XtGem Forum catalog
Arifin Martapura

Arifin Martapura

Penting ! file-file di sini sangat sensitif, jadi bersabarlah untuk mendownload file-file di sini.
Bani Israel yang selama ini hidup dalam seksaan dan penghinaan, mulai terbuka kedua mata mereka, mulai tahu membezakan yang sesat dari yang benar. Mereka mulai percaya akan Rasul Allah Musa yang datang membawa petunjuk kepada mereka. Mereka mulai meninggalkan taat terhadap Firaun. Firaun mulai kekurangan pengaruh, sedang Musa selalu bertambah temannya. Kerananya dengan cara yang bagaimana juga, Firaun harus mengenyahkan Musa dan pengikut pengikutnya dari Mesir, dengan jalan pembunuhan. Tetapi Musa dan Bani Israel yang tunduk kepadanya sudah siap sedia, mereka akan meninggalkan Mesir serentak pada suatu malam yang sudah ditetapkan. Di senjakala di malam yang sudah ditetapkan itu, berkumpullah Musa dengan kaum Bani Israel di sebuah tempat, lalu berangkat bersama sama meninggalkan Mesir, menuju ke Tanah Suci Palestin kerana memang dari situlah mereka semua berasal. Mereka berangkat harus hati hati sekali, kerana tentera Firaun sejak siang tadi telah disiapkan untuk menghalangi keberangkatan ini. Firaun bercita cita hendak memusnahkan mereka itu semuanya. Sekian lamanya mereka berjalan di atas gurun padang pasir yang kering, akhirnya mereka sampai di pinggir laut yang luas. Bagaimana akalnya untuk menyeberangi laut yang amat luas itu, kapal tidak ada, perahu pun tidak, sedang musuh, iaitu Firaun dengan tenteranya yang kuat, semakin dekat juga mendesak dari belakang, akan memusnahkan mereka. Di situlah Bani Israel mengalami ketakutan dan kekhuatiran yang sehebat hebatnya, kerana mereka tahu, bahawa tentera Firaun yang berkenderaan kuda dengan senjata senjata panah yang tajam, telah semakin dekat,jauhnya antara mereka dengan tentera Firaun, kira kira dua kali jalan anak panah atau kurang. Bukan lagi takut dan khuatir, malah mereka masing masing telah melihat maut sedang menghampirinya, keluhkesahnya sudah mulai terdengar dari mulut ke mulut. Di tengah tengah keluhkesah yang mendalam itu, tiba tiba tampil kemuka seorang di antara Bani Israel yang ikut dalam perjalanan itu, berkata dengan suaranya yang keras sekeras kerasnya, mengeluarkan kemarahan serta geramnya terhadap Musa, mengemukakan akan sesal dan kekesalan hatinya; ia ini pengikut Nabi Musa yang bernama Yusya bin Nun. Dengan lancangnya dia berkata: Hai, orang yang dapat bicara dengan Allah! Bagaimana urusan engkau ini? Engkau telah membawa kami menghadapi nasib yang tidak dapat dihindarkan ini ! Laut terbentang di hadapan sedang musuh sudah mendesak dari belakang, tidak ada sedikitpun jalan untuk menghindarkan kematian. Mendengar kata kata itu, Musa hanya berkata: Tunggulah, mudah mudahan saya dapat berbuat sesuatu terhadap laut ini! Kata kata itu sedikitnya telah dapat memberikan harapan hidup kepada mereka, yang sudah yakin akan kematiannya itu. Tetapi kenapa belum juga ada apa apanya, sedang musuh sudah terdengar soraknya. Mereka kembali berputusasa, kesal dan geram terhadap diri Musa. Mulai keluar dari isihati mereka yang busuk busuk itu, celaan serta makian yang tak terbatas. Tiba tiba Allah mewahyukan kepada Musa: Pukulkanlah tongkatmu itu ke laut, hai Musa! Segera Musa memukul laut itu dengan tongkatnya, dengan tiba tiba terbentanghah di atas laut itu dua belas jalanraya yang lapang lapang, sedang di kedua pinggirnya jalan itu masing masing berdiri tembok air yang tebal, yang tak dapat ditembus oleh panah atau peluru. Kerana