Firaun dengan para
bangsawannya berkuasa
besar atas lembah Sungai
Nil itu, memerintah
bangsa Qibt (Mesir) dan
bangsa Israel yang tinggal
di daerah itu. Kerana
kekuasaannya yang besar
itu, pemerintahan Firaun
itu makin lama makin
kejam dan sombong jua.
Oleh kerana masing
masing raja dan para
bangsawan itu
mempunyai kekuasaan
yang demikian besar,
akhirnya mereka
menganggap bahawa
dirinya adalah Tuhan,
yang harus disembah
oleh rakyatnya, Yang
mereka ketahui hanyalah
kekuasaan dan
kebesarannya semata,
sedikitpun mereka tidak
insaf dan tidak melihat
atas kelemahan
kelemahan serta
kebodohan diri mereka
sendiri.
Selain dari itu, perlakuan
mereka terhadap
golongan Bani Israel
semakin kejam jua.
Mereka dibebani dengan
berbagai bagai pajak dan
kerja yang berat berat.
Dengan sedikit kesalahan,
mereka diseksa dengan
berbagai bagai seksaan
dan azab. Bangsa Israel
dihimpit ditindas serta
diperbodohkan, sehingga
menjadi bangsa yang tak
mempunyai cita cita lagi.
Mereka berkecimpungan
dalam berbagai bagai
maksiat dan kejahatan,
melepaskan hawa nafsu
dan syahwat
kebinatangan tanpa batas
batas perikemanusiaan
lagi terhadap sesama
manusia. Berpaling
pandangan mereka dari
apa yang baik, tertolak
arah mereka dari apa
yang benar, sehingga
lenyaplah harga manusia
kerananya.
Allah lalu memanggil Nabi
Musa. Kepadanya
diperintahkan untuk
mendatangi Firaun dan
kaumnya, memberi
pelajaran kepada mereka,
agar mereka menyembah
Allah dan meninggalkan
segala maksiat dan
kejahatan, agar mereka
menurut garis lurus yang
sudah digariskan oleh
Allah. Setelah Musa
menerima perintah
Tuhan, ia menyiapkan
dirinya untuk tugas yang
dipikulkan kepadanya itu,
dengan hati yang patuh
dan taat. Tetapi dia ingin
lebih yakin dan tenang
lagi. Oleh kerana itu Musa
berdatang sembah kepada
Tuhannya:
Tuhanku, saya sudah
pernah membunuh salah
seorang dari bangsa
Firaun itu dan kalau saya
datang kembali ke tengah
tengah mereka, tentu saya
akan dibunuhnya.
Tuhan menegaskan
kepada Musa, bahawa
Tuhan selalu bersama dia.
Dengan penegasan ini
bertambah tenang juga
jiwa Musa. Tetapi dia ingin
pekerjaannya ini lebih
besar dan berhasil, agar
dia lebih tenang dan sabar
dalam menjalankannya,
Dari itu Musa kembali
mendoa kepada Tuhan,
supaya dadanya
dilapangkan Allah, hingga
dapat dan sanggup
memikul beban yang
besar dan mulia itu,
sanggup mengatasi
berbagai bagai kesulitan
dan halangan.
Untuk menghadapi
pekerjaan besar, serta
kesulitan kesulitan hebat
yang bakal dihadapi, Musa
memohon lagi kepada
Tuhan, agar diberikan
seorang teman dan pula
sebagai wazir bagi dirinya,
iaitu saudaranya sendiri
yang bernama Harun.
Permohonan Musa inipun
dikabulkan Allah, dengan
memerintahkan Harun
yang ketika itu sedang
berada di Mesir untuk
segera datang
mendapatkan Musa, agar
ia bekerjasama dalam
menghadapi tugas
kewajipan yang telah
dipikulkan itu.
Harun siap menjalankan
apa yang diilhamkan
Tuhan kepadanya.
Dengan segera ia
berangkat mendapatkan
Musa, iaitu saudaranya
sendiri di Tur Sina. sa
telah bertemu, keduanya
sama sama berjanji akan
bekerjasama, bantu
membantu, tolong
menolong, untuk sama
sama melepaskan bangsa
Mesir yang sudah sesat
dipengaruhi rajanya yang
sombong itu.
