelih itu, Musa
diperintahkan Tuhan
untuk memukul orang
yang sudah mati
terbunuh itu. Dengan cara
ini orang yang sudah mati
itu akan hidup kembali
dan dapat menceritakan
sendiri siapa yang telah
membunuhnya. Lalu
Musa memerintahkan
kepada mereka itu untuk
menyembelih se ekor
sapi.
Sungguh ganjil sekali
perintah itu menurut
pandangan mereka, sebab
tidak ada hubungannya
dengan tuntutannya.
Mereka berkata: Apakah
engkau hendak
mempermainkan kami?
Dengan tegas dijawab
oleh Nabi Musa: Aku
berlindung diri kepada
Allah, bahawa aku akan
menjadi orang bodoh.
Entah kerana masih belum
percaya, entah kerana
engkar terhadap perintah
ini, mereka menjawab lagi
kepada Musa:
Tanyakan kepada
Tuhanmu, sapi yang
bagaimanakah yang
dimaksudkan Tuhan itu?
Musa kembali mendoa
dan bertanya kepada
Tuhan, sapi yang
bagaimanakah yang
dimaksudkan Tuhan
dalam perintah itu. Setelah
Tuhan menerangkan
keadaan sapi yang
dimaksudkan itu, lalu Nabi
Musa menyampaikan
keterangan Tuhan itu
kepada mereka dengan
berkata: Tuhan
mengatakan, sapi itu
adalah sapi yang tidak tua
dan tidak pula muda, iaitu
pertengahan antara tua
dan muda. Kerjakanlah
apa yang diperintahkan
Tuhan itu!
Kembali mereka meminta,
agar Nabi Musa kembali
mendoa dan bertanya
kepada Tuhan, tentang
bagaimana warna sapi
yang dimaksudkan itu.
Setelah Nabi Musa
mendoa dan bertanya
kembali kepada Tuhan,
maka diterangkan Tuhan
tentang warna sapi itu,
lalu oleh Nabi Musa
disampaikan pula kepada
mereka: Bahawa Tuhan
berkata, iaitu sapi yang
berwarna kuning dengan
warna yang cemerlang
dan dapat
menggembirakan orang
yang melihatnya.
Dengan jawapan ini,
mereka masih bertanya
lagi dengan menyatakan,
bahawa mereka masih
ragu ragu, ia minta
supaya Nabi Musa berdoa
dan bertanyakan kepada
Tuhan sekali lagi, yang
bagaimana yang benar
benar dimaksudkan oleh
Tuhan itu. Musa mendoa
dan bertanya lagi kepada
Tuhan, serta mendapat
jawapan pula. Segera
Musa menyampaikan apa
yang diterangkan Tuhan
itu kepada mereka: Iaitu
sapi yang tidak jinak untuk
dipergunakan membajak
sawah dan pengangkut air
dan harus yang bersih,
tidak ada belang
warnanya sedikit juga.
Dengan pertanyaan yang
terus menerus terhadap
apa yang mula mula
diperintahkan Tuhan
terhadap mereka,
akhirnya mereka
diharuskan mencari sapi
yang banyak sekali syarat
syaratnya. Beberapa hari
lamanya mereka berjalan
ke sana ke mari untuk
mencari sapi sebagai yang
diterangkan itu, tetapi tidak
mereka dapati. Sulit sekali
mencari sapi yang
berwarna kuning serta
cemerlang, apa lagi harus
bersih yang tidak ada
belangnya sama sekali,
ditambah pula harus yang
tidak jinak, sedangkan
umumnya sapi sudah
biasa dipergunakan orang
untuk membajak atau
mengangkut air.
Sesudah bersusah payah
mencarinya, akhirnya
mereka menjumpai juga
se ekor sapi yang
memenuhi syarat syarat
yang ditentukan itu, iaitu
se ekor sapi pusaka yang
diwariskan oleh orang tua
soleh kepada anaknya
yang masih kecil serta
yatim piatu, sebagaimana
diterangkan terdahulu.
Oleh kerana sapi ini sapi
pusaka yang dipelihara
dengan pemeliharaan
yang luar biasa pula,
maka anak ini tidak mahu
dan tidak mempunyai
keinginan sama sekali
untuk menjualnya, apa
lagi sapinya itu akan dibeli
orang untuk disembelih
pula.
Tetapi kerana ini adalah
perintah Allah, maka
dengan cara yang
bagaimana juga sapi itu
harus mereka peroleh.
Akhirnya kerana untuk
keperluan menjalankan
perintah Allah, anak itu
pun rela juga menjual
sapinya, tetapi harus dibeli
dengan harga yang
setinggi tingginya, kerana
memang hanya sapi yang
se ekor itulah
kekayaannya di atas dunia
ini.
Setelah sapi itu mereka
beli, lalu disembelihnyalah,
lidahnya segera diambil
oleh Nabi Musa, lalu
menuju ke tempat orang
yang mati terbunuh itu
yang sudah lama
dikuburkan. Setelah
disuruhnya membongkar
kuburan itu, mayat itu
pun lalu dipukul oleh Nabi
Musa dengan lidah sapi,
mayat itu pun hidup
kembali. Maka ditanyakan
kepadanya, siapa yang
membunuhnya mayat itu
ditunjukkan bahawa yang
membunuhnya adalah
mereka yang datang
mengadu kepada Musa
itu. Dengan kejadian ini,
terbukalah rahsia selama
ini dan tersimpul pula
berbagai bagai pengajaran
dan peringatan yang
sangat tinggi nilai serta
harganya, untuk orang
orang yang percaya
kepada Tuhan.