Musa makin lama makin
besar juga. Tibalah
masanya untuk
menyerahkan Musa
kembali ke istana Firaun,
agar dia hidup di sana
sebagai keluarga raja dan
menjadi musuhnya.
Setelah Musa sampai
umur, mulailah golongan
yang lemah dan teraniaya
di Mesir mempunyai
perhatian terhadap Nabi
Musa. Mereka berharap
bahawa Musa akan dapat
meringankan tanggungan
kesengsaraan mereka
yang sedang dalam
cengkeraman Firaun;
apalagi mereka
mengetahui bahawa Musa
adalah termasuk golongan
pendatang atau Bani Israel
dan dia mempunyai budi
yang tinggi, serta
mempunyai rasa kasih
sayang terhadap sesama
manusia. Nabi Musa
sendiri sudah menetapkan
tekad dalam batinnya akan
menjadi pembela dari
kaum yang lemah itu.
Pada suatu hari, ketika dia
kembali dari kota menuju
istana, di tengah jalan dia
berjumpa dengan dua
orang lelaki yang sedang
berkelahi. Seorang di
antaranya adalah
berbangsa Ibrani, iaitu
bangsa Bani Israel yang se
bangsanya dengannya
dan yang seorang lagi
berdarah Mesir atau
Firaun.
Melihat perkelahian itu,
terbit kemarahan hati
Musa terhadap bangsa
Firaun (Mesir) itu. Orang
tersebut dipukul hingga
mati seketika itu juga.
Alangkah menyesalnya
Musa atas perbuatannya
yang kurang baik itu dan
dia mengakui bahawa
pekerjaan itu adalah
pekerjaan syaitan. Segera
dia mohon ampun kepada
Allah atas kesalahannya
itu. Kesalahannya pun
diampuni oleh Allah,
kerana Allah Pengampun
lagi Pengasih. Sejak waktu
itu dia berjanji tidak akan
melakukan pekerjaan
yang begitu kejam lagi,
malah dia menyiapkan
dirinya untuk melindungi
orang orang yang
teraniaya.
Musa berikhtiar agar tidak
diketahui orang Mesir,
bahawa dialah sebenarnya
yang membunuh lelaki
itu. Dalam dia berjalan
dengan bersembunyi, tiba
tiba dia bertemu lagi
dengan orang yang
ditolongnya tempoh hari.
Orang itu kembali minta
tolong kepada Musa untuk
memukul musuhnya
pula. Musa berkata
kepadanya: Sungguh
engkau ini orang yang
sesat dengan terang.
Tatkala Musa hendak
menarik musuh orang itu,
musuhnya itu berkata
kepadanya: Hai, Musa !
Apakah engkau hendak
membunuh saya pula,
sebagaimana engkau telah
membunuh orang
tempoh hari itu? Rupanya
engkau hendak menjadi
orang ganas di muka
bumi ini dan bukanlah
engkau hendak berbuat
kebaikan.
Kata kata ini didengar oleh
orang orang Mesir yang
berada di sekitar tempat
itu. Kini tahulah orang
ramai, bahawa Musalah
yang membunuh orang
yang mati tempoh hari
itu. Kemarahan umat
Mesir kepada Musa segera
meluap. Mereka mencari
Musa untuk mereka
tangkap dan akan dibunuh
kalau dapat.
Untung sekali ada seorang
lelaki yang datang dari
hujung kota sengaja
memberi khabar kepada
Musa: Hai, Musa ! Orang
orang besar (bangsawan)
negeri ini telah
bermuafakat untuk
membunuh engkau,
sebab itu hendaklah
engkau segera lari dari
sini, sesungguhnya saya
ini cuma memberi nasihat
kepadamu.