bangsa Israil yang turut ketika itu terdiri dari dua belas golongan (suku bangsa), maka tiap tiap golongan mendapatkan sebuah jalanraya yang terbentang itu untuk mereka tempuh. Dengan gembira dan terimakasih yang sebesar besarnya, mereka segera lari cepat melalui jalanraya laut yang sudah terbentang itu, tepat ketika tentera Firaun kehihatan di belakang, siap untuk memanah dan menghancurkan mereka. Firman Allah: Dibentangkan bagi mereka jalanraya di laut, jalan yang kering, tak perlu takut karam dan basah, Sedang mereka berjalan dengan selamat di tengah tengah jalan laut itu, maka terlihatlah oleh mereka akan Firaun dengan tenteranya sedang mengejarnya, melalui jalanraya laut itu pula. Setelah mereka tiba dengan selamat di seberang laut, kembali kekhuatiran dan ketakutannya, kerana Firaun pun sudah dalam perjalanan di tengah tengah jahanraya haut itu, menuju mereka. Musa lalu memerintahkan kepada laut itu agar kembali kepada keadaannya yang semula. Dengan perintah ini, dua dinding tembok air di pinggir masing masing jalan itupun bertemulah, sehingga semua tentera Firaun yang sedang berada didalamnya, juga Firaun sendiri tenggelam, mati dan terkubur di sana semuanya. Di situlah tamatnya riwayat Firaun dengan segala kekejaman dan kesombongannya, sama sama ditelan oleh laut yang dibentangkan oleh Allah. Sedang Musa dan kaumnya selamat, tak kurang suatu apa, sampai ke tempat yang mereka tuju. Di waktu jiwa akan meninggalkan jasad Firaun di tengah tengah perut laut itu, datanglah keinsafan kepada Firaun yang selama ini tidak mahu insaf Insaf akan kebenaran Musa, akan kebesaran Allah dan kelemahan dirinya, maka ia berkata: Saya percaya (iman), bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, yang sudah diimani oleh Bani Israel dan sekarang saya turut beriman pula sebagai seorang Muslim. Tetapi bukan saatnya ketika itu untuk menyesal dan memohon ampun, untuk menyatakan beriman atau tidak. Masa itu adalah masa seksaan yang terakhir, Dari itu taubat Firaun ditolak oleh Allah, kerana terlambat dari waktu yang sudah ditentukanNya. Di kala kedua tembok air itu bertemu menelan Firaun dan tenteranya, terdengar bunyi hiruk pikuk di dalam perut laut itu, sehingga Bani Israel sama bertanya kepada Musa: Suara apakah yang hiruk pikuk itu? Musa menjawab: Ya, itulah bunyi seksaan Allah yang ditimpa kan kepada Firaun dan tenteranya. Rupanya masih ada saja di antara Bani Israel, yang menurut pengakuannya sudah beriman, tetapi dalam batinnya masih tertinggal kepercayaan lamanya, sehingga dia tidak percaya bahawa Firaun itu sudah mati, sebab Firaun itu katanya tuhan,.ia bisa hidup di Mesir dan bisa pula hidup di dalam laut. Kepada Nabi Musa dikatakan oleh orang itu, bahawa Firaun belum mati. Diterangkan oleh Musa, bahawa sangkaan yang demikian itu adalah persangkaan yang batil, yang tidak benar belaka. Lalu laut itu memuntahkan mayat Firaun ke permukaan air, sehingga dapat dilihat oheh mereka, bahawa Firaun itu benar benar sudah mati. Walau demikian, masih saja terdapat di antara mereka itu yang behum percaya akan kematian Firaun, malah ia berkata bahawa Firaun itu masih hidup di alam ghaib, pendekata menurut kemahuan mereka saja.


Halaman: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 (Menu)
SHARE KE:
Twitter Google+

Sekitar -43 hari lagi kita akan memperingati; Hari Raya Idul Adha - 1435 H ^_^

ATAU TEMUKAN ARIF DI:
Facebook Twitter Google+
© 2011-06-19 / 2025-11-18 / 1 / 1 / 62
www.arifmtp.wapsite.me
Didukung: xtgem.com / syntax / template / graham