Tuhan lalu
memerintahkan kepada
kedua Nabi ini:
Berangkatlah kamu
berdua sekarang juga
kepada Firaun. Berkatalah
kepada Firaun dengan kata
kata yang halus lunak,
mudah mudahan seruan
kamu ini dapat di
terimanya, hatinya yang
keras menjadi lunak,
kerananya.
Apalagi kalau diingat,
bahawa Musa itu boleh
dikatakan anak angkat
Firaun, sudah
sepatutnyalah kalau
kepadanya berkata kata
dengan lemah lembut.
Tuhan perintahkan pula
kepada Musa dan Harun,
untuk menyatakan kepada
Firaun tentang kenabian
dan kerasulan mereka
berdua dan Tuhan
menyuruh, agar Musa
bersama Harun berikhtiar
membebaskan semua
orang Bani Israel dari azab
dan seksaan yang sudah
sekian lamanya itu.
Nabi Musa dan Nabi Harun
segera menuju ke Mesir,
lalu bertemulah dengan
Firaun. Firaun
mengecilkan kedatangan
ini, tidak di acuhkan dan
tidak diambil peduli apa
saja yang disampaikan
kedua Nabi itu kepadanya.
Engkau, Musa ! Bukankah
kami yang mendidik dan
mengasuhmu semasa
kamu masih bayi dan
engkau tinggal bersama
kami bertahun tahun dari
umurmu? demikian kata
Firaun kepada Musa.
Apakah pemeliharaanmu
terhadap diriku itu sebagai
tanda kebaikanmu?
Bukankah itu kerana
kejahatanmu terhadap
anak anak bayi bangsa
Israel? jawab Musa.
Begitulah pekerjaanmu,
hai Musa, engkau sudah
tidak menghargakan lagi
akan kebaikan kami
kepadamu, kata Firaun
pula.
Aku tak mahu tersesat,
dan kerana
keganasanmulah aku lari
dari rumahmu, akhirnya
aku mendapat rahmat dan
nikmat Allah. Allah telah
memberiku ilmu dan
hikmat, diangkatNya aku
menjadi RasulNya, jawab
Musa kepada Firaun.
Mendengar itu, merah
padam muka Firaun,
kerana kemarahan, lalu ia
bertanya kepada Musa:
Siapakah Tuhan seluruh
alam itu?
Tuhan seluruh alam ini
bukan kamu, tetapi Allah.
Tuhanku yang
menjadikan langit dan
bumi dan segala yang ada
di antara keduanya, jawab
Musa.
Timbullah kemarahan
besar dari hati Firaun,
sambil berkata kepada
kaumnya: Sudahkah
kamu dengan apa yang
dikatakan Musa, sudahkah
kamu tahu, siapa
Tuhannya Musa?
Kembali Musa berkata
kepada mereka: Tuhanku,
Tuhan kamu dan Tuhan
nenek moyangmu sejak
dahulu kala, ialah Allah,
Tuhan barat timur dan
antara keduanya. Mudah
mudahan kamu dapat
mempergunakan akalmu.
Kemarahan Firaun tidak
dapat ditahan tahannya
lagi, kerana dia tidak dapat
mengalahkan Musa
dengan kata kata maka
diambilnya jalan lain, ialah
dengan cara
mempergunakan
kekuatan yang ada
padanya, Musa akan
dipenjarakannya: Kalau
engkau menyembah
Tuhan selain aku sendiri,
engkau pasti
kupenjarakan ! kata Firaun
dengan amat marahnya.
Dengan tenang Musa
berkata kepada Firaun:
Kalau engkau masih
belum percaya akan apa
yang aku kemukakan,
apakah perlu aku
menunjukkan bukti yang
nyata, mukjizat yang
hebat agar hilang
keraguanmu dan
kebimbangan hatimu?
Aku tidak akan percaya
sebelum melihat bukti
yang nyata, dari itu
kemukakanlah buktimu
yang nyata itu, kalau
engkau betul betul orang
yang dapat dipercayai,
kata Firaun.